PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • yc pelajaran 13 ms. 28-29
  • Timotius Mahu Bantu Orang

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Timotius Mahu Bantu Orang
  • Ajarlah Anak Anda
  • Bahan yang Berkaitan
  • Paulus dan Timotius
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • “Anak Kesayanganku yang Mengikut Tuan Yesus dengan Setia”
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Lakukanlah Tugas Anda dengan Sepenuh Hati!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • 2 Timotius 1:7—“Tuhan Tidak Menjadikan Kita Penakut”
    Ayat Bible Dijelaskan
Lihat Selanjutnya
Ajarlah Anak Anda
yc pelajaran 13 ms. 28-29
Timotius belajar daripada ibunya Eunike dan neneknya Lois

PELAJARAN 13

Timotius Mahu Bantu Orang

Timotius ialah seorang lelaki muda yang suka membantu. Dia pergi ke banyak tempat untuk bantu orang. Sebab itulah dia mempunyai kehidupan yang sangat menarik. Adakah adik ingin tahu tentang kehidupannya?—

Ibu dan nenek Timotius mengajarnya tentang Yehuwa

Timotius membesar di sebuah kota yang dipanggil Listra. Sewaktu dia masih kecil, nenek dan ibunya, iaitu Lois dan Eunike mula mengajarnya tentang Yehuwa. Seraya Timotius membesar, dia mahu bantu orang lain belajar tentang Yehuwa.

Sewaktu Timotius masih muda, Paulus meminta Timotius untuk menginjil bersamanya di tempat lain. Timotius kata, “Ya!” Dia bersedia untuk pergi dan bantu orang lain.

Timotius mengikut Paulus ke kota Tesalonika yang terletak di Makedonia. Untuk sampai ke sana, mereka perlu mengadakan perjalanan jauh dan kemudian menaiki bot. Apabila sampai, mereka bantu ramai orang belajar tentang Yehuwa. Tetapi, beberapa orang marah dan cuba mencederakan mereka. Jadi, Paulus dan Timotius pergi ke tempat lain untuk menginjil.

Timotius bersama rasul Paulus di atas bot

Hidup Timotius gembira dan menarik

Beberapa bulan kemudian, Paulus meminta Timotius kembali ke Tesalonika untuk melihat keadaan saudara-saudara di sana. Dia perlu berani untuk kembali ke kota yang bahaya itu! Tetapi, Timotius tetap pergi kerana dia berasa risau tentang saudara-saudara di sana. Kemudian, dia pulang dengan membawa berita baik untuk Paulus. Keadaan saudara-saudara di Tesalonika sangat bagus!

Timotius bekerja dengan Paulus selama bertahun-tahun. Paulus pernah menulis surat bahawa Timotius ialah orang terbaik yang dapat dia gunakan untuk bantu sidang-sidang. Timotius mengasihi Yehuwa dan juga orang lain.

Adakah adik mengasihi orang lain dan mahu bantu mereka belajar tentang Yehuwa?— Jika ya, adik dapat memiliki kehidupan yang sangat gembira dan menarik, sama seperti Timotius!

BACALAH AYAT-AYAT INI

  • 2 Timotius 1:5; 3:15

  • Kisah 16:1-5; 17:1-10

  • 1 Tesalonika 3:2-7

  • Filipi 2:19-22

SOALAN:

  • Di manakah Timotius membesar?

  • Adakah Timotius mahu mengikuti Paulus? Mengapa?

  • Mengapakah Timotius kembali ke Tesalonika?

  • Seperti Timotius, bagaimanakah adik dapat memiliki kehidupan yang gembira dan menarik?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi