PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr24 Januari ms. 1-3
  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2024
  • Tajuk Kecil
  • 1-7 JANUARI
  • 15-21 JANUARI
  • 22-28 JANUARI
  • 29 JANUARI–4 FEBRUARI
  • Permata Rohani
  • 5-11 FEBRUARI
  • 12-18 FEBRUARI
  • 26 FEBRUARI–3 MAC
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2024
mwbr24 Januari ms. 1-3

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

© 2023 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania

1-7 JANUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AYUB 32-33

Melegakan Hati Orang yang Tertekan

it-1 671

Elihu

Elihu tidak berat sebelah dan dia tidak memberi gelaran istimewa kepada seseorang untuk mengampunya. Dia akui bahawa seperti Ayub, dia juga dibentuk daripada tanah liat dan Tuhan Yang Maha Kuasa ialah Pencipta mereka. Elihu tidak cuba menakut-nakutkan Ayub. Sebaliknya, dia menggunakan nama Ayub dan bercakap dengannya seperti seorang kawan. Hal ini sangat berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Elifas, Bildad, dan Zofar.—Ayb 32:21, 22; 33:1, 6.

15-21 JANUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AYUB 36-37

Permata Rohani

it-1 1292

Komunikasi

Di kawasan Bible zaman dahulu, berita dan maklumat disampaikan daripada seseorang kepada orang lain melalui pelbagai cara. Pada umumnya, berita tempatan atau berita dari tempat jauh disampaikan secara lisan. (2Sa 3:17, 19; Ayb 37:20) Para penjelajah yang sering membuat perjalanan secara berkumpulan akan berhenti di suatu tempat atau bandar-bandar tertentu untuk mendapatkan makanan, air, dan bekalan lain. Pada masa itu, mereka akan mengongsi berita atau maklumat dengan orang di tempat persinggahan mereka. Oleh sebab Palestin sering dilalui penjelajah dari Afrika, Asia, dan Eropah, para penduduk di sana akan mendengar berita dari tempat-tempat jauh. Biasanya, berita tempatan atau berita dari negeri asing akan disebarkan di pasar dan tempat awam.

22-28 JANUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AYUB 38-39

Permata Rohani

it-2 344

Pemberi Hukum

Yehuwa sebagai Pemberi Hukum. Yehuwalah satu-satunya Pemberi Hukum yang sejati di seluruh alam semesta. Dia menetapkan hukum fizik untuk benda yang tidak hidup (Ayb 38:4-38; Mz 104:5-19), dan benda yang hidup seperti binatang. (Ayb 39:1-30) Manusia juga harus mematuhi hukum fizik Yehuwa. Oleh sebab kita dicipta dengan kebolehan untuk berfikir secara rasional dan memiliki keperluan rohani, kita juga harus mematuhi hukum moral Tuhan. (Rm 12:1; 1Ko 2:14-16) Selain itu, para malaikat juga harus mematuhi semua hukum Yehuwa.—Mz 103:20; 2Pt 2:4, 11.

Yehuwa menetapkan hukum fizik dalam alam semesta dengan sangat stabil dan teliti. Contohnya, para saintis dapat mengira pergerakan bulan, bintang, dan planet-planet dengan sangat tepat. Semua hukum fizik Yehuwa tidak boleh diabaikan atau dilanggar. (Yer 33:20, 21) Jika seseorang melanggar hukum fizik Tuhan, dia akan mendapat kesannya dengan serta-merta. Begitu juga, seseorang yang melanggar hukum moral Tuhan tidak dapat elak daripada akibat buruknya. Walaupun hal itu tidak berlaku dengan serta-merta, Bible kata, “Tuhan tidak dapat diperbodoh. Seseorang akan menuai apa yang ditanamnya.”—Ga 6:7; 1Ti 5:24.

29 JANUARI–4 FEBRUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AYUB 40-42

Pengajaran daripada Pengalaman Ayub

w10 15/10 3-4 ¶4-6

“Siapakah yang Mengetahui Fikiran Yehuwa?”

4 Semasa memikirkan perbuatan Yehuwa, kita tidak patut menghakimi-Nya dengan standard kita. Kecenderungan ini adalah seperti apa yang Yehuwa katakan di Mazmur 50:21: “Kamu berfikir bahawa aku seperti kamu juga.” Lebih daripada 750 tahun yang lalu, seorang cendekiawan Bible juga telah menyatakan, “Manusia hanya menggunakan pemerhatian sendiri dan sering menghakimi Tuhan berdasarkan fikiran mereka yang sempit.”

5 Kita perlu berhati-hati agar tidak membuat kesimpulan tentang Yehuwa berdasarkan apa yang kita inginkan atau fikirkan. Kadangkala, semasa mengkaji Bible, kita mungkin berasa bahawa sesetengah tindakan Yehuwa nampaknya tidak wajar. Namun, pemikiran sedemikian adalah berdasarkan pandangan kita yang terhad dan tidak sempurna. Pada zaman kuno, orang Israel juga mempunyai fikiran begitu dan membuat kesimpulan yang salah tentang cara Yehuwa memperlakukan mereka. Yehuwa memberitahu mereka, “Kamu akan berkata, ‘Yehuwa bertindak dengan tidak adil.’ Dengarlah, hai orang Israel! Adakah kamu menyangka bahawa Aku bertindak dengan tidak adil? Bukankah kamu yang bertindak dengan tidak adil?”—Yeh. 18:25.

6 Kita dapat mengelakkan kesilapan yang sama jika kita mengakui bahawa pandangan kita adalah tidak sempurna, dan maklumat yang kita ketahui juga mungkin tidak lengkap. Ayub juga perlu menerapkan pengajaran ini. Semasa Ayub mengalami penderitaan, dia menjadi sangat tawar hati. Dia terlalu bertumpu kepada dirinya dan bukannya isu yang lebih penting. Jadi, Yehuwa menggunakan lebih daripada 70 soalan untuk membetulkan pemikiran Ayub. Apabila Ayub tidak dapat menjawab soalan-soalan Yehuwa, dia sedar bahawa pengetahuannya memang terbatas. Hasilnya, Ayub mengubah pandangannya dengan rendah hati.—Baca Ayub 42:1-6.

Permata Rohani

it-1 642

Hina, Menghina

Ayub tetap setia meskipun dia dihina dengan teruk. Namun, dia mempunyai pandangan yang salah dan harus dibetulkan. Semasa Ayub dihina oleh tiga sahabatnya, Elihu kata, “Siapakah yang seperti Ayub, yang menelan segala hinaan seperti menelan air?” (Ayb 34:7) Elihu berkata begitu kerana Ayub menganggap hinaan itu ditujukan kepada dirinya dan dia asyik membela diri. Ayub terlalu bertumpu kepada diri sendiri dan tidak memuliakan Yehuwa. (Ayb 35:2; 36:24) Belakangan, Yehuwa menjelaskan kepada Ayub bahawa tiga sahabatnya tidak mengatakan apa yang benar tentang Tuhan. (Ayb 42:7) Sebenarnya, kata-kata hinaan mereka ditujukan kepada Tuhan dan bukannya Ayub. Begitu juga, semasa orang Israel meminta seorang raja untuk memerintah mereka, Yehuwa memberitahu Nabi Samuel, “Bukan engkau yang ditolak oleh mereka, sebaliknya Akulah yang ditolak oleh mereka sebagai raja.” (1Sa 8:7) Yesus juga beritahu pengikutnya, “Kamu akan dibenci oleh semua bangsa [bukan kerana perbuatan kamu, tetapi] kerana namaku.” (Mt 24:9) Orang Kristian juga harus ingat hal-hal ini semasa mereka dihina. Dengan demikian, mereka dapat bertabah dan menerima ganjaran mereka.—Lu 6:22, 23.

5-11 FEBRUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 1-4

Permata Rohani

it-2 759

Sekam

Sekam ialah lapisan nipis yang meliputi biji-bijian seperti barli dan gandum. Pada zaman Bible, proses mengirik ialah suatu kerja yang biasa dilakukan. Selepas menuai, sekam harus dipisahkan daripada biji-bijian kerana lapisan ini tidak berguna. Maka, Bible juga menggunakan sekam secara kiasan untuk melambangkan sesuatu yang ringan, tidak bernilai, tidak diinginkan, dan sesuatu yang harus dipisahkan daripada bahagian yang baik dan berguna lalu dibuang.

Semasa proses mengirik, sekam akan dipisahkan daripada biji-bijian terlebih dahulu. Kemudian, petani akan menggunakan suatu alat untuk melambung dan melemparkan bijian ke udara supaya sekam yang lebih ringan akan ditiup angin. Gambaran ini sesuai menunjukkan bagaimana Tuhan Yehuwa akan menyingkirkan orang murtad daripada umat-Nya yang suci serta memusnahkan orang jahat dan bangsa-bangsa yang menentangnya. (Ayb 21:18; Mz 1:4; 35:5; Yes 17:13; 29:5; 41:15; Ho 13:3) Kerajaan Tuhan akan menghancurkan semua musuh Tuhan. Mereka seolah-olah menjadi seperti sekam yang diterbangkan angin sehingga tiada apa-apa yang tertinggal.—Da 2:35.

Biasanya, sekam akan dikumpulkan dan dibakar supaya tidak bercampur semula dan mencemari biji-bijian yang bersih. Dalam cara yang sama, Yohanes Pembaptis menggunakan gambaran itu untuk menubuatkan waktunya Yesus menghakimi penganut agama palsu. Pada masa itu, Yesus akan mengumpulkan gandum, “tetapi dia akan membakar sekam di dalam api yang tidak dapat dipadamkan.”—Mt 3:7-12; Lu 3:17.

12-18 FEBRUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 5-7

Permata Rohani

it-1 1351

Kuburan

Di Roma 3:13, Rasul Paulus memetik Mazmur 5:9. Dia kata bahawa mulut orang jahat dan penipu bagaikan “kubur yang terbuka.” Sepertimana kubur dipenuhi dengan orang mati dan hal-hal yang kotor, begitu juga mulut orang jahat mengucapkan kata-kata yang jijik dan membawa maut.—Bandingkan Mt 15:18-20.

26 FEBRUARI–3 MAC

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 11-15

Bayangkan Diri di Dunia Baharu Tuhan yang Aman Damai

w06 15/5 18 ¶3

Sorotan daripada Mazmur Buku Pertama

11:3—Apakah asas yang dirobohkan? Masyarakat manusia dibina atas asas-asas berikut—undang-undang, ketertiban, dan keadilan. Apabila asas ini terjejas, masalah sosial akan timbul dan ketidakadilan akan berleluasa. Dalam situasi ini, “orang yang baik” harus percaya sepenuhnya kepada Tuhan.—Mazmur 11:4-7.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi