PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g22 No. 1 ms. 13-15
  • 4 | Lindungi Harapan Anda

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 4 | Lindungi Harapan Anda
  • Sedarlah!—2022
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MENGAPA PENTING
  • Apa yang Perlu Anda Tahu
  • Apa yang Dapat Anda Lakukan Sekarang
  • Bible Menawarkan Harapan Sejati
  • Di Manakah Saya Dapat Menemui Harapan?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Bible Memberi Kita Harapan
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Bible Memberi Kita Harapan
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Mari Belajar Bible
  • Mencari Sumber Harapan bagi 2024—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2022
g22 No. 1 ms. 13-15
Sebuah Bible yang dibuka dekat pasu bunga.

DUNIA YANG PENUH MASALAH

4 | Lindungi Harapan Anda

MENGAPA PENTING

Kekhuatiran yang disebabkan masalah dunia dapat menjejaskan kesihatan fizikal dan emosi kita. Banyak orang berasa bahawa masalah dunia tidak akan berakhir. Bagaimanakah pandangan ini mempengaruhi mereka?

  • Ada yang enggan berfikir tentang masa depan.

  • Ada yang menyalahgunakan alkohol atau mengambil dadah agar tidak perlu fikir tentang masalah mereka.

  • Segelintir orang bahkan mahu mati. Mereka mungkin berfikir, “Apa gunanya terus hidup?”

Apa yang Perlu Anda Tahu

  • Sesetengah masalah yang anda hadapi hanyalah sementara dan boleh menjadi lebih baik.

  • Biarpun situasi anda tidak berubah, anda boleh mengambil langkah-langkah tertentu untuk menanganinya.

  • Bible memberi kita harapan sejati, iaitu penyelesaian kekal bagi masalah manusia.

Apa yang Dapat Anda Lakukan Sekarang

Bible kata: “Janganlah khuatir tentang hari esok, kerana hari esok mempunyai kekhuatirannya sendiri. Cukuplah masalah untuk hari ini.”​—Matius 6:34.

Jangan begitu risau tentang masa depan sehingga anda tidak dapat menjalankan tanggungjawab seharian anda. Hadapilah cabaran hidup sehari demi sehari.

Rasa khuatir tentang hal buruk yang mungkin berlaku hanya akan menggandakan stres anda dan menyebabkan harapan anda menjadi semakin malap.

LINDUNGI HARAPAN ANDA​—Petua yang Berguna

BERTUMPU KEPADA HAL YANG POSITIF

Seorang wanita melihat ke luar tingkap dengan wajah yang tenang.

Bible kata: “Bagi orang yang menderita, kehidupan sentiasa dipenuhi kesengsaraan, tetapi bagi orang yang ceria, kehidupan sentiasa dipenuhi kegembiraan.” (Amsal 15:15) Pandangan negatif mungkin buat anda tidak nampak penyelesaian yang ada di depan mata. Sebaliknya, sikap positif dapat membantu anda berfikir tentang cara untuk menyelesaikan masalah anda.

  • Hadkan jumlah masa yang digunakan untuk membaca dan menonton berita.

  • Pada penghujung setiap hari, senaraikan dua atau tiga hal yang buat anda rasa gembira.

  • Senaraikan hal-hal yang perlu dan mampu anda lakukan hari ini. Bahagikan tugas yang besar menjadi beberapa tugas yang kecil agar anda dapat melihat hasil baik usaha anda pada penghujung hari.

DAPATKAN SOKONGAN

Seorang lelaki tua menggalakkan seorang lelaki muda.

Bible kata: “Orang yang mengasingkan diri . . . menolak semua kebijaksanaan.” (Amsal 18:1) Ingatlah: Anda tidak dapat panjat keluar daripada lubang yang dalam tanpa bantuan orang lain.

  • Dapatkan bantuan ahli keluarga atau kawan-kawan.

  • Selain itu, fikirkan bagaimana anda dapat membantu mereka. Dengan membantu orang lain, anda tidak akan begitu bertumpu kepada masalah sendiri.

  • Jika anda rasa anda tidak mahu terus hidup, dapatkanlah bantuan doktor. Kadangkala perasaan sebegini ialah simptom masalah kesihatan, seperti kemurungan. Banyak orang dibantu selepas mendapat rawatan.a

a Majalah ini tidak mengesyorkan rawatan tertentu.

Bible Menawarkan Harapan Sejati

Seorang penulis mazmur pada zaman kuno berdoa kepada Tuhan dengan berkata, “Firman-Mu bagaikan pelita yang membimbing langkahku, dan bagaikan cahaya yang menerangi jalanku.” (Mazmur 119:105) Mari kita lihat bagaimana Bible adalah seperti pelita atau cahaya:

Pada malam yang gelap, pelita dapat membimbing langkah kita. Begitu juga, Bible mempunyai nasihat yang dapat membimbing kita membuat keputusan yang bijak.

Cahaya dapat menerangi jalan kita agar kita dapat lihat lebih jauh ke depan. Begitu juga, Bible dapat membantu kita melihat bahawa kita ada harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Bible bukan sahaja menceritakan sejarah manusia, tetapi juga memberi kita harapan yang sejati. Bible menjawab soalan-soalan ini:

Bagaimana?

Bagaimanakah penderitaan bermula? Bible kata, “Dosa masuk ke dalam dunia melalui satu orang, dan dosa membawa kematian. Akibatnya, kematian tersebar kepada semua orang kerana mereka semua berdosa.”​—Roma 5:12.

Mengapa?

Mengapakah pemerintahan manusia gagal menyelesaikan masalah kita? Bible kata, “Manusia yang sedang berjalan pun tidak dapat mengarahkan langkahnya.” (Yeremia 10:23) Masalah dunia hari ini membuktikan kata-kata Bible memang betul.

Apa?

Apakah yang akan dilakukan oleh Tuhan? Bible kata, “Dia akan menyapu semua air mata mereka, dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.”​—Wahyu 21:4.

Adegan daripada video “Mengapa Belajar Bible?” Seorang isteri mengongsi sesuatu daripada Bible dengan suaminya.

MAKLUMAT LANJUT. Tonton Mengapa Belajar Bible?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi