PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g19 No. 3 ms. 8-9
  • Hubungan dengan Keluarga dan Sahabat

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Hubungan dengan Keluarga dan Sahabat
  • Sedarlah!—2019
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • JANGAN MEMENTINGKAN DIRI
  • PILIH SAHABAT DENGAN BIJAK
  • PRINSIP-PRINSIP BIBLE YANG LAIN
  • Menunjukkan Empati
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
  • Tunjukkan Empati
    Sedarlah!—2020
  • Adakah Tuhan Memiliki Sifat Empati?
    Menara Pengawal (Umum)—2018
  • Pilih Kawan dengan Bijak
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2019
g19 No. 3 ms. 8-9
Ahli keluarga dan sahabat berkelah bersama-sama

Hubungan dengan Keluarga dan Sahabat

Ramai orang berasa susah untuk menjaga hubungan yang baik dengan keluarga dan sahabat mereka. Perhatikan beberapa prinsip Bible yang dapat membantu anda.

JANGAN MEMENTINGKAN DIRI

PRINSIP BIBLE: “Jagalah kepentingan orang lain, dan bukan hanya kepentingan diri kamu sendiri.”​—Filipi 2:4.

MAKSUDNYA: Untuk menikmati hubungan yang baik dengan orang lain, anda perlu memupuk sikap suka memberi. Jika anda mementingkan diri dan asyik ingin menerima, hubungan anda dengan orang lain akan terjejas. Contohnya, suami atau isteri yang mementingkan diri mungkin berlaku curang. Selain itu, tiada orang yang suka bersahabat dengan seseorang yang selalu menunjuk-nunjuk harta atau pengetahuannya. Sebuah buku menyatakan, “Orang yang mementingkan diri akan mengundang banyak malapetaka.”

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN:

  • Bantu orang lain. Sahabat yang baik akan saling mempercayai dan sedia membantu. Menurut sesetengah kajian, mereka yang sudi membantu orang lain akan berasa lebih yakin dan kurang berasa murung.

  • Tunjukkan empati. Empati merupakan kebolehan untuk menyelami kesusahan orang lain. Sifat ini akan mencegah anda daripada menggunakan kata-kata sindiran, iaitu kata-kata yang kedengaran lucu tetapi sebenarnya bertujuan menyakiti orang lain.

    Sifat empati juga dapat membantu anda bersabar terhadap orang lain. Dengan itu, anda dapat mengelakkan sikap prasangka dan bersahabat dengan orang daripada pelbagai budaya dan latar belakang.

  • Luangkan masa dengan orang lain. Semakin banyak masa yang anda luangkan bersama orang lain, semakin baik anda akan mengenali mereka. Untuk mendapat sahabat yang sejati, perbualan yang bermakna amat penting. Maka jadilah pendengar yang baik, dan tunjukkanlah bahawa anda mengambil berat tentang perasaan kawan anda. Sebuah kajian baru-baru ini menyatakan, “Perbualan yang bermakna dapat membuat orang lebih bahagia.”

PILIH SAHABAT DENGAN BIJAK

PRINSIP BIBLE: “Pergaulan yang buruk merosakkan akhlak yang baik.”​—1 Korintus 15:33.

MAKSUDNYA: Pergaulan anda akan mempengaruhi anda, sama ada secara baik atau buruk. Ahli kaji sosial bersetuju bahawa sahabat anda dapat mempengaruhi kehidupan anda. Misalnya, jika anda selalu bergaul dengan orang yang suka merokok atau yang ingin bercerai, kemungkinan besar anda akan mula merokok atau ingin bercerai.

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN: Jika anda mengagumi sifat-sifat tertentu dan ingin memupuknya, carilah sahabat yang memiliki sifat-sifat itu. Sebagai contoh, bergaullah dengan orang yang sopan, murah hati, ramah, dan menghormati orang lain.

PRINSIP-PRINSIP BIBLE YANG LAIN

Seorang wanita menunjukkan video tentang Bible kepada seorang budak perempuan

Tontonlah video yang mengandungi nasihat Bible bagi suami isteri, kaum muda, dan kanak-kanak

JAUHI KATA-KATA YANG PEDAS.

“Kata-kata yang melulu ibarat tikaman pedang.”​—AMSAL 12:18.

TUNJUKKAN KEMURAHAN HATI.

“Orang yang murah hati akan menjadi makmur.”​—AMSAL 11:25.

LAYAN ORANG LAIN SEBAGAIMANA ANDA INGIN DILAYAN.

“Semua hal yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, kamu juga mesti melakukannya untuk mereka.”​—MATIUS 7:12.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi