PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • nwt ms. 2342-2343
  • B1 Mesej dalam Bible

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • B1 Mesej dalam Bible
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Selepas 4026 SM
  • 1943 SM
  • Selepas 1070 SM
  • 29 M
  • 33 M
  • Kira-kira 1914 M
  • Masa Depan
  • Sebuah Nubuat yang Berkaitan dengan Anda
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Yehuwa Menyingkapkan Tujuan-Nya
    Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!
  • ‘Kebijaksanaan Tuhan dalam Suatu Rahsia Suci’
    Hampirilah Yehuwa
  • Cara untuk Mencari Ayat-Ayat dalam Bible Anda
    Topik-Topik Lain
Lihat Selanjutnya
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
B1 Mesej dalam Bible

B1

Mesej dalam Bible

Edisi Cetak

Tuhan Yehuwa berhak menjadi pemerintah. Cara pemerintahan-Nya adalah yang terbaik. Tujuan-Nya bagi bumi dan umat manusia akan terlaksana.

Adam dan Hawa di Taman Eden, ular berdekatan mereka

Selepas 4026 SM

“Ular,” iaitu Syaitan, mempersoalkan hak Yehuwa untuk memerintah dan cara pemerintahan-Nya. Yehuwa menjanjikan ‘keturunan’ yang akan datang dan akhirnya meremukkan ular itu. (Kejadian 3:1-5, 15) Sementara itu, Yehuwa membenarkan manusia memerintah diri sendiri di bawah pengaruh ular.

Abraham mendengar janji-janji Tuhan

1943 SM

Yehuwa memberitahu Abraham bahawa ‘keturunan’ yang telah dijanjikan itu akan datang daripada garis keturunannya.—Kejadian 22:18.

Raja Daud

Selepas 1070 SM

Yehuwa meyakinkan Raja Daud dan kemudian anaknya Salomo bahawa ‘keturunan’ yang dijanjikan itu akan datang daripada garis keturunan mereka.—2 Samuel 7:12, 16; 1 Raja-Raja 9:3-5; Yesaya 9:6, 7.

Yesus dibaptis

29 M

Yehuwa menyingkapkan bahawa Yesus ialah ‘keturunan’ yang dijanjikan itu dan dia ialah Pewaris takhta Daud.—Galatia 3:16; Lukas 1:31-33; 3:21, 22.

Yesus mati

33 M

Ular, iaitu Syaitan, telah melumpuhkan ‘keturunan’ yang dijanjikan itu buat seketika dengan membunuh Yesus. Yehuwa membangkitkan Yesus untuk hidup di syurga. Dia menerima nilai kehidupan Yesus yang sempurna. Maka dosa dapat diampunkan dan keturunan Adam dapat memperoleh kehidupan kekal.—Kejadian 3:15; Kisah 2:32-36; 1 Korintus 15:21, 22.

Ular, iaitu Syaitan, dibuang ke bumi seperti yang dijanjikan dalam buku Wahyu

Kira-kira 1914 M

Yesus membuang ular itu, iaitu Syaitan, ke bumi. Syaitan hanya dapat menyesatkan orang di bumi untuk masa yang singkat.—Wahyu 12:7-9, 12.

Yesus memerintah bumi dari takhtanya di syurga seperti yang dijanjikan dalam buku Wahyu

Masa Depan

Yesus akan mengurung Syaitan selama 1,000 tahun. Kemudian Yesus akan meremukkan kepala ular itu, iaitu Syaitan, dengan memusnahkannya. Tujuan asal Yehuwa bagi bumi dan umat manusia akan terlaksana. Nama Yehuwa akan disucikan, dan Dia akan terbukti sebagai pemerintah yang terbaik.​—Wahyu 20:1-3, 10; 21:3, 4.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi