PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 46
  • Pembaktian dan Pembaptisan Sangat Penting!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pembaktian dan Pembaptisan Sangat Penting!
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Sudahkah Anda Bersedia untuk Membaktikan Diri kepada Yehuwa?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
  • Haruskah Saya Membaktikan Diri kepada Tuhan dan Dibaptis?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Sudahkah Anda Bersedia untuk Dibaptis?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • Adakah Anda Bersedia untuk Dibaptis?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 46
Pelajaran 46. Seorang lelaki berdoa seorang diri.

PELAJARAN 46

Pembaktian dan Pembaptisan Sangat Penting!

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Apabila anda membaktikan diri kepada Yehuwa, anda berjanji dalam doa untuk menyembah-Nya sahaja dan mengutamakan-Nya dalam hidup. (Mazmur 40:8) Selepas itu, barulah anda akan dibaptis. Pembaptisan menunjukkan kepada semua orang bahawa anda sudah membaktikan diri kepada Yehuwa. Keputusan untuk membaktikan diri dan dibaptis ialah keputusan yang paling penting dalam hidup anda. Apakah yang dapat mendorong anda untuk mengambil langkah yang penting ini?

1. Apakah yang mendorong kita untuk membaktikan diri kepada Tuhan?

Kasih harus menjadi dorongan utama bagi kita. (1 Yohanes 4:10, 19) Bible kata bahawa kita harus ‘mengasihi Yehuwa dengan segenap hati, segenap jiwa, segenap akal, dan segenap kekuatan.’ (Markus 12:30) Kita tidak mahu hanya mengatakan bahawa kita mengasihi Yehuwa, tetapi kita harus menunjukkannya menerusi perbuatan kita. Sebagaimana dua orang yang saling mencintai akan mengambil langkah untuk berkahwin, orang yang benar-benar mengasihi Yehuwa juga akan mengambil langkah untuk membaktikan diri dan dibaptis.

2. Apakah berkat yang akan anda nikmati jika anda dibaptis?

Anda akan mempunyai keluarga rohani di serata dunia yang sangat mengasihi anda dan Yehuwa. (Baca Markus 10:29, 30.) Selain itu, Yehuwa akan menjadi Bapa anda dan anda akan merasai berkat dan kasih-Nya dalam cara yang istimewa. (Baca Maleakhi 3:16-18.) Bukankah itu berkat yang sangat berharga? Tetapi untuk mendapat berkat-berkat itu, anda perlu mengambil langkah tertentu dahulu. Anda perlu belajar tentang Yehuwa, mengasihi-Nya, dan beriman kepada Anak-Nya. Kemudian anda mesti membaktikan diri kepada-Nya. Selepas itu, barulah anda dapat dibaptis. Bible kata, ‘Pembaptisan menyelamatkan kamu.’ (1 Petrus 3:21) Ya, langkah yang penting ini membuka peluang bagi anda untuk menikmati hidup selama-lamanya!

KETAHUILAH

Belajar mengapa penting bagi anda untuk membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis.

3. Pilihlah siapa yang akan anda sembah

Pada zaman Israel kuno, sesetengah orang fikir mereka boleh menyembah Yehuwa dan Dewa Baal pada masa yang sama. Tapi Yehuwa mengutus Nabi Elia untuk membantu mereka mempunyai pandangan yang betul. Baca 1 Raja-Raja 18:21, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah pilihan yang orang Israel perlu buat?

Seperti orang Israel, kita juga harus pilih siapa yang akan kita sembah. Baca Lukas 16:13, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah kita tidak boleh menyembah Yehuwa dan pada masa yang sama menyembah benda atau tuhan lain?

  • Bagaimanakah kita membuktikan bahawa kita hanya menyembah Yehuwa?

4. Renungkan kasih Yehuwa

Kolaj: Seorang lelaki berfikir tentang berkat daripada Tuhan. 1. Kasih. Gambar menunjukkan kasih seorang ibu terhadap anaknya. 2. Makanan yang enak. Gambar menunjukkan pelbagai buah dan sayur. 3. Bible. 4. Korban tebusan Yesus.

Yehuwa sudah memberi kita banyak kurniaan yang berharga. Apakah yang dapat kita beri kepada-Nya? Mainkan VIDEO.

VIDEO: Mempersembahkan Pemberian Kita kepada Tuhan (3:04)

Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan kasih-Nya kepada anda? Baca Mazmur 104:14, 15 dan 1 Yohanes 4:9, 10, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah pemberian daripada Yehuwa yang paling anda hargai?

  • Apakah perasaan anda terhadap semua yang telah Yehuwa berikan?

Apabila kita terima hadiah yang kita sangat suka, sudah tentu kita mahu tunjukkan penghargaan kepada pemberinya. Baca Ulangan 16:17, kemudian bincang soalan berikut:

  • Memandangkan Yehuwa sudah berikan banyak berkat kepada anda, bagaimanakah anda dapat membalas kasih-Nya?

5. Pembaktian membawa berkat yang melimpah

Banyak orang percaya bahawa duit, kerjaya, dan kemasyhuran akan buat mereka gembira. Adakah hal itu benar? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Bola Sepak ialah Keutamaan Hidup Saya (5:45)

Kolaj: Adegan daripada video ‘Bola Sepak ialah Keutamaan Hidup Saya.’ 1. Andrey mula belajar Bible lagi. 2. Andrey menginjil bersama anak perempuannya.
  • Walaupun saudara dalam video ini suka bermain bola sepak, mengapakah dia meninggalkan kerjaya itu?

  • Dia memilih untuk mengutamakan Yehuwa dan bukannya bola sepak. Pada pendapat anda, adakah dia membuat keputusan yang bijak? Mengapa?

Sebelum Rasul Paulus menjadi orang Kristian, dia belajar undang-undang Yahudi daripada guru yang terkenal. Tetapi dia meninggalkan peluang untuk memiliki kerjaya yang bagus lalu menjadi seorang Kristian. Adakah dia menyesal? Baca Filipi 3:8, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah Paulus kata bahawa apa yang dicapainya sebelum menjadi orang Kristian adalah “sampah sahaja”?

  • Apakah berkat yang diperolehnya?

  • Bagi anda, adakah lebih baik untuk mengutamakan Yehuwa atau mengikut haluan hidup sendiri? Jelaskan.

Kolaj: 1. Saulus, yang kemudiannya dipanggil Paulus, merupakan orang Farisi. 2. Rasul Paulus yang setia menulis surat kepada rakan Kristiannya.

Apabila Paulus menjadi orang Kristian, apa yang diterimanya jauh lebih banyak daripada apa yang ditinggalkannya

ADA ORANG KATA: “Mengasihi Tuhan sudah cukup. Tidak perlulah kita korbankan semuanya untuk Dia.”

  • Bagi anda, mengapakah bijak untuk membaktikan diri kepada Yehuwa?

RINGKASAN

Kasih menggerakkan kita untuk membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis.

Ulang Kaji

  • Mengapakah Yehuwa layak menerima penyembahan dan kasih kita yang tidak berbelah bahagi?

  • Apakah berkat yang dinikmati Saksi-Saksi Yehuwa yang dibaptis?

  • Adakah anda ingin membaktikan diri kepada Yehuwa?

Matlamat

JOM BELAJAR

Lihat mengapa seorang penyanyi dan seorang atlet membaktikan diri kepada Tuhan Yehuwa.

Pertanyaan Kaum Muda​—Apa yang Akan Saya Lakukan dalam Hidup Saya?​—Mengimbas Kembali (6:52)

Perhatikan sebab-sebab lain untuk membaktikan diri kepada Tuhan.

“Mengapakah Anda Perlu Membaktikan Diri kepada Yehuwa?” (Menara Pengawal, 15 Januari 2010)

Dalam video muzik ini, lihat sukacita yang dinikmati oleh orang yang membaktikan diri kepada Yehuwa.

Ku Serah Hidupku kepada-Mu (4:30)

Baca kisah “Saya Selalu Bertanya, ‘Apakah Tujuan Hidup Kita?’” untuk melihat apa yang membantu seorang wanita mengubah keutamaan hidupnya.

“Bible Mengubah Hidup” (Menara Pengawal, 1 November 2012)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi