PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g22 No. 1 ms. 10-12
  • 3 | Kuatkan Hubungan dengan Orang Tersayang

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 3 | Kuatkan Hubungan dengan Orang Tersayang
  • Sedarlah!—2022
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MENGAPA PENTING
  • Apa yang Perlu Anda Tahu
  • Apa yang Dapat Anda Lakukan Sekarang
  • Pilih Kawan dengan Bijak
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Dalam Terbitan Ini
    Sedarlah!—2022
  • Ibu Bapa—Bantulah Anak Anda Mengasihi Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Ibu Bapa—Latihlah Anak Anda untuk Mengasihi Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2022
g22 No. 1 ms. 10-12
Sepasang suami isteri yang lanjut usia berpelukan.

DUNIA YANG PENUH MASALAH

3 | Kuatkan Hubungan dengan Orang Tersayang

MENGAPA PENTING

Apabila masalah dunia bertambah, hal itu membuat banyak orang runsing. Tanpa disedari, mereka mungkin menjauhkan diri daripada orang tersayang.

  • Orang mengasingkan diri daripada kawan-kawan.

  • Suami isteri lebih sering melayan satu sama lain dengan buruk.

  • Ibu bapa jarang atau langsung tidak memberikan perhatian kepada masalah anak mereka.

Apa yang Perlu Anda Tahu

  • Sahabat penting kerana mereka dapat bantu kita menjaga kesihatan fizikal dan emosi, terutamanya pada masa yang susah.

  • Masalah di dunia boleh menimbulkan cabaran yang tidak dijangkakan dalam keluarga anda.

  • Laporan berita yang buruk dapat membuat anak-anak berasa lebih takut.

Apa yang Dapat Anda Lakukan Sekarang

Bible kata: “Sahabat sejati sentiasa menunjukkan kasih; sahabat sejati bagaikan saudara kandung yang dapat diharapkan pada masa kesusahan.”​—Amsal 17:17.

Sahabat kita dapat menyokong kita dan memberi kita nasihat yang baik. Jika anda tahu bahawa ada orang ambil berat tentang anda, hal itu pun dapat menguatkan tekad anda untuk menghadapi cabaran seharian.

KUATKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG TERSAYANG​—Petua yang Berguna

Pada waktu kesusahan, ikutlah langkah-langkah berikut untuk menguatkan hubungan anda dengan orang tersayang

KUATKAN PERKAHWINAN ANDA

Sepasang suami isteri yang lanjut usia berpelukan.

Kuatkan perkahwinan anda

Bible kata: “Berdua lebih baik daripada seorang diri . . . Jika salah seorang jatuh, yang seorang lagi dapat membantunya.” (Pengkhutbah 4:9, 10) Pasangan suami isteri sepatutnya menjadi seperti juruterbang dan pembantu juruterbang yang ingin ke destinasi yang sama, bukannya seperti dua pesawat perang yang bakal bertembung.

  • Bertekadlah untuk tidak melepaskan geram terhadap satu sama lain. Belajar untuk bersabar dan bertolak ansur.

  • Bincanglah tentang masalah yang anda hadapi sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ingatlah: Tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah dan bukannya untuk menyalahkan satu sama lain.

  • Luangkan masa untuk melakukan hal-hal yang anda berdua suka.

  • Kenang kembali saat manis dalam hidup anda berdua, mungkin dengan melihat gambar hari perkahwinan atau peristiwa gembira yang lain.

“Memang, pasangan suami isteri tidak mungkin mempunyai pandangan yang sama dalam semua perkara. Namun hal ini tidak bermaksud bahawa mereka tidak boleh bekerjasama. Suami isteri patut membuat keputusan bersama-sama dan berganding bahu untuk menjayakannya.”​—David.

KEKALKAN PERSAHABATAN ANDA

  • Beberapa orang wanita daripada pelbagai bangsa ketawa dan menikmati pergaulan.

    Kekalkan persahabatan Anda

    Jangan sekadar menerima bantuan sahabat anda. Fikirkan cara anda dapat memberikan bantuan kepada mereka. Dengan menguatkan mereka, anda sedang menguatkan diri sendiri.

  • Setiap hari, hubungilah beberapa orang sahabat untuk bertanya khabar.

  • Tanyalah sahabat anda bagaimana mereka menangani cabaran yang sama dengan cabaran yang sedang anda hadapi.

“Apabila cabaran yang bagaikan ribut badai menimpa anda, anda mungkin hilang arah. Tapi, kawan-kawan dapat membantu anda melihat jalan yang harus diambil dan memberi anda peringatan yang diperlukan. Kawan-kawan anda prihatin tentang anda, dan mereka juga tahu bahawa anda mengambil berat tentang mereka.”​—Nicole.

SOKONG ANAK SENDIRI

Ibu bapa dan dua orang anak mereka duduk di atas jeti sambil menikmati pemandangan yang cantik.

Sokong anak sendiri

Bible kata: “Setiap orang mesti cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata.” (Yakobus 1:19) Pada mulanya, anak anda mungkin teragak-agak untuk meluahkan perasaannya. Tapi jika anda sudi mendengarkannya dengan sabar, anda dapat membantu anak anda untuk meluahkan isi hati dengan ikhlas.

  • Wujudkan suasana yang selesa bagi anak anda untuk meluahkan perasaannya. Anda tidak semestinya perlu duduk bersemuka dengan anak anda untuk bercakap dengannya. Ada anak yang lebih relaks semasa mengadakan perjalanan dalam kereta atau semasa berjalan-jalan.

  • Pastikan anak anda tidak terlalu sering terdedah kepada laporan berita yang buruk.

  • Beritahu anak anda langkah-langkah yang telah anda ambil untuk menjaga keselamatan keluarga anda.

  • Buatlah rancangan untuk menghadapi kecemasan, kemudian adakan latihan bersama anak anda.

“Bercakaplah dengan anak-anak anda. Izinkan mereka untuk meluahkan perasaan mereka. Mereka mungkin memendamkan rasa takut, risau, atau kemarahan mereka. Beritahu mereka bahawa anda juga bergelut dengan perasaan yang sama, dan jelaskan bagaimana anda menangani perasaan sebegitu.”​—Bethany.

Adegan daripada video “Membina Keluarga yang Bahagia.” Sepasang suami isteri yang bahagia berjalan sambil berpegang tangan.

MAKLUMAT LANJUT. Tonton Keluarga Anda Boleh Bahagia.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi