PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g25 No. 1 ms. 14-15
  • Jangan Hilang Harapan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Jangan Hilang Harapan
  • Sedarlah!—2025
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MENGAPA PENTING
  • APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN
  • APAKAH ITU KERAJAAN TUHAN, DAN APAKAH YANG AKAN DILAKUKANNYA?
  • Di Manakah Saya Dapat Menemui Harapan?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Bible Memberi Kita Harapan
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Bible Memberi Kita Harapan
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Mari Belajar Bible
  • Harapan Sejati bagi Masa Depan
    Topik-Topik Lain
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2025
g25 No. 1 ms. 14-15
Sebuah keluarga berkelah sambil menikmati pemandangan yang indah.

KENAIKAN HARGA BARANG​—CARA HADAPINYA

Jangan Hilang Harapan

Adakah kos hidup di negara anda semakin tinggi, tetapi gaji anda tidak naik? Adakah anda risau anda tidak dapat menyara diri atau keluarga anda? Jika ya, anda mungkin rasa masa depan anda tidak terjamin. Namun biarpun situasi anda mencabar, janganlah hilang harapan.

MENGAPA PENTING

Orang yang mempunyai harapan tidak hanya tunggu dan berharap situasi menjadi baik. Harapan memberi mereka motivasi untuk mencari jalan dan bukannya alasan semasa menghadapi cabaran. Contohnya, kajian menunjukkan bahawa harapan akan membantu orang . . .

  • bersemangat kental

  • bersedia membuat penyesuaian apabila perlu

  • membuat keputusan yang bijak supaya kehidupan mereka lebih sihat dan baik

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN

Pertama, perhatikan bagaimana Bible dapat membantu anda hari ini. Nasihat praktikal dalam Bible dapat membantu anda mengetahui apa yang harus dilakukan sekarang semasa berdepan dengan kenaikan harga, dan menangani cabaran lain pada masa depan.

“Daya pemikiran akan melindungimu, dan pengertian akan menjagamu.”—Amsal 2:11.


Kedua, perhatikan apa yang Bible katakan tentang masa depan kita. Apabila anda lihat betapa bijaknya nasihat dalam Bible, anda mungkin berminat untuk mengetahui apa yang Bible katakan tentang masa depan kita. Contohnya, Bible berkata Tuhan berjanji bahawa Dia akan memberi anda “harapan dan masa depan yang baik.” (Yeremia 29:11) Bible juga menyatakan bahawa Tuhan telah mendirikan sebuah Kerajaan untuk memastikan janji-Nya itu ditunaikan.

APAKAH ITU KERAJAAN TUHAN, DAN APAKAH YANG AKAN DILAKUKANNYA?

Tuhan telah mendirikan sebuah Kerajaan yang akan memerintah seluruh bumi. (Daniel 2:44; Matius 6:10) Kerajaan ini memerintah dari syurga dan akan mengakhiri penderitaan dan kemiskinan serta membawa kedamaian dan kemakmuran. Perhatikan apa yang Bible katakan.

“Kamu akan berbahagia dan hidup makmur.”—Mazmur 128:2.

“Mereka [rakyat Kerajaan Tuhan] tidak akan berjerih lelah dengan sia-sia.”—Yesaya 65:23.

“Bumi akan melimpah dengan biji-bijian.”—Mazmur 72:16.

Jutaan orang yakin bahawa Tuhan “tidak dapat berdusta” dan pasti akan menunaikan semua janji ini. (Titus 1:2) Harapan Bible dapat membantu anda menghadapi masalah ekonomi dengan tabah sambil menantikan masa depan yang cerah. Jadi cubalah lihat sendiri apa yang dikatakan dalam Bible.

Ramaz.

“Harapan dalam Bible membantu saya sedar bahawa masalah dalam dunia ini hanyalah sementara. Harapan ini juga memberi saya kekuatan dan ketenangan minda untuk menghadapi keadaan ekonomi yang semakin teruk.”—Ramaz, Georgia.

BELAJAR LEBIH LANJUT

Dapatkah anda percaya apa yang dikatakan Bible tentang masa depan? Tontonlah video berikut di jw.org: Mengapakah Kita Yakin bahawa Kandungan Bible Memang Benar? dan Apa Itu Kerajaan Tuhan?

Seorang wanita mengambil Bible dari rak buku.
    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi