PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr23 Januari ms. 1-5
  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2023
  • Tajuk Kecil
  • 2-8 JANUARI
  • 9-15 JANUARI
  • 16-22 JANUARI
  • 23-29 JANUARI
  • 30 JANUARI–5 FEBRUARI
  • 6-12 FEBRUARI
  • 13-19 FEBRUARI
  • 20-26 FEBRUARI
  • 27 FEBRUARI–5 MAC
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2023
mwbr23 Januari ms. 1-5

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

© 2022 Christian Congregation of Jehovah’s Witnesses

2-8 JANUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 2 RAJA-RAJA 22-23

“Mengapakah Kita Perlu Rendah Hati?”

w00 15/9 30 ¶2

Yosia yang Rendah Hati Mendapat Perkenan Yehuwa

Utusan Raja Yosia pergi berjumpa dengan seorang nabi wanita yang bernama Hulda di Yerusalem, dan membawa kembali satu laporan. Hulda menyampaikan kata-kata Yehuwa bahawa malapetaka yang tercatat dalam kitab yang baru dibaca akan menimpa bangsa Israel yang murtad. Oleh sebab Yosia merendahkan diri di hadapan Yehuwa, dia tidak akan melihat malapetaka tersebut. Sebaliknya, dia akan meninggal dengan tenteram lalu dikuburkan bersama nenek moyangnya.​—2 Raja-Raja 22:14-20; 2 Tawarikh 34:22-28.

Permata Rohani

w01 15/4 26 ¶3-4

Anda Dapat Berjaya Tidak Kira Cara Anda Dibesarkan

Meskipun dikelilingi pengaruh yang buruk semasa kecil, Yosia tetap melakukan apa yang benar di mata Yehuwa. Dia menjadi seorang pemerintah yang baik dan Bible kata, “Belum pernah ada seorang raja seperti Yosia, yang mematuhi seluruh Hukum Musa dan kembali kepada Yehuwa dengan sepenuh hati, sepenuh jiwa, dan dengan segala kekuatannya. Selepas Yosia, tiada lagi raja seperti dia.”​—2 Raja-Raja 23:19-25.

Sememangnya, Yosia ialah teladan baik bagi mereka yang pernah mengalami zaman kanak-kanak yang susah. Apakah yang dapat kita belajar daripada teladannya? Apakah yang membantu Yosia untuk memilih haluan yang betul dan terus mengikutinya?

9-15 JANUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 2 RAJA-RAJA 24-25

“Kekalkanlah Perasaan Mendesak”

w01 15/2 12 ¶2

Hari Penghakiman Yehuwa Sudah Dekat!

2 Nubuat Nabi Zefanya telah mendorong Raja Yosia yang muda untuk menyingkirkan ibadat palsu dari Yehuda. Tapi dia tidak dapat menyingkirkan hal-hal jahat dengan sepenuhnya. Perbuatan baik Yosia juga tidak dapat menutupi dosa datuknya, iaitu Raja Manasye. Sebelum itu, datuknya telah menumpahkan darah orang yang tidak bersalah. (2 Raja-Raja 24:3, 4; 2 Tawarikh 34:3) Maka, Yehuwa pasti mendatangkan penghakiman terhadap bangsa itu.

w07 15/3 11 ¶10

Sorotan daripada Buku Yeremia

Tahunnya ialah 607 SM. Zedekia sudah memasuki tahun ke-11 pemerintahannya. Ketika itu, Raja Nebukadnezar dari Babilon telah mengepung Yerusalem selama 18 bulan. Pada hari ketujuh, bulan kelima, tahun ke-19 pemerintahan Raja Nebukadnezar, Nebuzaradan, iaitu ketua pengawal istana, “datang ke Yerusalem.” (2 Raja-Raja 25:8) Dari kawasan perkhemahannya di luar tembok kota, Nebuzaradan membuat rancangan untuk menyerang. Tiga hari kemudian, iaitu pada hari ke-10, Nebuzaradan melancarkan serangan dan membakar kota Yerusalem.​—Yeremia 52:12, 13.

Permata Rohani

w05 1/8 12 ¶1

Sorotan daripada Buku Dua Raja-Raja

24:3, 4. Oleh sebab semua dosa yang telah dilakukan oleh Manasye, Yehuwa “tidak mahu memberikan pengampunan” kepada Yehuda. Yehuwa amat mementingkan nyawa orang yang tidak bersalah. Kita boleh yakin bahawa Yehuwa pasti menuntut pembalasan bagi pihak mereka. Dia akan melenyapkan mereka yang bertanggungjawab atas kematian orang yang tidak bersalah.​—Mazmur 37:9-11; 145:20.

16-22 JANUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 TAWARIKH 1-3

“Bible​—Sebuah Buku yang Mengandungi Kisah Benar”

w09 1/9 14 ¶1

Adakah Adam dan Hawa Benar-Benar Pernah Wujud?

Contohnya, fikirkan tentang catatan salasilah orang Yahudi dalam buku Satu Tawarikh bab 1 hingga 9 dan buku Lukas bab 3. Maklumat dalam buku Satu Tawarikh merangkumi 48 generasi manakala buku Lukas mencatatkan 75 generasi. Buku Lukas mengandungi garis keturunan Yesus. Buku Tawarikh pula mencatatkan keturunan diraja dan imam bagi bangsa Israel. Kedua-dua senarai mengandungi watak Bible yang terkenal seperti Salomo, Daud, Yakub, Ishak, Abraham, Nuh, dan Adam. Semua orang itu, termasuk Adam, benar-benar pernah wujud.

w08 1/6 3 ¶4

Nuh dan Banjir​—Kisah Benar bukan Dongeng

Dua catatan salasilah dalam Bible membuktikan bahawa Nuh ialah orang yang benar-benar wujud. (1 Tawarikh 1:4; Lukas 3:36) Ezra dan Lukas telah membuat penyelidikan yang teliti lalu mencatatkan maklumat ini. Lukas menyebut Nuh sebagai salah seorang nenek moyang Yesus.

w09 1/9 14-15

Adakah Adam dan Hawa Benar-Benar Pernah Wujud?

Contohnya, banyak orang Kristian percaya kepada ajaran Bible tentang tebusan. Apakah itu tebusan? Tebusan ialah bayaran untuk menebus atau membeli semula sesuatu yang hilang. Nilai tebusan haruslah sama dengan apa yang dihilangkan. Yesus Kristus telah mengorbankan nyawanya yang sempurna untuk menebus dan menyelamatkan manusia daripada dosa. (Matius 20:28; Yohanes 3:16) Bible kata tebusan Yesus ialah “tebusan yang sepadan.” (1 Timotius 2:6) Sepadan dengan apa? Nyawa Yesus yang sempurna adalah sepadan dengan nyawa sempurna yang Adam hilang akibat dosa di Taman Eden. (Roma 5:12) Oleh itu Bible kata, “Sebagaimana semua orang mati kerana Adam, begitu juga semua orang akan dihidupkan kerana Kristus.” (1 Korintus 15:22) Jelaslah, jika Adam tidak pernah wujud, korban tebusan Yesus adalah sia-sia.

Permata Rohani

it-2 816

Salasilah

Nama Wanita. Nama wanita kadangkala disenaraikan dalam catatan salasilah jika berkaitan dengan sejarah tertentu. Contohnya, di Kejadian 11:29, 30, nama Sarai (Sara) telah disebut. Tujuannya adalah kerana keturunan yang dijanjikan adalah melalui Sara, dan bukannya isteri Abraham yang lain. Dalam ayat yang sama, nama Milkah disebut kerana dia ialah nenek Ribka, isteri Ishak. Ini menunjukkan bahawa Ribka mempunyai pertalian keluarga dengan Abraham dan membuktikan Ishak tidak berkahwin dengan wanita bangsa asing. (Kej 22:20-23; 24:2-4) Di Kejadian 25:1, nama seorang lagi isteri Abraham, iaitu Ketura, telah disebut. Ini menunjukkan bahawa Abraham telah berkahwin semula selepas Sara meninggal, dan bahawa dia masih dapat menghasilkan keturunan lebih daripada 40 tahun selepas mukjizat yang dilakukan oleh Yehuwa. (Rm 4:19; Kej 24:67; 25:20) Selain itu, catatan ini menunjukkan hubungan antara Midian dan suku-suku Arab yang lain dengan orang Israel.

Nama Lea, Rahel, dan gundik-gundik Yakub serta anak-anak lelaki mereka juga disebut dalam Bible. (Kej 35:21-26) Hal ini bantu kita faham mengapa Yehuwa memperlakukan anak-anak lelaki itu dengan istimewa. Tambahan lagi, nama wanita juga mungkin disebut jika mereka menerima warisan. (Bil 26:33) Dalam garis keturunan Mesias, nama Tamar, Rahab, dan Rut juga disebut. Terdapat kisah yang menarik tentang bagaimana ketiga-tiga wanita ini menjadi nenek moyang Yesus. (Kej 38; Rut 1:3-5; 4:13-15; Mt 1:1-5) Contoh lain nama wanita yang disebut dalam salasilah terdapat di 1 Tawarikh 2:35, 48, 49; 3:1-3, 5.

23-29 JANUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 TAWARIKH 4-6

“Doa Saya Menunjukkan Apa tentang Diri Saya?”

w10 1/10 23 ¶3-7

“Pendengar Doa”

Yabes ialah seorang lelaki yang beriman dan suka berdoa. Dia memulakan doanya dengan memohon berkat Yehuwa. Kemudian, dia memohon tiga hal yang menyingkapkan imannya.

Pertama, Yabes berseru kepada Tuhan, “Semoga Engkau . . . memberi aku lebih banyak tanah.” (Ayat 10) Dia memohon hal ini bukan kerana dia ingin merampas tanah orang lain atau didorong oleh sikap tamak. Sebaliknya, dia mungkin memikirkan keperluan umat Tuhan. Permohonannya adalah supaya kawasan itu dapat menampung lebih banyak umat Tuhan.

Kedua, Yabes memohon agar Tuhan menyertainya. Tuhan memiliki kuasa dan kekuatan untuk membantu penyembah-Nya. (1 Tawarikh 29:12) Agar doanya dikabulkan, Yabes selalu bergantung pada Tuhan. Dia yakin tangan Yehuwa tidak terlalu pendek untuk menyelamatkan orang yang beriman terhadap-Nya.​—Yesaya 59:1.

Ketiga, Yabes berdoa, “Lindungilah aku daripada malapetaka agar aku tidak ditimpa musibah!” Barangkali, ungkapan “agar aku tidak ditimpa musibah” tidak menunjukkan bahawa Yabes berdoa agar dapat lari daripada masalahnya. Sebaliknya dia memohon kepada Yehuwa agar membantunya tidak terlalu sedih atau putus harapan semasa dibanjiri masalah.

Doa Yabes menunjukkan bahawa dia mementingkan ibadat sejati dan beriman sepenuhnya kepada Pendengar doa. Adakah Yehuwa menjawab doanya? Kisah ini berakhir dengan kata-kata ini, “Maka Tuhan mengabulkan permintaannya itu.”

Permata Rohani

w05 1/10 9 ¶7

Sorotan daripada Buku Satu Tawarikh

5:10, 18-22. Pada zaman Raja Saul, suku-suku di sebelah timur Sungai Yordan telah mengalahkan orang Hagri walaupun musuh mereka adalah dua kali ganda lebih banyak. Pahlawan-pahlawan yang gagah dalam suku itu dapat berjaya kerana mereka bergantung pada Yehuwa dan memohon bantuan-Nya. Kita juga sedang bertempur melawan musuh-musuh yang tidak kelihatan. Jadi, marilah kita terus yakin sepenuhnya kepada Yehuwa dalam pertempuran rohani kita.​—Efesus 6:10-17.

30 JANUARI–5 FEBRUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 TAWARIKH 7-9

“Anda Dapat Laksanakan Tugasan yang Mencabar dengan Bantuan Yehuwa”

w05 1/10 9 ¶8

Sorotan daripada Buku Satu Tawarikh

9:26, 27. Orang Lewi yang menjadi pengawal pintu Rumah Tuhan memikul tanggungjawab yang penting. Mereka dipercayai dan diberikan kunci ke tempat suci di Rumah Tuhan. Mereka sangat setia menjalankan tanggungjawab mereka. Setiap hari, mereka akan membuka pintu-pintu Rumah Tuhan. Kita juga diberi tanggungjawab untuk mencari orang yang berhati jujur dan membantu mereka untuk menyembah Yehuwa. Seperti orang Lewi, kita mahu tunjukkan bahawa kita juga dapat dipercayai dan menjalankan tanggungjawab kita dengan setia.

Permata Rohani

w10 15/12 21 ¶6

Nyanyilah kepada Yehuwa!

6 Melalui para nabi, Yehuwa memberikan perintah kepada penyembah-Nya untuk memuji-Nya dengan nyanyian. Para penyanyi daripada suku Lewi dikecualikan daripada tugas lain kerana mereka perlu meluangkan masa untuk menggubah lagu dan berlatih bernyanyi.​—1 Taw. 9:33.

6-12 FEBRUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 TAWARIKH 10-12

Permata Rohani

it-1 1089

Hati

Menyembah Yehuwa “dengan Sepenuh Hati.” Jantung kita haruslah lengkap supaya dapat berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan hati kiasan kita. Tapi masalahnya ialah hati kiasan kita, iaitu perasaan dan kasih kita mungkin berbelah bahagi. Oleh itu, Daud berdoa, “Satukanlah hatiku supaya aku takut akan nama-Mu.” (Mz 86:11) Seseorang yang ada hati yang “berbelah bahagi” tidak menyembah Tuhan dengan bersungguh-sungguh. (Mz 119:113; Why 3:16) Bible juga kata bahawa seseorang mungkin mendua hati. Ini bermaksud dia mungkin menyembah dua tuan atau hatinya licik dan tidak setia. (1Ta 12:33; Mz 12:2) Yesus sangat membenci sikap bermuka dua dan dia mengutuknya secara terang-terangan.​—Mt 15:7, 8.

Maka untuk menyenangkan Tuhan, hati kita tidak boleh berbelah bahagi atau kita tidak patut mendua hati. Sebaliknya, kita mesti menyembah-Nya dengan sepenuh hati. (1Ta 28:9) Memandangkan hati kita licik dan cenderung berbuat jahat, kita perlu curahkan banyak usaha untuk menyembah Yehuwa dengan sepenuh hati. (Yer 17:9, 10; Kej 8:21) Agar hati kita tidak berbelah bahagi, kita harus berdoa dengan bersungguh-sungguh (Mz 119:145; Rat 3:41), mengkaji Firman Tuhan secara tetap (Ez 7:10; Ams 15:28), giat melakukan kerja penyebaran (bandingkan Yer 20:9), dan bergaul dengan orang yang menyembah Tuhan dengan sepenuh hati.​—Bandingkan 2Ra 10:15, 16.

13-19 FEBRUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 TAWARIKH 13-16

“Mengikut Arahan Membawa Kejayaan”

w03 1/5 10 ¶12

Adakah Anda Bertanya, “Di Manakah Yehuwa?”

12 Tabut perjanjian telah dipulangkan kepada orang Israel dan disimpan di Kiryat-yearim selama bertahun-tahun. Tetapi Raja Daud ingin memindahkannya ke Yerusalem. Daud berbincang dengan pemimpin-pemimpin orang Israel dan kata ‘jika mereka semua bersetuju, dan jika Yehuwa juga bersetuju,’ barulah tabut akan dipindahkan. Namun, dia tidak memeriksa dengan teliti untuk mengetahui kehendak Yehuwa tentang cara memindahkan tabut. Jika dia berbuat demikian, dia akan tahu bahawa tabut harus diangkat pada bahu orang Lewi daripada puak Kehat, dan bukannya dipindahkan dengan menggunakan kereta lembu. Walaupun Daud selalu mencari bimbingan Yehuwa, kali ini dia gagal berbuat demikian dengan sepenuhnya. Hal ini membawa padah. Daud kemudiannya berkata, “Yehuwa, Tuhan kita, murka kerana kita tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.”​—1 Tawarikh 13:1-3; 15:11-13; Bilangan 4:4-6, 15; 7:1-9.

w03 1/5 11 ¶13

Adakah Anda Bertanya, “Di Manakah Yehuwa?”

13 Apabila tabut berjaya dipindahkan oleh orang Lewi dari rumah Obed-edom ke Yerusalem, Daud telah menggubah sebuah lagu. Lagunya mengandungi peringatan yang penting ini: “Carilah Yehuwa dan mintalah kekuatan daripada-Nya. Teruslah minta perkenan-Nya. Ingatlah akan perbuatan-Nya yang menakjubkan. Ingatlah akan mukjizat dan penghakiman yang telah dilaksanakan-Nya.”​—1 Tawarikh 16:11, 12.

20-26 FEBRUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 TAWARIKH 17-19

“Teruslah Bersukacita biarpun Hadapi Kekecewaan”

w06 15/7 19 ¶1

Bertumpulah kepada Hal-Hal Baik dalam Organisasi Yehuwa

DAUD ialah salah seorang watak Bible dalam Kitab Ibrani yang sangat terkenal. Lelaki Israel ini ialah seorang gembala, pemuzik, nabi, dan raja. Oleh sebab dia sangat beriman dan mengasihi Tuhan Yehuwa, dia ingin membina sebuah tempat ibadat bagi Yehuwa. Rumah Tuhan akan menjadi pusat ibadat sejati di Israel dan membawa berkat dan sukacita kepada umat Tuhan. Maka Daud bernyanyi, “Berbahagialah orang yang [Yehuwa] pilih dan yang Engkau jemput untuk mendekati-Mu; berbahagialah orang yang dijemput untuk tinggal di halaman Rumah-Mu. Kami akan dipuaskan dengan segala yang baik di Rumah-Mu, di tempat kediaman-Mu yang suci.”​—Mazmur 65:4.

27 FEBRUARI–5 MAC

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 TAWARIKH 20-22

Permata Rohani

w05 1/10 11 ¶7

Sorotan daripada Buku Satu Tawarikh

21:13-15. Yehuwa mengarahkan malaikat untuk menghentikan wabak itu kerana Dia mengambil berat terhadap penderitaan umat-Nya. Sememangnya, Yehuwa ialah Tuhan yang “sangat berbelas kasihan.”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi