PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g23 No. 1 ms. 15
  • Tuhan Berjanji Bumi Kita Akan Selamat

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tuhan Berjanji Bumi Kita Akan Selamat
  • Sedarlah!—2023
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dalam Terbitan Ini
    Sedarlah!—2023
  • Adakah Bumi Ini Akan Dimusnahkan?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Siapakah yang Akan Menyelamatkan Bumi?
    Topik-Topik Lain
  • Pengenalan
    Sedarlah!—2023
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2023
g23 No. 1 ms. 15
Tasik yang dikelilingi gunung dan hutan.

Oleh_Slobodeniuk/​E+ via Getty Images

Tuhan Berjanji Bumi Kita Akan Selamat

“Bumi lebih tahan lasak daripada yang kita jangkakan.”

Itulah kesimpulan yang dibuat oleh sekumpulan ahli kaji antarabangsa tentang perubahan iklim. Jika anda percaya bahawa Pencipta yang mengambil berat terhadap manusia wujud, kesimpulan para ahli sains ini mungkin mengingatkan anda tentang proses-proses semula jadi yang diciptakan oleh Tuhan bagi memulihkan keadaan di bumi.

Namun, oleh sebab manusia telah merosakkan bumi dengan teruk, bumi kita tidak dapat pulih tanpa bantuan Tuhan. Mengapakah kita dapat yakin bahawa Tuhan akan bertindak kelak?

Perhatikan ayat-ayat Bible yang meyakinkan kita bahawa bumi dapat terus menampung hidup dan kekal selamanya.

  • Bumi diciptakan oleh Tuhan. “Pada mulanya, Tuhan menciptakan langit dan bumi.”​—Kejadian 1:1

  • Tuhan ialah pemilik bumi. “Bumi dan segala sesuatu di dalamnya milik Yehuwa.”a​—Mazmur 24:1

  • Tuhan mereka bumi untuk kekal selamanya. “Dia telah mendirikan bumi kukuh pada asasnya; bumi tidak akan bergerak dari tempatnya buat selama-lamanya.”​—Mazmur 104:5

  • Tuhan berjanji bahawa bumi akan dipenuhi pelbagai jenis hidupan buat selamanya. ‘Tuhan yang benar membentuk dan menjadikan bumi. Dia menciptakan bumi bukannya tanpa tujuan, tetapi membentuknya untuk didiami.’​—Yesaya 45:18

  • Tuhan berjanji bahawa manusia akan tinggal di bumi buat selamanya. “Orang yang melakukan apa yang benar akan memiliki bumi, dan mereka akan mendiaminya selama-lamanya.”​—Mazmur 37:29

Tuhan telah mereka bumi agar manusia dapat menikmatinya tanpa merosakkannya. Bible menubuatkan bahawa pada masa yang ditentukan-Nya, Yehuwa akan melenyapkan semua orang yang merosakkan bumi.​—Wahyu 11:18

Bible memberitahu kita bahawa Tuhan berjanji untuk mengubah bumi kita menjadi firdaus yang indah dan cantik. Dia akan “memuaskan keinginan semua makhluk hidup.”​—Mazmur 145:16

a Yehuwa ialah nama Tuhan.—Mazmur 83:18.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi