PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g24 No. 1 ms. 4-6
  • Apa Sudah Jadi dengan Sikap Hormat terhadap Orang Lain?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apa Sudah Jadi dengan Sikap Hormat terhadap Orang Lain?
  • Sedarlah!—2024
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MENGAPA PENTING UNTUK MENGHORMATI ORANG LAIN
  • APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN
  • APA YANG SEDANG KAMI LAKUKAN
  • Hormatilah Orang Lain
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Ke Mana Hilangnya Sikap Hormat?
    Sedarlah!—2024
  • Bersikap Toleransi—Bagaimana Bible Dapat Membantu
    Topik-Topik Lain
  • Mengapakah Kita Perlu Menghormati Kekuasaan?
    Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2024
g24 No. 1 ms. 4-6
Seorang lelaki yang makan di restoran memaki pelayan yang sedang meminta maaf. Orang lain yang makan bersamanya kelihatan tidak selesa.

Apa Sudah Jadi dengan Sikap Hormat terhadap Orang Lain?

MENGAPA PENTING UNTUK MENGHORMATI ORANG LAIN

Sikap hormat dapat meleraikan situasi yang tegang dan membantu agar keadaan tidak menjadi lebih keruh.

  • Bible kata, “Jawapan yang lemah lembut meredakan kemarahan, tetapi kata-kata yang pedas membangkitkan kemurkaan.” (Amsal 15:1) Kata-kata dan tindakan yang kasar biasanya menyebabkan masalah menjadi lebih besar, seperti menuangkan minyak ke atas api.

  • Yesus kata, “Apa yang melimpah dalam hati, itulah yang akan diucapkan oleh mulut.” (Matius 12:34) Kata-kata yang tidak hormat mungkin berpunca daripada masalah dalam hati, iaitu perasaan kita terhadap orang yang berlainan bangsa, kaum, atau kedudukan.

    Dalam sebuah tinjauan yang melibatkan lebih daripada 32,000 orang di 28 negara, 65 peratus orang berkata bahawa mereka tidak pernah melihat sikap kurang hormat dan kurang sopan yang begitu teruk seperti sekarang.

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN

Tidak kira di sekolah atau tempat kerja, hormatilah semua orang biarpun pandangan mereka berbeza. Carilah titik persamaan apabila adanya perbezaan. Dengan demikian, anda dapat menjauhi sikap mengkritik atau suka menghakimi.

“Jangan lagi menghakimi orang lain supaya kamu tidak dihakimi.”​—Matius 7:1.

Layanlah orang lain sepertimana anda mahu dilayan. Jika anda bertimbang rasa dan tidak berat sebelah, kemungkinan besar orang lain pun akan layan anda dalam cara yang sama.

“Apa yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, mesti kamu lakukan juga untuk mereka.”​—Lukas 6:31.

Sudi mengampuni. Janganlah bersangka buruk jika seseorang mengatakan atau melakukan sesuatu yang menyakiti hati anda.

“Orang yang berpengertian lambat naik marah, dan dia dipuji kerana mengampunkan kesalahan.”​—Amsal 19:11.

Suasana di dalam Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa sebelum perjumpaan bermula. Orang daripada pelbagai latar belakang dan umur menyambut satu sama lain dan berbual dengan ramah.
Suasana di dalam Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa sebelum perjumpaan bermula. Orang daripada pelbagai latar belakang dan umur menyambut satu sama lain dan berbual dengan ramah.

APA YANG SEDANG KAMI LAKUKAN

Di mana sahaja Saksi-Saksi Yehuwa tinggal atau kerja, kami berusaha menunjukkan sikap hormat dan menggalakkan orang lain untuk melakukan hal yang sama.

Kami mengongsi ajaran Bible secara percuma kepada semua orang, tetapi kami tidak memaksa orang untuk menerima kepercayaan atau pandangan kami. Sebaliknya, kami mengikut nasihat Bible untuk mengongsi mesej kami “dengan lemah lembut dan hormat yang mendalam.”​—1 Petrus 3:15; 2 Timotius 2:24.

Kami menolak sikap diskriminasi dan mengalu-alukan orang daripada pelbagai latar belakang untuk datang ke perjumpaan kami dan belajar Bible. Kami berusaha untuk bersikap toleransi dan ‘menghormati segala macam orang.’​—1 Petrus 2:17.

Kami menghormati pihak berkuasa di negara kami. (Roma 13:1) Kami mematuhi undang-undang dan membayar cukai. Walaupun kami tetap neutral dalam hal politik, kami menghormati keputusan orang lain.

Kolaj: Adegan daripada video “Dapatkah Kasih yang Setia Melenyapkan Kebencian?” 1. Seorang lelaki Arab. 2. Seorang lelaki Yahudi.

BELAJAR LEBIH LANJUT

Adalah susah untuk menghormati orang lain jika anda diajar sejak kecil untuk membenci mereka. Lihatlah bagaimana dua orang daripada negara yang bermusuhan belajar untuk menghormati satu sama lain. Carilah video Dapatkah Kasih yang Setia Melenyapkan Kebencian? di jw.org.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi