PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w24 November ms. 20-25
  • Para Saudara​—Adakah Anda Berusaha untuk Menjadi Penatua?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Para Saudara​—Adakah Anda Berusaha untuk Menjadi Penatua?
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MEMPUNYAI NAMA YANG BAIK
  • MENJADI KETUA KELUARGA YANG BAIK
  • RELA BERKHIDMAT UNTUK SIDANG
  • TERUSLAH BERUSAHA MELAYAKKAN DIRI
  • Para Saudara​—Adakah Anda Berusaha untuk Menjadi Pembantu Sidang?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
  • Dapatkan Bantuan Para Penatua
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Tunjukkanlah Penghargaan untuk “Kurnia Berupa Manusia”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
  • Bergantung pada Yehuwa semasa Membuat Keputusan
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2023
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
w24 November ms. 20-25

RENCANA PEMBELAJARAN 47

LAGU 103 Gembala​—Kurniaan Tuhan

Para Saudara​—Adakah Anda Berusaha untuk Menjadi Penatua?

“Jika seseorang sedang berusaha untuk menjadi seorang penyelia, dia menginginkan pekerjaan yang baik.”​—1 TIM. 3:1.

FOKUS

Membincangkan sesetengah syarat dalam Bible bagi mereka yang ingin menjadi penatua.

1-2. Apakah tanggungjawab penatua?

JIKA anda sudah lama berkhidmat sebagai pembantu sidang, anda mungkin sudah berusaha memupuk sifat-sifat yang diperlukan untuk menjadi penatua. Adakah anda menginginkan “pekerjaan yang baik” itu?​—1 Tim. 3:1.

2 Apakah tanggungjawab penatua? Mereka mengambil pimpinan dalam kerja penyebaran, berusaha keras untuk menggembala dan mengajar, dan menguatkan sidang melalui kata-kata dan teladan mereka. Itulah sebabnya Bible menggambarkan mereka sebagai “kurnia berupa manusia.”​—Ef. 4:8.

3. Bagaimanakah seorang saudara dapat menjadi penatua? (1 Timotius 3:​1-7; Titus 1:​5-9)

3 Bagaimanakah anda dapat menjadi seorang penatua? Untuk mendapat kerja di dunia sekular, anda hanya perlukan kemahiran yang dicari oleh majikan. Tetapi untuk menjadi penatua, sekadar mahir mengajar dan menginjil tidak cukup. Anda harus memenuhi kelayakan yang tersenarai di 1 Timotius 3:​1-7 dan Titus 1:​5-9. (Baca.) Dalam rencana ini, kita akan membincangkan syarat yang harus dipenuhi oleh penatua dalam tiga aspek berikut: Mempunyai nama yang baik di dalam dan di luar sidang, menjadi ketua keluarga yang baik, dan rela berkhidmat untuk sidang.

MEMPUNYAI NAMA YANG BAIK

4. Apakah maksud “tidak bercela”?

4 Untuk menjadi penatua, anda mesti “tidak bercela.” Maksudnya, anda harus mempunyai nama atau reputasi yang baik dalam sidang. Anda tidak memberi saudara saudari sebab untuk menuduh anda berkelakuan buruk. Selain itu, anda harus “mempunyai nama baik dalam kalangan orang luar.” Orang yang bukan Saksi mungkin mengkritik kepercayaan anda, tetapi mereka tidak patut mempunyai alasan untuk mempersoalkan kelakuan atau kejujuran anda. (Dan. 6:​4, 5) Maka tanyalah diri, “Adakah saya mempunyai nama yang baik di dalam dan di luar sidang?”

5. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan bahawa anda “mencintai apa yang baik”?

5 Jika anda “mencintai apa yang baik,” anda akan mencari sifat-sifat baik orang lain dan memuji mereka. Anda juga akan suka berbuat baik, dan bahkan sanggup buat lebih daripada apa yang diperlukan. (1 Tes. 2:8) Mengapakah sifat ini begitu penting bagi para penatua? Penatua perlu menggunakan banyak masa dan tenaga untuk menggembala sidang dan melakukan tugasan mereka. (1 Ptr. 5:​1-3) Jika mereka “mencintai apa yang baik,” mereka akan melakukannya dengan rela hati dan meraih banyak sukacita kerana membantu orang lain.​—Kis. 20:35.

6. Apakah maksud “suka menyambut orang dengan ramah”? (Ibrani 13:​2, 16; lihat juga gambar.)

6 Anda menunjukkan bahawa anda “suka menyambut orang dengan ramah” dengan berbuat baik kepada orang lain, termasuk orang yang bukan kawan baik anda. (1 Ptr. 4:9) Sebuah kamus Bible menyatakan bahawa seorang yang murah hati akan berbuat baik kepada semua orang termasuk orang yang tidak dikenalinya, dan dia gembira untuk menyambut mereka ke dalam rumahnya. Tanyalah diri, “Adakah saya murah hati kepada orang yang melawat sidang saya?” (Baca Ibrani 13:​2, 16.) Orang yang murah hati akan berbuat baik kepada semua pelawat, termasuk mereka yang miskin, penceramah undangan, dan saudara yang bekerja keras untuk menggalakkan saudara saudari, seperti penyelia litar.​—Kej. 18:​2-8; Ams. 3:27; Luk. 14:​13, 14; Kis. 16:15; Rm. 12:13.

Sepasang suami isteri membawa penyelia litar dan isterinya ke bilik tetamu.

Sepasang suami isteri yang murah hati menyambut penyelia lawatan dan isterinya (Lihat perenggan 6)


7. Bagaimanakah seorang penatua menunjukkan bahawa dia “tidak mencintai wang”?

7 “Tidak mencintai wang.” Maksudnya, anda tidak mementingkan harta benda. Tidak kira anda miskin atau kaya, anda akan sentiasa mengutamakan Kerajaan Tuhan. (Mat. 6:33) Anda akan menggunakan masa, tenaga, dan harta anda, untuk menyembah Yehuwa, menjaga keluarga, dan berkhidmat kepada sidang. (Mat. 6:24; 1 Yoh. 2:​15-17) Tanyalah diri, “Apakah pandangan saya terhadap wang? Adakah saya berpuas hati setelah keperluan asas saya dipenuhi? Atau adakah saya asyik mahu mendapat lebih banyak wang dan harta?”​—1 Tim. 6:​6, 17-19.

8. Bagaimanakah anda menunjukkan bahawa anda “bersikap sederhana” dan “tahu mengawal diri”?

8 Jika anda “bersikap sederhana” dan “tahu mengawal diri,” anda seimbang dalam setiap aspek kehidupan anda. Anda tidak akan keterlaluan dalam soal makan, minum, pakaian, dandanan, dan rekreasi. Anda juga tidak akan terikut-ikut dengan gaya duniawi. (Luk. 21:34; Yak. 4:4) Biarpun orang lain buat anda marah, anda masih boleh berfikir dengan wajar dan tenang. Selain itu, anda bukan “seorang pemabuk” atau dikenali sebagai orang yang kuat minum. Tanyalah diri, “Adakah cara hidup saya menunjukkan bahawa saya bersikap sederhana dan tahu mengawal diri?”

9. Apakah maksud “berfikiran sihat” dan “bertatatertib”?

9 Jika anda “berfikiran sihat,” anda akan merenungkan prinsip Bible dan cuba memahami kaitannya dengan setiap situasi yang anda hadapi. Anda memastikan bahawa anda mempunyai semua fakta sebelum bertindak atau membuat keputusan. (Ams. 18:13) Hasilnya, anda dapat membuat keputusan yang mencerminkan pemikiran Yehuwa. Jika anda “bertatatertib,” hidup anda akan teratur dan anda akan menepati masa. Anda akan dikenali sebagai orang yang boleh diharapkan dan yang sentiasa mengikut arahan. Dengan memupuk sifat-sifat yang disebut dalam tajuk kecil ini, anda akan mempunyai reputasi yang baik. Sekarang, mari kita lihat syarat Bible untuk menjadi ketua keluarga yang baik.

MENJADI KETUA KELUARGA YANG BAIK

10. Bagaimanakah seorang saudara dapat “mengurus rumah tangganya dengan baik”?

10 Jika anda sudah berkahwin dan ingin menjadi penatua, reputasi keluarga anda sangat penting. Anda perlu ‘mengurus rumah tangga anda dengan baik.’ Maksudnya, anda perlu dikenali sebagai ketua keluarga yang pengasih dan bertanggungjawab. Anda juga perlu mengaturkan penyembahan keluarga dan memastikan keluarga anda menghadiri perjumpaan dan menginjil secara tetap. Mengapakah hal ini begitu penting? Rasul Paulus berkata, “Jika seseorang tidak tahu mengurus rumah tangganya sendiri, bagaimanakah dia dapat menjaga sidang Tuhan?”​—1 Tim. 3:5.

11-12. Bagaimanakah kelakuan ahli keluarga seorang saudara mempengaruhi kelayakannya sebagai penatua? (Lihat juga gambar.)

11 Jika anda seorang bapa, anak-anak anda yang di bawah umur haruslah “taat dan berkelakuan baik.” Anda perlu mengajar dan melatih mereka dengan pengasih. Sudah tentu, mereka boleh ketawa dan bermain, seperti anak-anak lain. Tetapi, anda harus melatih mereka untuk mendengar cakap, bersikap hormat, dan bersopan santun. Selain itu, cubalah sedaya upaya untuk membantu anak anda memupuk persahabatan dengan Yehuwa, hidup selaras dengan prinsip Bible, dan membuat kemajuan untuk dibaptis.

12 Anak-anak anda juga tidak patut “dituduh mengamalkan cara hidup yang tidak bermoral atau suka memberontak.” Jika seorang anak yang masih di bawah jagaan bapanya melakukan dosa yang serius, apakah kesannya? Jika hal itu berlaku kerana bapanya lalai melatih dan mendisiplinnya, kemungkinan besar bapa itu tidak layak menjadi penatua.​—Lihat Menara Pengawal terbitan 15 Oktober 1996, ms. 21, per. 6-7, dalam bahasa Indonesia.

Kolaj: 1. Seorang bapa mengendalikan penyembahan keluarga bersama isteri dan anak-anaknya. Mereka menonton video “Jadilah Sahabat Yehuwa​—Mengasihi Rumah Yehuwa” di jw.org. 2. Kemudian, bapa itu bersama dua orang anak lelakinya membersihkan Dewan Perjumpaan. Bapa itu dan seorang anaknya sedang memvakum, sementara seorang lagi anak mengelap podium.

Ketua keluarga yang baik akan melatih anak mereka untuk berkhidmat kepada Yehuwa dan membantu dalam sidang (Lihat perenggan 11)


RELA BERKHIDMAT UNTUK SIDANG

13. Bagaimanakah anda menunjukkan bahawa anda “munasabah” dan “tidak keras kepala”?

13 Saudara yang mempunyai sifat-sifat yang baik dapat banyak membantu sidang. Saudara yang “munasabah” berusaha menjaga kedamaian. Jika anda mahu dikenali sebagai seorang yang munasabah, dengarlah pandangan orang lain dan cubalah memahami mereka. Sebagai contoh, bayangkan anda sudah menjadi penatua. Jika kebanyakan penatua bersetuju membuat suatu keputusan yang tidak melanggar prinsip Bible, adakah anda akan menyokong keputusan mereka biarpun anda kurang bersetuju dengan mereka? “Tidak keras kepala” bermaksud anda sudi mendengar pendapat orang lain dan tidak memaksa mereka untuk mengikut pandangan anda. (Kej. 13:​8, 9; Ams. 15:22) Anda juga “tidak suka bertengkar” atau “tidak cepat marah.” Maksudnya, anda akan bersikap hormat, tidak bertikam lidah, dan mengambil kira perasaan orang lain. Sebagai seorang yang suka akan kedamaian, anda akan berusaha keras untuk berdamai dengan orang lain biarpun dalam situasi yang susah. (Yak. 3:​17, 18) Kata-kata anda yang lembut dapat membantu bahkan para penentang untuk bertenang.​—Hak. 8:​1-3; Ams. 20:3; 25:15; Mat. 5:​23, 24.

14. Apakah maksud seorang penatua bukanlah “orang yang baru percaya kepada Kristus” dan harus “setia”?

14 Seorang saudara yang layak menjadi penatua bukanlah “orang yang baru percaya kepada Kristus.” Hal itu tidak bermaksud anda perlu dibaptis untuk masa yang sangat lama. Namun, anda memerlukan masa untuk menjadi orang Kristian yang matang. Sebelum menjadi penatua, anda perlu menunjukkan bahawa anda rendah hati seperti Yesus dan sudi menunggu Yehuwa memberi anda tugasan. (Mat. 20:23; Flp. 2:​5-8) Anda membuktikan bahawa anda “setia” dengan berpaut pada Yehuwa dan standard-Nya, serta mengikut arahan yang diberikan melalui organisasi-Nya.​—1 Tim. 4:15.

15. Adakah semua penatua mesti merupakan penceramah yang mahir? Jelaskan.

15 Bible menyatakan dengan jelas bahawa penatua mesti “layak untuk mengajar.” Adakah hal ini bermaksud anda mesti sangat mahir memberikan ceramah? Tidak. Ramai penatua bukanlah penceramah yang sangat mahir, tetapi mereka dapat mengajar dengan baik semasa menginjil dan membuat kunjungan penggembalaan. (Bandingkan 1 Korintus 12:​28, 29 dan Efesus 4:11.) Biarpun anda bukanlah penceramah yang sangat mahir, anda perlu terus meningkatkan kemahiran mengajar anda. Bagaimanakah anda dapat melakukannya?

16. Bagaimanakah anda dapat menjadi pengajar yang lebih mahir? (Lihat juga gambar.)

16 “Berpegang teguh pada firman yang dapat dipercayai.” Untuk menjadi pengajar yang lebih mahir, ajaran dan nasihat anda mesti berdasarkan Bible. Maka, kajilah Bible dan bahan bacaan Bible dengan teliti. (Ams. 15:28; 16:23) Perhatikanlah bagaimana bahan bacaan kita menjelaskan ayat-ayat Bible supaya anda dapat menerangkannya dalam cara yang betul. Semasa mengajar, cubalah mencapai hati pendengar anda. Selain itu, mintalah dan terapkanlah cadangan daripada penatua yang berpengalaman. (1 Tim. 5:17) Penatua juga haruslah sentiasa baik hati semasa “memberikan galakan” atau “menegur.” Apabila anda bersikap pengasih, lemah lembut, dan memberikan nasihat berdasarkan Bible, anda sedang meniru teladan Yesus dan dapat menjadi pengajar yang lebih mahir.​—Mat. 11:​28-30; 2 Tim. 2:24.

Kolaj: 1. Seorang pembantu sidang dan seorang penatua mengunjungi seorang saudari di rumahnya. Bible mereka terbuka semasa pembantu sidang itu bercakap dengan saudari itu. 2. Pembantu sidang itu berdiri di hadapan cermin untuk melatih ceramahnya.

Seorang pembantu sidang belajar cara untuk mengajar daripada Bible semasa bersama penatua yang berpengalaman. Dia juga berlatih memberikan ceramah di hadapan cermin (Lihat perenggan 16)


TERUSLAH BERUSAHA MELAYAKKAN DIRI

17. (a) Jika pembantu sidang rasa mereka tidak mampu menjadi penatua, apakah yang harus mereka ingat? (b) Apakah yang harus diingat oleh penatua semasa menilai kelayakan seorang saudara? (Lihat kotak “Bersikap Rendah Hati Semasa Menilai Kelayakan Orang Lain.”)

17 Selepas mengkaji sifat-sifat yang diperlukan untuk menjadi penatua, sesetengah pembantu sidang mungkin rasa mereka tidak mampu mencapainya. Namun ingatlah bahawa Yehuwa dan organisasi-Nya tidak mengharapkan kesempurnaan daripada anda. (1 Ptr. 2:21) Ingatlah juga bahawa kuasa suci Yehuwa dapat membantu anda memupuk sifat-sifat itu. (Flp. 2:13) Adakah anda ingin memantapkan sifat tertentu? Berdoalah kepada Yehuwa, buatlah penyelidikan tentangnya, dan mintalah cadangan seorang penatua.

Bersikap Rendah Hati Semasa Menilai Kelayakan Orang Lain

Semasa menilai sama ada seorang saudara layak menjadi penatua atau tidak, para penatua patut ingat bahawa mereka sendiri pun tidak sempurna. Oleh itu, mereka harus bersikap munasabah dan tidak mengharapkan standard yang terlampau tinggi daripada orang lain. (Pkh. 7:16; Rm. 12:3) Mereka akan meminta bantuan Yehuwa semasa menilai jika seorang saudara memenuhi syarat dalam Bible sehingga tahap yang memuaskan. Dengan itu, mereka memastikan bahawa saudara yang mereka syorkan itu hidup selaras dengan standard Yehuwa dan akan menjadi berkat kepada sidang.

18. Semua pembantu sidang digalakkan untuk melakukan apa?

18 Marilah kita semua, termasuk para penatua, terus memupuk sifat-sifat yang dibincangkan dalam rencana ini. (Flp. 3:16) Jika anda seorang pembantu sidang, berusahalah melayakkan diri untuk menjadi penatua! Mintalah Yehuwa untuk melatih anda supaya anda menjadi lebih berguna bagi-Nya dan sidang. (Yes. 64:8) Semoga Yehuwa memberkati usaha anda!

APAKAH YANG DAPAT KITA BELAJAR DARIPADA . . .

  • 1 Timotius 3:​1-7?

  • Titus 1:​5-9?

  • Ibrani 13:​2, 16?

LAGU 101 Kita Bersatu, Sehati Sejiwa

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi