PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • yc pelajaran 7 ms. 16-17
  • Pernahkah Adik Berasa Sunyi dan Takut?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pernahkah Adik Berasa Sunyi dan Takut?
  • Ajarlah Anak Anda
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dia Mendapat Kelegaan daripada Tuhannya
    Tirulah Iman Mereka
  • Yehuwa Menguatkan Elia
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Dia Berjaga-jaga, dan Dia Menunggu
    Tirulah Iman Mereka
  • Dia Bertabah sampai Akhir
    Tirulah Iman Mereka
Lihat Selanjutnya
Ajarlah Anak Anda
yc pelajaran 7 ms. 16-17
Seorang budak lelaki berasa sunyi dan takut

PELAJARAN 7

Pernahkah Adik Berasa Sunyi dan Takut?

Lihat budak lelaki dalam gambar ini. Dia rasa sunyi dan takut. Pernahkah adik berasa seperti ini?— Kadang-kadang, semua orang pun ada perasaan ini. Menurut Bible, sahabat Yehuwa juga pernah rasa sunyi dan takut. Salah seorang ialah Elia. Mari kita belajar tentang dia.

Permaisuri Izebel menjerit dengan perasaan marah

Izebel mahu membunuh Elia

Elia tinggal di Israel sebelum Yesus lahir. Raja Israel yang bernama Ahab tidak menyembah Yehuwa, Tuhan yang benar. Ahab dan isterinya, Izebel, menyembah tuhan palsu, iaitu Baal. Jadi, ramai orang Israel juga mula menyembah Baal. Permaisuri Izebel sangat jahat. Dia mahu bunuh semua orang yang menyembah Yehuwa, termasuk Elia! Tahukah adik apa yang dilakukan oleh Elia?—

Elia melarikan diri! Dia lari ke padang gurun dan bersembunyi di dalam gua. Mengapakah dia melarikan diri?— Ya, dia rasa takut. Tetapi, Elia tidak perlu berasa takut. Mengapa? Kerana dia tahu Yehuwa dapat membantunya. Yehuwa pernah menunjukkan kuasa-Nya kepada Elia. Yehuwa menjawab doa Elia dengan menurunkan api dari syurga. Jadi, Yehuwa tentu dapat bantunya sekarang!

Yehuwa menjawab doa Elia dengan menurunkan api dari syurga; Elia di dalam sebuah gua; Elia berasa gembira setelah mendengar kata-kata yang menggalakkan daripada Yehuwa

Bagaimanakah Yehuwa membantu Elia?

Semasa Elia berada di dalam gua, Yehuwa bercakap kepadanya dan bertanya, “Apakah yang kamu buat di sini?” Elia menjawab, “Aku seorang sahaja yang masih menyembah-Mu. Aku takut kerana mereka mahu bunuh aku.” Elia sangka semua hamba Yehuwa telah dibunuh. Tetapi, Yehuwa memberitahu Elia, “Tidak. Itu tidak benar. Masih ada 7,000 orang yang menyembah Aku. Jadilah berani. Aku ada banyak kerja yang perlu engkau lakukan!” Adakah Elia gembira mendengar kata-kata Yehuwa?—

Apakah yang adik dapat belajar daripada cerita Elia?— Adik tidak perlu berasa sunyi atau takut. Adik ada banyak kawan yang mengasihi Yehuwa dan mengasihi adik. Yehuwa juga sangat berkuasa, dan Dia akan selalu membantu adik! Adakah adik gembira kerana Yehuwa akan selalu membantu adik?—

BACALAH AYAT-AYAT INI

  • 1 Raja-Raja 19:3-18

  • Mazmur 145:18

  • 1 Petrus 5:9

SOALAN:

  • Adakah orang Israel pada zaman Elia menyembah Yehuwa? Siapakah yang mereka sembah?

  • Mengapakah Elia melarikan diri dan bersembunyi di dalam gua?

  • Apakah yang Yehuwa katakan kepada Elia?

  • Apakah yang kita dapat belajar daripada cerita Elia?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi