PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g19 No. 3 ms. 6-7
  • Kesihatan Emosi

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kesihatan Emosi
  • Sedarlah!—2019
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KEMARAHAN
  • RASA SYUKUR
  • PRINSIP-PRINSIP BIBLE YANG LAIN
  • Apakah yang Dikatakan Bible tentang Kemarahan?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Cara untuk Mengawal Kemarahan
    Bantuan untuk Keluarga
  • Bagaimanakah Saya Dapat Mengawal Kemarahan?
    Kaum Muda Bertanya
Sedarlah!—2019
g19 No. 3 ms. 6-7
Orang resah semasa berbaris di kaunter juruwang, tetapi seorang wanita dan anaknya tetap tenang

Kesihatan Emosi

Bible membantu kita untuk menjauhi emosi yang negatif, dan menggalakkan kita untuk memupuk emosi yang positif.

KEMARAHAN

PRINSIP BIBLE: “Orang yang lambat marah lebih baik daripada orang yang perkasa.”​—Amsal 16:32.

MAKSUDNYA: Kita meraih manfaat apabila kita dapat mengawal emosi kita. Kadangkala kita mempunyai sebab yang baik untuk naik marah, tetapi kemarahan yang tidak terkawal akan membawa banyak akibat buruk. Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang marah selalunya tidak dapat berfikir dengan jelas, dan akan melakukan atau mengatakan sesuatu yang dikesalinya pada kemudian hari.

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN: Belajarlah untuk mengawal kemarahan anda. Ada yang berfikir bahawa orang yang berani menunjukkan kemarahannya ialah orang yang kuat, tetapi Bible menyatakan, “Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahannya bagaikan kota yang temboknya telah dimusnahkan.” (Amsal 25:28) Maka cara yang baik untuk mengawal kemarahan adalah dengan memahami apa yang sebenarnya terjadi. Bible menyatakan, “Orang yang berpengertian lambat naik marah.” (Amsal 19:11) Maka sebelum kita bertindak, kita harus mendengar pandangan semua pihak kerana hal ini dapat membantu kita untuk menenangkan emosi kita.

RASA SYUKUR

PRINSIP BIBLE: “Tunjukkanlah kesyukuran kamu.”​—Kolose 3:15.

MAKSUDNYA: Ada orang kata, “Hanya orang yang tahu bersyukur akan hidup gembira.” Orang yang mengalami tragedi hidup pun bersetuju dengan hal itu. Mereka berkata bahawa apabila mereka berfokus kepada apa yang ada, dan bukannya apa yang sudah tiada, mereka dapat menangani emosi yang negatif.

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN: Senaraikan hal-hal yang membuat anda berasa syukur setiap hari biarpun hal-hal itu nampaknya kecil. Contohnya, anda boleh bersyukur kerana dapat hidup sehari lagi, melihat pemandangan matahari terbit yang indah, atau berbual dengan orang yang tersayang. Hal-hal ini akan menaikkan semangat anda jika anda mengambil masa untuk berfikir tentangnya dan menghargainya.

Anda khasnya boleh berfikir tentang mengapa anda menghargai keluarga dan kawan anda. Kemudian, hantarlah surat, e-mel, atau SMS untuk memberitahu mereka sebabnya anda menghargai mereka. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengeratkan hubungan anda dengan mereka, dan anda juga akan berasa gembira kerana telah melakukan sesuatu yang baik untuk mereka.​—Kisah 20:35.

PRINSIP-PRINSIP BIBLE YANG LAIN

Seorang ibu mendengar rakaman Bible sambil melipat pakaian anaknya

Anda dapat muat turun rakaman pembacaan Bible dalam bahasa yang anda ketahui. Rakaman ini terdapat di jw.org dalam kira-kira 40 bahasa

BEREDARLAH SEBELUM PERTENGKARAN MELETUS.

“Memulakan pertengkaran bagaikan membuka pintu empangan; maka beredarlah sebelum perkelahian meletus.”​—AMSAL 17:14.

JANGAN TERLALU RISAU TENTANG MASA DEPAN.

“Janganlah khuatir tentang hari esok, kerana hari esok mempunyai kekhuatirannya sendiri. Cukuplah masalah untuk hari ini.”​—MATIUS 6:34.

JANGAN TERIKUT-IKUT DENGAN EMOSI. BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK.

“Daya pemikiran akan melindungimu, dan pengertian akan menjagamu.”​—AMSAL 2:11.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi