PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lv ms. 246-ms. 249 per. 1
  • Pecahan Kecil Darah dan Prosedur Pembedahan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pecahan Kecil Darah dan Prosedur Pembedahan
  • Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Pandangan Tuhan tentang Darah
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Pertanyaan Pembaca
    Menara Pengawal—2004
  • Penjelasan
    Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan
  • Tirulah Pandangan Tuhan tentang Nyawa
    Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
Lihat Selanjutnya
Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
lv ms. 246-ms. 249 per. 1

LAMPIRAN

Pecahan Kecil Darah dan Prosedur Pembedahan

Pecahan kecil darah. Pecahan kecil dihasilkan daripada empat komponen darah yang utama​—sel darah merah, sel darah putih, platelet, dan plasma. Sebagai contoh, sel darah merah mengandungi protein hemoglobin. Produk yang dibuat daripada hemoglobin manusia atau haiwan digunakan untuk merawat pesakit yang menghidap penyakit anemia yang teruk atau yang mengalami pendarahan yang banyak.

Plasma terdiri daripada 90 peratus air, dan mengandungi banyak hormon, garam tak organik, enzim, dan nutrien, termasuk mineral dan gula. Plasma juga mengandungi faktor pembekuan, antibodi untuk melawan penyakit, dan protein seperti albumin. Jika seseorang dijangkiti penyakit tertentu, doktor mungkin memberikan suntikan gamma globulin yang diekstrak daripada plasma orang yang mempunyai keimunan. Sel darah putih merupakan sumber interferon dan interleukin yang digunakan untuk merawat sesetengah jangkitan virus dan penyakit barah.

Patutkah orang Kristian menerima terapi yang menggunakan pecahan kecil darah? Bible tidak memberikan butiran terperinci, maka setiap orang mesti membuat keputusan berdasarkan hati nurani masing-masing kerana kita bertanggungjawab kepada Tuhan. Ada yang akan menolak semua pecahan kecil. Mereka menaakul bahawa Hukum Tuhan kepada umat Israel menuntut agar darah yang dikeluarkan daripada suatu makhluk ‘dicurahkan ke tanah.’ (Ulangan 12:22-24) Yang lain pula akan menolak transfusi darah utuh dan komponen darah yang utama, tetapi mungkin menerima rawatan yang menggunakan pecahan kecil darah. Mereka mungkin menaakul bahawa pada tahap tertentu, pecahan kecil yang diekstrak daripada darah suatu makhluk tidak lagi mewakili nyawanya.

Semasa membuat keputusan mengenai pecahan kecil darah, pertimbangkan soalan-soalan yang berikut: Adakah saya sedar bahawa jika saya menolak semua pecahan kecil darah, maksudnya saya juga menolak sesetengah ubat yang digunakan untuk melawan penyakit atau yang membantu dalam proses pembekuan darah supaya pendarahan dihentikan? Dapatkah saya menerangkan kepada doktor mengapa saya menolak atau menerima pecahan kecil darah tertentu?

Prosedur pembedahan. Prosedur-prosedur ini merangkumi pencairan darah (hemodilution) dan penyelamatan sel (cell salvage). Dalam proses pencairan darah, darah disalurkan keluar dari badan, digantikan dengan cecair pengembang isi padu, dan kemudian dikembalikan kepada pesakit. Penyelamatan sel mengumpulkan dan mengembalikan darah yang hilang semasa pembedahan. Darah akan dikumpulkan daripada luka atau rongga badan, dibersihkan atau ditapis, dan kemudian dikembalikan kepada pesakit. Oleh sebab kaedah yang digunakan oleh setiap doktor berbeza-beza, seorang Kristian patut mengetahui apa yang ingin dilakukan oleh doktornya.

Semasa membuat keputusan mengenai prosedur-prosedur ini, tanyalah diri: “Jika sebahagian daripada darah saya disalurkan keluar dari badan saya, dan peredaran darah saya mungkin terganggu untuk suatu jangka masa, adakah hati nurani saya membenarkan saya untuk menganggap bahawa darah ini masih sebahagian daripada tubuh saya, dan dengan demikian tidak perlu ‘dicurahkan ke tanah’? (Ulangan 12:23, 24) Adakah hati nurani saya yang dilatih oleh Bible terganggu jika semasa prosedur perubatan, sebahagian daripada darah saya dikeluarkan, diubah, dan dikembalikan ke dalam badan saya? Adakah saya sedar bahawa jika saya menolak semua prosedur perubatan yang melibatkan penggunaan darah saya, maksudnya saya juga menolak prosedur seperti ujian darah, hemodialisis, atau penggunaan mesin jantung paru-paru?”

Carta pada muka surat 247

Seorang Kristian mesti membuat keputusan sendiri tentang bagaimana darahnya akan digunakan semasa prosedur pembedahan. Hal yang sama perlu dilakukan untuk ujian perubatan dan terapi terkini yang mana sedikit darah sendiri dikeluarkan, diubah dalam cara tertentu, dan kemudian dikembalikan ke dalam badan.

SOALAN-SOALAN YANG BOLEH DIAJUKAN KEPADA DOKTOR

Jika anda perlu menjalani pembedahan atau rawatan yang mungkin melibatkan produk darah, pastikan bahawa anda telah pun melengkapkan dokumen-dokumen yang sah, misalnya kad “Arahan Penjagaan Kesihatan” (Health Care Directive) yang direka untuk melindungi anda daripada transfusi darah. Di negara lain, dokumen ini dipanggil Durable Power of Attorney. Selain itu anda boleh tanya doktor anda soalan-soalan yang berikut:

  • Adakah semua kakitangan perubatan yang terlibat mengetahui bahawa saya ialah seorang Saksi-Saksi Yehuwa, dan saya mengarahkan supaya saya tidak diberikan transfusi darah (darah utuh, sel darah merah, sel darah putih, platelet, atau plasma) tidak kira apa jua keadaannya?

  • Jika ubat yang mengandungi pecahan kecil darah disyorkan, apakah komposisinya? Berapa banyak daripada ubat ini akan diberikan, dan bagaimana?

  • Jika hati nurani membenarkan saya menerima pecahan kecil darah, apakah risiko perubatan yang akan dihadapi? Apakah terapi alternatif yang tersedia?

Sebelum membuat apa-apa keputusan, luahkan kekhuatiran anda kepada Yehuwa melalui doa. Dia berjanji untuk memberikan kebijaksanaan kepada sesiapa yang terus berdoa kepada-Nya dengan penuh kepercayaan.​—Yakobus 1:5, 6.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi