PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Penciptaan atau Evolusi?—Bahagian 1: Mengapakah Percaya kepada Tuhan?
    Kaum Muda Bertanya
    • Seorang lelaki sedang menjelaskan sebab dia percaya kepada Tuhan kepada rakan sekolahnya

      KAUM MUDA BERTANYA

      Penciptaan atau Evolusi?—Bahagian 1: Mengapakah Percaya kepada Tuhan?

      • Penciptaan atau evolusi?

      • Mengapakah saya percaya kepada Tuhan?

      • Menjelaskan kepercayaan saya

      Penciptaan atau evolusi?

      Adakah kamu percaya bahawa Tuhan menciptakan segala sesuatu? Jika ya, kamu tidak bersendirian; ramai kaum muda (dan orang dewasa) mempunyai pandangan yang sama. Tetapi ada yang berkata bahawa kehidupan dan alam semesta datang secara evolusi​—tanpa dicipta oleh “Peribadi Tertinggi.”

      Tahukah anda? Mereka yang menyokong atau menolak teori evolusi cepat membuat kesimpulan tentang apa yang dipercayai mereka. Tetapi, mereka mungkin tidak mengetahui mengapa mereka mempercayai hal itu.

      • Sesetengah orang mempercayai penciptaan kerana itulah yang diajar oleh agama mereka.

      • Yang lain pula mempercayai evolusi kerana mereka diajar sedemikian di sekolah.

      Rencana bersiri ini akan membantu kamu untuk mengukuhkan dan menjelaskan kepercayaan kamu mengenai penciptaan. Mula-mula, tanyalah diri soalan asas yang berikut:

      Mengapakah saya percaya kepada Tuhan?

      Mengapakah soalan ini penting? Bible menggalakkan kamu untuk “menggunakan daya pemikiran.” (Roma 12:1) Maksudnya, kamu tidak sepatutnya mempercayai kewujudan Tuhan semata-mata kerana

      • perasaan sendiri (Saya berasa bahawa mesti ada kuasa yang lebih tinggi)

      • pengaruh orang lain (Saya tinggal dalam komuniti yang kuat beragama)

      • tekanan daripada orang lain (Ibu bapa mengajar saya bahawa Tuhan memang wujud. Jika tidak, saya akan dimarahi oleh mereka)

      Sebaliknya, kamu sendiri mesti mempercayai Tuhan wujud berdasarkan alasan yang kukuh.

      Jadi, apakah yang meyakinkan kamu bahawa Tuhan wujud? Lembaran kerja “Mengapakah Saya Percaya kepada Tuhan?” dapat menguatkan kepercayaan kamu. Pertimbangkan cara kaum muda lain menjawab soalan ini.

      “Di dalam kelas, saya mendengar bagaimana cikgu menjelaskan cara badan kita berfungsi, saya tidak ragu-ragu bahawa Tuhan memang wujud. Setiap bahagian tubuh kita mempunyai peranan tersendiri dan berfungsi dengan begitu baik tanpa kita sedari. Tubuh manusia memang sangat menakjubkan!”​—Teresa.

      “Apabila saya melihat pencakar langit, kapal persiaran, atau kereta, saya terfikir, ‘Siapakah yang membinanya?’ Sebagai contoh, sebuah kereta ada banyak komponen kecil yang harus dipasang dengan betul agar dapat berfungsi. Sudah tentu, kereta dicipta oleh orang yang sangat bijak. Jika kereta ada pencipta, manusia juga pasti ada Pencipta.”​—Richard.

      “Manusia yang paling bijak pun memerlukan masa ratusan tahun untuk memahami sebahagian kecil tentang alam semesta. Jadi, memang tidak masuk akal untuk berfikir bahawa seluruh alam semesta boleh wujud tanpa Pencipta yang bijak!”​—Karen.

      “Semakin banyak saya belajar tentang sains, semakin susah bagi saya untuk mempercayai teori evolusi. Contohnya, saya terfikir tentang kejituan matematik dalam alam semula jadi dan keunikan manusia, termasuk keperluan untuk mencari tahu siapakah kita, asal usul kita, dan tujuan hidup kita. Penjelasan teori evolusi banyak berkait rapat dengan binatang, tetapi tidak pernah menjelaskan mengapa manusia unik. Bagi saya, lebih banyak ‘iman’ diperlukan untuk percaya teori evolusi daripada percaya kepada Pencipta.”​—Anthony.

      Menjelaskan kepercayaan saya

      Bagaimana pula jika rakan sekelas mengejek kamu kerana percaya sesuatu yang tidak kelihatan? Bagaimana jika mereka mengatakan bahawa sains telah “membuktikan” teori evolusi?

      Mula-mula, yakinlah tentang kepercayaan kamu. Jangan berasa takut atau malu. (Roma 1:16) Ingatlah:

      1. Kamu tidak bersendirian; ramai orang masih percaya kepada Tuhan. Mereka termasuklah golongan pakar yang pintar. Contohnya, terdapat para saintis yang percaya bahawa Tuhan wujud.

      2. Kadangkala, orang yang berkata bahawa mereka tidak percaya kepada Tuhan sebenarnya mereka hanya tidak mengenali Tuhan. Mereka berkata demikian bukan kerana mereka tidak pernah memikirkan bukti tentang kewujudan Tuhan, tetapi kerana ada banyak soalan yang membuat mereka rasa keliru seperti, “Jika Tuhan wujud, mengapakah Dia mengizinkan penderitaan?”

      3. Manusia mempunyai “keperluan rohani.” (Matius 5:3) Hal ini mencakup keperluan kita untuk percaya kepada Tuhan. Jika seseorang berkata bahawa Tuhan tidak wujud, dia bertanggungjawab untuk menjelaskan dasar kesimpulannya.​—Roma 1:18-20.

      4. Adalah munasabah untuk percaya Tuhan wujud. Ternyatalah bahawa kehidupan tidak wujud secara kebetulan. Tiada bukti yang menyokong idea bahawa kehidupan boleh muncul daripada benda yang tidak bernyawa.

      Apakah yang boleh kamu katakan jika seseorang mempersoalkan kepercayaan kamu tentang kewujudan Tuhan? Pertimbangkan beberapa situasi yang berikut.

      Jika seseorang berkata: “Hanya orang yang tidak berpendidikan sahaja yang percaya kepada Tuhan.”

      Kamu boleh menjawab: “Adakah kamu betul-betul percaya bahawa itulah pendirian yang harus diikuti? Saya tidak percaya. Menurut satu tinjauan yang melibatkan 1,600 orang profesor sains dari pelbagai universiti yang terkenal, satu pertiga daripada mereka tidak mengakui bahawa mereka ialah ateis atau agnostik.a Adakah ini bermaksud mereka kurang berpendidikan kerana percaya akan kewujudan Tuhan?”

      Jika seseorang berkata: “Jika Tuhan wujud, mengapakah Dia mengizinkan penderitaan?”

      Kamu boleh menjawab: “Adakah maksud kamu Tuhan tidak peduli terhadap kita? [Izinkan maklum balas.] Saya telah mendapat jawapan yang memuaskan tentang mengapa begitu banyak penderitaan. Tetapi, kita perlu mengkaji beberapa ajaran Bible untuk memahaminya. Adakah kamu ingin mengetahui dengan lebih lanjut?”

      Rencana yang berikut dalam siri ini akan membincangkan sebab teori evolusi tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan tentang kewujudan kita.

      a Sumber: Social Science Research Council, “Religion and Spirituality Among University Scientists,” ditulis oleh Elaine Howard Ecklund, 5 Februari 2007.

  • Penciptaan atau Evolusi?—Bahagian 2: Mengapakah Teori Evolusi Perlu Dikaji?
    Kaum Muda Bertanya
    • Pelajar sekolah diajar teori evolusi

      KAUM MUDA BERTANYA

      Penciptaan atau Evolusi?​—Bahagian 2: Mengapakah Teori Evolusi Perlu Dikaji?

      Alex keliru. Sejak dulu lagi, dia percaya akan Tuhan dan penciptaan. Tetapi hari ini, guru biologinya menyatakan dengan tegas bahawa teori evolusi ialah fakta yang berdasarkan kajian sains yang boleh dipercayai. Alex tidak mahu dianggap bodoh. Dia berkata kepada dirinya sendiri: “Jika saintis sudah membuktikan teori evolusi memang benar, siapakah saya untuk mempersoalkan mereka?”

      Adakah kamu pernah mengalami situasi ini? Mungkin selama ini kamu percaya apa yang Bible katakan, ‘Tuhan mula menciptakan alam semesta.’ (Kejadian 1:1) Namun, ramai orang cuba meyakinkan kamu bahawa penciptaan ialah mitos, manakala teori evolusi ialah fakta yang benar. Adakah kamu akan percaya mereka? Mengapakah teori evolusi perlu dikaji?

      • Dua sebab teori Evolusi perlu dikaji

      • Fikirkan soalan-soalan ini

      • Pandangan remaja lain

      Dua sebab teori Evolusi perlu dikaji

      1. Para saintis tidak bersetuju dengan teori evolusi. Meskipun kajian telah dilakukan selama bertahun-tahun, namun tiada penjelasan yang dapat disetujui oleh para saintis dengan sebulat suara.

        Cuba fikirkan: Jika para saintis, yang merupakan pakar dalam bidang ini, tidak dapat menyetujui teori evolusi dengan sebulat suara, adakah salah untuk kamu mempersoalkan teori ini?​—Mazmur 10:4.

      2. Apa yang kamu percaya adalah sangat penting. Seorang remaja bernama Zachary berkata, “Jika kehidupan datang secara kebetulan, maka kehidupan kita dan segala sesuatu di seluruh alam semesta tidak lagi bermakna.” Kata-katanya memang masuk akal. Jika teori evolusi adalah benar, kehidupan kita tidak lagi ada tujuan. (1 Korintus 15:32) Sebaliknya, jika penciptaan adalah benar, kita dapat mencari jawapan yang memuaskan tentang soalan-soalan mengenai tujuan hidup dan masa depan kita.​—Yeremia 29:11.

        Cuba fikirkan: Bagaimanakah pengetahuan tentang kebenaran evolusi dan penciptaan mempengaruhi kehidupan kamu?​—Ibrani 11:1.

      Fikirkan soalan-soalan ini

      ORANG BERKATA: ‘Segala sesuatu di alam semesta wujud hasil daripada suatu letupan yang besar.’

      • Siapakah atau apakah yang menyebabkan letupan besar itu?

      • Manakah yang lebih masuk akal​—segala sesuatu wujud secara kebetulan atau wujud kerana adanya Pencipta?

      ORANG BERKATA: ‘Manusia berasal daripada binatang.’

      • Jika manusia berasal daripada binatang, misalnya beruk, mengapakah terdapat perbezaan yang begitu besar antara manusia dengan beruk dari segi keupayaan berfikir?a

      • Mengapakah benda hidup yang “terkecil” pun, seperti mikroorganisma, juga begitu unik?b

      ORANG BERKATA: ‘Teori evolusi ialah fakta yang sudah dibuktikan.’

      • Adakah orang yang mempercayai evolusi mengkaji bukti-bukti yang menyokong teori itu?

      • Berapa banyakkah orang yang mempercayai teori evolusi semata-mata kerana mereka diberitahu bahawa semua orang yang pintar mempercayai teori ini?

      PANDANGAN REMAJA LAIN

      Gwen

      Gwen

      “Katakan ada orang memberitahu kamu bahawa satu letupan telah berlaku di sebuah kilang percetakan. Letupan itu menyebabkan dakwat terpercik ke siling dan dinding lalu sebuah kamus yang lengkap terbentuk. Adakah kamu akan percaya? Jadi, adakah masuk akal jika alam semesta yang teratur terhasil daripada satu letupan yang besar?”

      Jessica

      Jessica

      “Manusia mempunyai banyak sifat-sifat yang baik. Contohnya, kita menjaga orang yang sakit dan membantu mereka yang kurang kemampuan. Hal ini bercanggahan dengan konsep evolusi ‘survival of the fittest’ yang menyatakan bahawa hanya yang terkuat dan yang terhebat layak untuk hidup.”

      Julia

      Julia

      “Jika kamu nampak sebuah rumah yang cantik di dalam hutan, adakah kamu akan berfikir, ‘Wah, hebatnya! Pokok-pokok itu pasti telah tumbang dan tersusun dengan sendiri sehingga rumah ini terbina.’ Sudah tentu tidak! Mustahil hal ini berlaku. Jadi, adakah munasabah untuk percaya bahawa segala sesuatu di alam semesta wujud secara kebetulan?”

      a Sesetengah orang menyimpulkan bahawa manusia lebih bijak kerana mempunyai otak yang lebih besar berbanding dengan beruk. Namun, kesimpulan ini tidak mempunyai dasar yang kukuh, lihatlah brosur Asal Usul Kehidupan—Lima Soalan yang Patut Difikirkan, muka surat 28.

      b Lihatlah brosur Asal Usul Kehidupan—Lima Soalan yang Patut Difikirkan, muka surat 8-12.

  • Penciptaan atau Evolusi?—Bahagian 3: Mengapakah Percaya tentang Penciptaan?
    Kaum Muda Bertanya
    • Para pelajar di muzium sedang melihat fosil dinosaur

      KAUM MUDA BERTANYA

      Penciptaan atau Evolusi?​—Bahagian 3: Mengapakah Percaya tentang Penciptaan?

      “Jika kamu percaya tentang penciptaan, orang akan fikir kamu bodoh. Kamu mungkin dianggap seperti budak yang terikut-ikut dengan kepercayaan kolot daripada ibu bapa, ataupun dibutakan oleh ajaran agama.”​—Jeanette.

      Adakah kamu mempunyai perasaan yang sama seperti Jeanette? Jika ya, kamu mungkin meragui kepercayaan kamu tentang penciptaan. Tiada orang yang suka dipandang seperti orang yang tidak berakal. Apakah yang dapat membantu kamu?

      • Sebab untuk tidak percaya

      • Fikirlah kepercayaan kamu

      • Bahan-bahan yang membantu kamu mengkaji bukti

      • Pandangan remaja lain

      Sebab untuk tidak percaya

      1. Jika kamu percaya tentang penciptaan, orang lain akan menganggap kamu menolak ilmu sains.

      “Cikgu saya kata, orang yang percaya penciptaan ialah orang yang malas untuk menjelaskan kejadian bumi.”​—Maria.

      Tahukah kamu: Orang yang berkata sedemikian tidak sedar bahawa para saintis seperti Galileo dan Isaac Newton percaya tentang kewujudan Tuhan. Kepercayaan mereka tidak bercanggah dengan ilmu sains. Seperti mereka, sesetengah saintis hari ini juga mempunyai pandangan yang serupa.

      Cubalah ini: Taip frasa (termasuk tanda petikan) “menjelaskan imannya” dalam kotak cari yang terdapat di PERPUSTAKAAN ONLINE Menara Pengawal dalam bahasa Indonesia. Bacalah pengalaman para pakar dalam bidang perubatan dan sains. Perhatikanlah apa yang mengubah pandangan mereka untuk menerima kepercayaan tentang penciptaan.

      Kesimpulan: Kepercayaan tentang penciptaan tidak bermaksud bahawa kamu menolak ilmu sains. Malah, semakin banyak kamu belajar tentang alam semula jadi, kepercayaan kamu tentang penciptaan akan semakin kukuh.​—Roma 1:​20.

      2. Jika kamu percaya ajaran Bible tentang penciptaan, orang akan fikir kamu fanatik dalam hal agama.

      “Ramai orang memandang remeh tentang penciptaan. Mereka berasa bahawa catatan dalam buku Kejadian hanya cerita dongeng.”​—Jasmine.

      Tahukah Anda: Ramai orang mempunyai tanggapan yang salah tentang kisah penciptaan dalam Bible. Sebagai contoh, sesetengah ahli kreasionisme menyimpulkan bahawa bumi hanya diciptakan beberapa ribu tahun yang lalu ataupun bumi diciptakan dalam masa enam hari yang harfiah, iaitu panjang setiap hari ialah 24 jam. Bible tidak menyokong kesimpulan sedemikian.

      • Kejadian 1:1 menyatakan: ‘Pada mulanya, ketika Tuhan mula menciptakan alam semesta.’ Ayat ini tidak bercanggahan dengan ajaran sains bahawa bumi berumur berbilion-bilion tahun.

      • Perkataan “hari” yang dinyatakan dalam buku Kejadian boleh bermaksud tempoh masa yang panjang. Maka, perkataan “hari” yang dinyatakan di Kejadian 2:4, merujuk kepada semua enam hari penciptaan.

      Kesimpulan: Ajaran Bible tentang penciptaan adalah selaras dengan ilmu sains.

      Fikirlah kepercayaan kamu

      Kepercayaan tentang penciptaan tidak bermaksud bahawa kita “percaya secara membabi buta.” Sebaliknya, kepercayaan ini berasaskan bukti yang kukuh. Pertimbangkan hal ini:

      Segala reka cipta yang kamu perhatikan seperti kamera, kapal terbang, atau rumah, menunjukkan bahawa ada seseorang yang merekanya. Apabila kamu fikir tentang mata manusia, burung, atau bumi kita, bukankah masuk akal untuk percaya bahawa adanya Pencipta?

      Fikirlah: Para jurutera sering meniru ciri-ciri alam semula jadi untuk meningkatkan mutu reka cipta mereka. Mereka juga ingin hasil kerja mereka diiktiraf oleh orang lain. Adakah masuk akal untuk mengiktiraf manusia serta hasil kerja mereka, tetapi tidak memberikan penghormatan kepada Pencipta serta ciptaan-Nya yang unggul?

      Sebuah kapal terbang dan seekor burung sedang terbang

      Jika kapal terbang mempunyai pereka, adakah masuk akal untuk berfikir bahawa burung wujud tanpa Pencipta?

      Bahan-Bahan yang membantu kamu mengkaji bukti

      Kamu boleh menguatkan keyakinan kamu tentang penciptaan dengan mengkaji bukti-bukti yang terdapat dalam alam semula jadi.

      Cubalah ini: Taip frasa (termasuk tanda petikan) “apakah ini dirancang?” dalam kotak cari yang terdapat di PERPUSTAKAAN ONLINE Menara Pengawal dalam bahasa Indonesia. Pilihlah tajuk yang kamu minati daripada siri rencana berjudul “Apakah ini dirancang?” daripada majalah Sadarlah! Untuk setiap rencana, perhatikanlah apa yang menarik tentang alam semula jadi. Bagaimanakah hal itu meyakinkan kamu bahawa Pencipta wujud?

      Kaji dengan lebih dalam: Gunalah brosur berikut untuk mencari bukti yang lebih terperinci tentang penciptaan.

      • Kehidupan Diciptakan

        • Kedudukan bumi yang sempurna dan lengkap dapat menampung kehidupan.​—Lihat muka surat 4-​10.

        • Contoh-contoh reka cipta yang terdapat di alam semula jadi.​—Lihat muka surat 11-​17.

        • Ajaran Bible tentang penciptaan selaras dengan ilmu sains.​—Lihat muka surat 24-​28.

      • Asal Mula Kehidupan​—Lima Pertanyaan yang Patut Direnungkan (Terdapat dalam bahasa Indonesia.)

        • Kehidupan tidak dapat muncul secara kebetulan dari benda yang tidak bernyawa.​—Lihat muka surat 4-7.

        • Benda hidup yang rumit tidak mungkin muncul secara kebetulan.​—Lihat muka surat 8-​12.

        • Kod genetik dapat menyimpan jauh lebih banyak maklumat berbanding dengan teknologi moden.​—Lihat muka surat 13-​21.

        • Semua benda hidup tidak berasal daripada nenek moyang yang sama. Catatan fosil menunjukkan bahawa semua kumpulan haiwan yang utama muncul secara tiba-tiba, dan bukannya secara beransur-ansur.​—Lihat muka surat 22-​29.

      “Seluruh alam semula jadi termasuk haiwan di bumi sehinggalah alam semesta, meyakinkan saya bahawa Tuhan memang wujud.”​—Thomas.

      PANDANGAN REMAJA LAIN

      Hannah

      “Apabila saya membaca tentang tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan badan manusia yang rumit, saya sangat kagum! Saya tidak ragu-ragu bahawa semua ini ialah hasil karya Pencipta. Saya berasa lebih susah untuk percaya evolusi daripada penciptaan.”​—Hannah.

      Talia

      “Saya suka membaca siri rencana yang berjudul ‘Apakah ini Dirancang?’ yang terdapat dalam majalah ‘Sadarlah!’ (Terdapat dalam bahasa Indonesia.) Rencana ini membuktikan bahawa evolusi tidak benar. Memang susah untuk percaya benda hidup, seperti rama-rama atau burung madu, yang begitu cantik wujud secara kebetulan.”​—Talia.

  • Penciptaan atau Evolusi?—Bahagian 4: Bagaimanakah Saya Dapat Menjelaskan Kepercayaan Saya tentang Penciptaan?
    Kaum Muda Bertanya
    • Seorang remaja Saksi menjelaskan kepercayaannya tentang penciptaan kepada rakan sekelas

      KAUM MUDA BERTANYA

      Penciptaan atau Evolusi?​—Bahagian 4: Bagaimanakah Saya Dapat Menjelaskan Kepercayaan Saya tentang Penciptaan?

      Adakah kamu berasa takut untuk bercakap tentang kepercayaan kamu di sekolah? Buku teks kamu mungkin mengajar tentang evolusi. Selain itu, kamu mungkin risau bahawa cikgu dan rakan sekelas akan mengejek kamu. Bagaimanakah kamu dapat menjelaskan kepercayaan kamu dengan yakin tentang penciptaan?

      • Kamu pasti boleh!

      • Bersedialah

      • Bahan-bahan yang membantu menjelaskan kepercayaan kamu

      • Pandangan remaja lain

      Kamu pasti boleh!

      Kamu mungkin berfikir: “Saya tidak pandai untuk menjelaskan tentang subjek sains dan evolusi.” Itulah perasaan Danielle pada suatu ketika. Dia berkata, “Saya tidak suka berdebat dengan cikgu dan rakan sekelas saya.” Diana juga berkata, “Saya keliru apabila mereka berdebat dengan menggunakan istilah sains.”

      Namun, tujuan kamu bukan untuk menang dalam perdebatan. Kamu tidak perlu menjadi pakar sains untuk menjelaskan sebab kamu percaya bahawa penciptaan adalah logik.

      Tip: Kamu boleh menjelaskan secara ringkas dengan menggunakan ayat Bible di Ibrani 3:4: “Sudah tentu setiap rumah dibina oleh seseorang, tetapi Tuhanlah yang membina segala sesuatu.”

      Seorang gadis yang bernama Carol menjelaskan ayat Ibrani 3:4 dengan cara ini: “Bayangkan kamu sedang berjalan di sebuah hutan. Tiada orang yang berada di situ. Kemudian, kamu ternampak sebatang pencungkil gigi di atas tanah. Apa yang akan kamu simpulkan? Ramai akan berkata, ‘Seseorang pernah datang ke sini.’ Jika sesuatu yang kecil seperti pencungkil gigi dapat membuktikan bahawa sesuatu tidak muncul begitu sahaja, apatah lagi alam semesta dan segala yang ada di dalamnya!”

      Jika seseorang berkata: “Jika penciptaan adalah benar, siapakah yang menciptakan Pencipta?”

      Anda boleh menjawab: “Kita memang tidak dapat memahami segala sesuatu tentang Pencipta. Tetapi, hal ini tidak bermaksud bahawa Pencipta tidak wujud. Contohnya, kamu mungkin tidak tahu sejarah tentang orang yang telah menciptakan telefon bimbit kamu. Tetapi, kamu percaya ada seseorang yang menciptakannya, bukan? [Izinkan maklum balas.] Banyak lagi yang dapat kita ketahui tentang Pencipta. Jika kamu ingin tahu dengan lebih lanjut, saya boleh kongsi dengan kamu.”

      Bersedialah

      Bible berkata bahawa kamu harus “sentiasa bersedia untuk membela diri di hadapan setiap orang yang menuntut penjelasan tentang harapan yang kamu miliki. Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan hormat yang mendalam.” (1 Petrus 3:​15) Oleh itu, pertimbangkanlah dua hal ini​—apa yang dapat kamu katakan dan cara kamu mengatakannya.

      1. Apa yang dapat kamu katakan. Kasih kepada Tuhan adalah penting dan dapat mendorong kamu untuk memberikan kesaksian. Tetapi sekadar memberitahu orang lain bahawa kamu mengasihi Tuhan tidak cukup untuk meyakinkan mereka bahawa Tuhan menciptakan segala sesuatu. Cara yang lebih baik adalah dengan menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk menjelaskan mengapa masuk akal untuk percaya tentang penciptaan.

      2. Cara kamu mengatakannya. Cakaplah dengan yakin, tetapi janganlah bersikap biadap atau merendahkan orang lain. Orang mungkin akan mendengar pendapat kamu jika kamu menghormati kepercayaan mereka dan sedar bahawa mereka berhak untuk memilih apa yang mereka ingin percaya.

        “Saya berasa bahawa adalah penting agar tidak menghina orang lain.” ​—Elaine.

      Bahan-bahan yang membantu menjelaskan kepercayaan kamu

      Seorang remaja sedang berjalan semasa hujan

      Membuat persediaan untuk mempertahankan kepercayaan kamu adalah seperti bersedia untuk mengharungi perubahan cuaca

      Seorang remaja yang bernama Alicia berkata, “Jika kita tidak membuat persiapan, kita akan berdiam diri kerana tidak mahu dipermalukan.” Seperti yang dikatakan oleh Alicia, persiapan adalah penting untuk berjaya. Jeanna berkata, “Dengan mempersiapkan penjelasan dan contoh yang ringkas untuk menyokong kepercayaan saya, saya berasa lebih yakin untuk berbincang tentang penciptaan.”

      Dari manakah kamu dapat mencari contoh-contoh tersebut? Ramai kaum muda dapat menjelaskan kepercayaan mereka dengan menggunakan bahan-bahan berikut:

      • Kehidupan Diciptakan

      • Asal Mula Kehidupan​—Lima Pertanyaan yang Patut Direnungkan (Terdapat dalam bahasa Indonesia.)

      • Keajaiban Ciptaan Menyingkapkan Kemuliaan Tuhan (Video ini terdapat dalam bahasa Indonesia.)

      • Siri rencana, “Apakah Ini Dirancang?” dalam majalah Sadarlah! (Taip frasa [termasuk tanda petikan] “apakah ini dirancang” dalam kotak cari PERPUSTAKAAN ONLINE Menara Pengawal bahasa Indonesia.)

      • Gunakanlah PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower untuk mengkaji dengan lebih lanjut.

      Kamu dapat membaca rencana dalam siri sebelum ini, “Penciptaan atau Evolusi?”

      1. Bahagian 1: Mengapakah Percaya kepada Tuhan?

      2. Bahagian 2: Mengapakah Teori Evolusi Perlu Dikaji?

      3. Bahagian 3: Mengapakah Percaya tentang Penciptaan?

      Tip: Pilihlah contoh-contoh yang dapat meyakinkan kamu. Dengan berbuat demikian, kamu dapat mengingati dan menjelaskan kepercayaan kamu dengan yakin. Cubalah latih cara kamu menjelaskan kepercayaan kamu.

      PANDANGAN REMAJA LAIN

      Brittany

      “Jika kita wujud secara evolusi, mengapakah kita mempunyai sifat-sifat seperti belas kasihan dan kasih? Sifat-sifat ini mendorong kamu untuk mengutamakan kepentingan orang lain. Bagi saya, tidak masuk akal jika sifat-sifat ini datang secara evolusi.”​—Brittany.

      Breanna

      “Dalam kursus biologi, saya belajar tentang tubuh badan dan sel-sel manusia. Walaupun kursus ini menyokong teori evolusi, apa yang saya belajar meyakinkan saya bahawa kita diciptakan dengan menakjubkan.”​—Breanna.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi