PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 16 poin 1-6
  • Apakah yang Yesus Lakukan semasa di Bumi?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang Yesus Lakukan semasa di Bumi?
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Mukjizat Yesus​—Apa yang Dapat Anda Pelajari?
    Menara Pengawal—2004
  • Apakah yang Dapat Kita Belajar daripada Mukjizat Yesus?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Siapakah Yesus?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Apakah Sifat-Sifat Yesus?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 16 poin 1-6
Pelajaran 16. Yesus mengajar sekumpulan lelaki dan wanita. Mereka duduk di tepi bukit.

PELAJARAN 16

Apakah yang Yesus Lakukan semasa di Bumi?

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Apabila mendengar tentang Yesus, banyak orang akan berfikir tentang seorang bayi yang lemah, guru yang bijak, atau lelaki yang dihukum bunuh. Sebenarnya, ada banyak hal yang dapat kita belajar tentang Yesus daripada kehidupannya di bumi. Dalam pelajaran ini, kita akan lihat hal-hal penting yang dilakukan oleh Yesus dan manfaatnya untuk kita.

1. Apakah kerja utama Yesus?

Yesus kata, “Berita baik tentang Kerajaan Tuhan harus aku khabarkan.” (Baca Lukas 4:43.) Selama tiga tahun setengah, Yesus giat mengajar orang bahawa Tuhan akan menubuhkan Kerajaan yang dapat menyelesaikan semua masalah manusia.a​—Matius 9:35.

2. Mengapakah Yesus melakukan mukjizat?

Bible menyebut tentang banyak ‘mukjizat, tanda, dan keajaiban, yang dilakukan oleh Tuhan melalui Yesus.’ (Kisah 2:22) Contohnya, Yesus pernah mengawal cuaca, memberikan makanan kepada ribuan orang, menyembuhkan orang sakit, dan membangkitkan orang mati. (Matius 8:23-27; 14:15-21; Markus 6:56; Lukas 7:11-17) Tuhan memberi Yesus kuasa untuk melakukan mukjizat. Maka, hal ini membuktikan bahawa dia memang diutus oleh Tuhan. Selain itu, mukjizat yang dilakukan Yesus menunjukkan bahawa Yehuwa mempunyai kuasa untuk melenyapkan semua masalah kita.

3. Apakah yang kita belajar daripada kehidupan Yesus?

Kita belajar untuk tetap setia kepada Yehuwa dalam apa jua situasi. Biarpun Yesus ditentang, dia sentiasa mematuhi Yehuwa dan setia kepada-Nya hingga akhir. (Baca Yohanes 8:29.) Kehidupan Yesus menunjukkan bahawa manusia dapat tetap setia kepada Yehuwa walaupun menghadapi cabaran. Sememangnya, dia ‘memberi kita teladan agar kita mengikut jejaknya dengan teliti.’​—1 Petrus 2:21.

KETAHUILAH

Lihat bagaimana Yesus mengongsi berita baik dan mukjizat yang dilakukannya.

4. Yesus mengongsi berita baik

Yesus membuat perjalanan yang jauh dan susah untuk mengongsi berita baik dengan sebanyak orang yang mungkin. Baca Lukas 8:1, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah Yesus hanya menginjil kepada orang yang datang kepadanya?

  • Apakah yang dilakukan oleh Yesus untuk mencari orang?

Tuhan menubuatkan bahawa Mesias akan mengongsi berita baik. Baca Yesaya 61:1, 2, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah Yesus melakukan apa yang dinubuatkan dalam ayat ini?

  • Hari ini, adakah orang juga perlu mendengar berita baik ini?

Yesus berjalan bersama murid-muridnya.

5. Pedoman hidup yang bernilai

Selain menginjil tentang Kerajaan Tuhan, Yesus mengajar hal-hal yang membantu orang menikmati kehidupan yang lebih baik. Lihatlah contoh daripada Ceramah Di Atas Gunung. Baca Matius 6:14, 34 dan 7:12, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah nasihat yang Yesus beri dalam ayat-ayat ini?

  • Adakah anda rasa nasihat ini bagus dan dapat digunakan sekarang?

Yesus menyampaikan Ceramah Di Atas Gunung kepada sekumpulan lelaki, wanita, dan kanak-kanak.

6. Yesus melakukan mukjizat

Yehuwa memberi Yesus kuasa untuk melakukan banyak mukjizat. Baca Markus 5:25-34 atau mainkan VIDEO. Kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Wanita yang Sakit Disembuhkan (5:10)

  • Dalam video ini, wanita yang sakit itu yakin tentang apa?

  • Apakah yang paling menyentuh hati anda daripada mukjizat ini?

Baca Yohanes 5:36, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mukjizat Yesus “memberikan kesaksian” tentangnya. Apakah yang dibuktikan melalui mukjizatnya?

Yesus berlutut dan bercakap kepada seorang wanita yang takut. Wanita itu baru sembuh daripada masalah pendarahannya secara mukjizat.

Tahukah anda?

Buku Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes menceritakan kehidupan Yesus dan mencatatkan butiran yang saling melengkapi. Maka, kita mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kehidupannya.

  • MATIUS

    Buku yang pertama ini bertumpu kepada ajaran Yesus, terutamanya tentang Kerajaan Tuhan.

  • MARKUS

    Inilah buku yang terpendek. Jalan ceritanya rancak dan ada banyak peristiwa menarik dalam kehidupan Yesus.

  • LUKAS

    Buku ini bertumpu kepada topik doa dan menunjukkan sikap Yesus terhadap wanita.

  • YOHANES

    Buku ini ada banyak perbualan Yesus dengan sahabatnya dan orang lain. Ini membantu kita lebih memahami Yesus.

ADA ORANG KATA: “Yesus ialah Tuhan Yang Maha Kuasa.”

  • Apakah pendapat anda?

RINGKASAN

Yesus menginjil tentang Kerajaan Tuhan, melakukan mukjizat, dan selalu mentaati Yehuwa.

Ulang Kaji

  • Apakah kerja utama Yesus semasa di bumi?

  • Apakah yang dibuktikan melalui mukjizat Yesus?

  • Apakah nasihat Yesus yang berguna untuk kehidupan kita?

Matlamat

JOM BELAJAR

Apakah topik yang sering disebutkan oleh Yesus?

“Kerajaan Tuhan​—Mengapa Penting bagi Yesus” (Menara Pengawal, 1 Oktober 2014)

Lihat mengapa kita dapat percaya bahawa mukjizat Yesus benar-benar pernah berlaku.

“Mukjizat Yesus​—Apa yang Dapat Anda Pelajari?” (Menara Pengawal, 15 Julai 2004)

Baca bagaimana kehidupan seorang lelaki berubah setelah mempelajari pengorbanan Yesus.

“Saya Hidup Hanya untuk Diri Sendiri” (Menara Pengawal, 1 Oktober 2014)

Lihat peristiwa penting yang berlaku semasa Yesus menginjil di bumi.

“Peristiwa-Peristiwa Utama semasa Yesus Hidup di Bumi” (Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu, Lampiran A7)

a Kita akan bincang tentang Kerajaan Tuhan dengan lebih lanjut dalam pelajaran 31-33.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi