PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp19 No. 2 ms. 12-13
  • Ketika Anda Berasa Tiada Gunanya Terus Hidup

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ketika Anda Berasa Tiada Gunanya Terus Hidup
  • Menara Pengawal (Umum)—2019
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • CARILAH BANTUAN
  • DAPATKAH MASALAH INI DISELESAIKAN BUAT SELAMA-LAMANYA?
  • Bagaimana Saya Dapat Mengatasi Kemurungan?
    Kaum Muda Bertanya
  • Saya Mahu Mati—Dapatkah Bible Membantu Saya apabila Saya Ingin Bunuh Diri?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • 2 | “Ayat-Ayat Suci Melegakan Hati Kita”
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2023
  • Dapatkah Bible Membantu Saya Mengatasi Kemurungan?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Menara Pengawal (Umum)—2019
wp19 No. 2 ms. 12-13
Seorang wanita yang duduk di meja sedang memegang Bible yang terbuka, sambil termenung jauh

Ketika Anda Berasa Tiada Gunanya Terus Hidup

“Perasaan itu asyik menghantui saya,” kata Adriana dari Brazil. “Jadi saya fikir lebih baik saya mati sahaja.”

PERNAHKAH anda berasa begitu sedih sehingga tidak mahu hidup lagi? Jika begitu, anda mungkin memahami perasaan Adriana. Dia menderita akibat keresahan yang melampau, dan dia berasa sedih dan putus harapan. Adriana didapati menghidap penyakit kemurungan.

Seorang lelaki Jepun yang bernama Kaoru perlu menjaga ibu bapanya yang tua dan uzur. Dia berkata, “Pada masa itu, saya juga menghadapi tekanan yang sangat besar di tempat kerja. Saya hilang selera makan dan tidak dapat tidur nyenyak. Akhirnya saya fikir: Semua masalah saya akan berakhir jika saya mati.”

Ojebode, seorang lelaki dari Nigeria, berkata, “Saya sentiasa sedih sehingga menitiskan air mata, jadi saya fikirkan cara untuk menamatkan nyawa sendiri.” Syukurlah, Ojebode, Kaoru, dan Adriana tidak membunuh diri. Namun sedihnya, hampir 800,000 orang mengakhiri hidup sendiri setiap tahun.

CARILAH BANTUAN

Kebanyakan orang yang membunuh diri merupakan kaum lelaki, dan ramai antara mereka malu untuk meminta bantuan. Yesus berkata bahawa orang sakit memerlukan doktor. (Lukas 5:31) Maka, jika anda berasa murung dan berfikir untuk membunuh diri, janganlah malu untuk mencari bantuan. Ramai orang yang murung telah dibantu setelah menerima rawatan. Selepas Ojebode, Kaoru, dan Adriana mendapatkan rawatan, keadaan mereka menjadi jauh lebih baik.

Doktor mungkin menggunakan ubat-ubatan, kaunseling, atau kedua-duanya untuk membantu orang yang murung. Pesakit juga memerlukan kesabaran, sokongan, dan jagaan daripada keluarga dan sahabat. Sahabat kita yang terbaik ialah Tuhan Yehuwa, dan Dia memberi kita bantuan yang berkesan melalui Firman-Nya Bible.

DAPATKAH MASALAH INI DISELESAIKAN BUAT SELAMA-LAMANYA?

Pesakit kemurungan biasanya perlu menerima rawatan yang berlanjutan dan mengubah gaya hidup sendiri. Jika anda menderita akibat kemurungan, anda masih dapat menantikan masa depan yang cerah seperti Ojebode. Dia berkata, “Saya tidak sabar-sabar ingin melihat kata-kata di Yesaya 33:24 berlaku, apabila tiada seorang pun di bumi akan berkata, ‘Aku sakit.’” Maka, ingatlah janji Tuhan tentang “bumi baharu” yang bebas daripada segala “kesakitan,” termasuk penderitaan mental dan emosi. (Wahyu 21:1, 4) Pada masa itu, semua kepedihan anda akan lenyap buat selama-lamanya. Apa sahaja perasaan duka anda “tidak akan terlintas dalam fikiran lagi, dan tidak akan dikenang sama sekali.”​—Yesaya 65:17.

Ayat Bible yang Dapat Membantu

Tuhan memahami perasaan anda.

“Aku, Yehuwa, Tuhanmu, memegang tangan kananmu dan berfirman kepadamu, ‘Janganlah takut. Aku akan menolongmu.’”​—Yesaya 41:13.

Yehuwa jauh lebih memahami perasaan kita berbanding orang lain, dan Dia mahu menolong kita.

Renungkan Firman Tuhan.

“[Elia] berdoa memohon agar dia mati. Dia berkata, ‘Cukuplah, ya Yehuwa. Ambillah nyawaku.’”​—1 Raja-Raja 19:4.

“Saya dibantu kerana merenungkan Firman Tuhan,” kata Ojebode. “Rupa-rupanya Nabi Elia pun pernah mengalami perasaan yang sama.”

Belajar daripada contoh dalam Bible.

“Aku [Yesus] telah merayu kepada Tuhan bagi pihakmu [Petrus] agar kamu tidak kehilangan iman.”​—Lukas 22:32.

Selepas Rasul Petrus menyangkal Yesus sebanyak tiga kali, dia berasa sangat susah hati lalu menangis teresak-esak. Kaoru berkata, “Kisah ini mengajar saya bahawa Yehuwa dan Yesus peduli tentang perasaan Petrus. Hal ini menggalakkan saya.”

Apa sahaja perasaan duka anda “tidak akan terlintas dalam fikiran lagi, dan tidak akan dikenang sama sekali.”​—Yesaya 65:17

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi