PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • nwt ms. 8-ms. 9
  • Soalan 2: Bagaimanakah anda dapat mengenali Tuhan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Soalan 2: Bagaimanakah anda dapat mengenali Tuhan?
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Soalan 2: Bagaimanakah anda dapat mengenali Tuhan?

SOALAN 2

Bagaimanakah anda dapat mengenali Tuhan?

“Hendaklah engkau sentiasa bercakap tentang kitab yang mengandungi Hukum itu. Bacalah dan renungkannya siang dan malam, supaya engkau mematuhi semua yang tertulis dalamnya dengan sungguh-sungguh. Dengan demikian, engkau akan berjaya dan bertindak dengan bijak.”

Yosua 1:8

“Mereka terus membaca Hukum Tuhan yang benar dengan suara yang kuat. Di samping itu, mereka juga menghuraikan dan menjelaskannya dengan teliti supaya rakyat dapat memahami apa yang sedang dibacakan.”

Nehemia 8:8

“Berbahagialah orang yang tidak mengikut nasihat orang jahat, . . . berbahagialah orang yang suka akan hukum Yehuwa, dan yang membaca serta merenungkan hukum itu siang dan malam! . . . Dia akan berjaya dalam segala usahanya.”

Mazmur 1:1-3

“Jadi Filipus berlari di sebelah kereta kuda lalu mendengar sida-sida itu membaca kitab Nabi Yesaya. Maka dia bertanya, ‘Adakah tuan memahami apa yang tuan baca?’ Sida-sida itu menjawab, ‘Bagaimana mungkin aku memahaminya jika tiada orang yang mengajar aku?’”

Kisah 8:30, 31

“Sejak dunia diciptakan, sifat-sifat-Nya yang tidak kelihatan, iaitu kuasa-Nya yang kekal dan kedudukan-Nya sebagai Tuhan, dapat dilihat dengan jelas melalui segala yang diciptakan-Nya. Itulah sebabnya mereka tidak dapat berdalih.”

Roma 1:20

“Renungkanlah dan tumpukanlah sepenuh perhatian kepada hal-hal ini, supaya kemajuanmu dapat dilihat dengan jelas oleh semua orang.”

1 Timotius 4:15

“Marilah kita memperhatikan satu sama lain supaya kita dapat saling memberikan dorongan untuk memperlihatkan kasih dan melakukan perbuatan yang baik. Janganlah abaikan perjumpaan kita seperti yang biasa dilakukan oleh sesetengah orang.”

Ibrani 10:24, 25

“Jika ada sesiapa antara kamu yang kurang bijaksana, hendaklah dia terus meminta kebijaksanaan daripada Tuhan. Tuhan tidak akan memarahinya. Sebaliknya, Tuhan akan menunaikan permintaannya kerana Dia murah hati terhadap semua orang.”

Yakobus 1:5

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi