PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 36
  • Sentiasa Bersikap Jujur

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Sentiasa Bersikap Jujur
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Melakukan Segala Sesuatu dengan Jujur
    Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan
  • Memperlihatkan Kejujuran dalam Kehidupan
    Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
  • Apakah Manfaat Kejujuran?
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Sifat-Sifat Baik Lebih Bernilai daripada Berlian
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
Lihat Selanjutnya
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 36
Pelajaran 36. Seorang lelaki menandatangani suatu dokumen.

PELAJARAN 36

Sentiasa Bersikap Jujur

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Kita semua suka berkawan dengan orang yang jujur. Yehuwa juga mahu kawan-kawan-Nya bersikap jujur. Tetapi memang tidak senang untuk selalu menunjukkan sifat ini, terutamanya apabila orang di sekeliling kita tidak jujur. Apakah kebaikannya jika kita selalu jujur?

1. Apakah sebab terpenting untuk bersikap jujur?

Bible kata, “Yehuwa membenci orang yang licik, tetapi Dia akrab dengan orang yang melakukan apa yang benar.” (Amsal 3:32) Apabila kita bersikap jujur dalam segala hal, kita menunjukkan bahawa kita mengasihi dan menghormati Yehuwa. Sebenarnya, Yehuwa tahu segala yang kita lakukan dan fikirkan. (Ibrani 4:13) Jadi, Dia pasti menghargainya apabila kita berusaha untuk sentiasa jujur.

2. Bagaimanakah kita menunjukkan sikap jujur?

Yehuwa ingin kita “bercakap benar dengan satu sama lain.” (Zakharia 8:16, 17) Jadi semasa bercakap dengan ahli keluarga, rakan seiman, kawan-kawan, rakan kerja, ataupun pegawai kerajaan, kita tidak akan berbohong atau memberikan maklumat yang palsu. Kita juga tidak akan mencuri atau menggunakan cara yang licik untuk memperdaya orang lain. (Baca Amsal 24:28 dan Efesus 4:28.) Selain itu, kita membayar cukai seperti yang dituntut oleh kerajaan. (Roma 13:5-7) Ya, kita berusaha “melakukan segala sesuatu dengan jujur.”​—Ibrani 13:18.

3. Apakah kebaikan bersikap jujur?

Jika orang lain tahu bahawa kita sentiasa jujur, mereka akan lebih mempercayai kita. Kejujuran juga menjadikan sidang tempat yang aman, selamat, dan bahagia. Apabila kita bersikap jujur, kita menikmati hati nurani yang bersih. Selain itu, kita “menghiasi ajaran Tuhan, Penyelamat kita.” (Titus 2:10) Dengan demikian, orang lain mungkin tertarik untuk mengenali kebenaran dan menyembah Yehuwa.

KETAHUILAH

Lihat bagaimana kejujuran dapat mempengaruhi hidup anda dan hubungan anda dengan Yehuwa. Belajar bagaimana anda dapat menunjukkan sikap ini dalam pelbagai situasi.

4. Kejujuran menggembirakan Yehuwa

Baca Mazmur 44:21 dan Maleakhi 3:16, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah tidak bijak untuk berfikir bahawa kita dapat menyembunyikan sesuatu daripada Yehuwa?

  • Pada pendapat anda, apakah perasaan Yehuwa apabila kita bercakap benar biarpun tidak senang?

Seorang anak bercakap dengan bapanya yang sedang berlutut memandangnya. Segelas jus di atas meja telah tumpah.

Ibu bapa gembira apabila anak mereka jujur. Yehuwa juga gembira apabila kita jujur

5. Sentiasa bersikap jujur

Banyak orang rasa mustahil kita dapat selalu bersikap jujur. Tetapi belajar mengapa kita harus sentiasa jujur. Mainkan VIDEO.

VIDEO: Apakah yang Dapat Membuat Kita Bersukacita?​—Hati Nurani yang Bersih (2:32)

Sedutan daripada video ‘Apakah yang Dapat Membuat Kita Bersukacita?​—Hati Nurani yang Bersih.’ Selepas Ben memberitahu majikannya bahawa dia sudah melakukan kesilapan, mereka berjabat tangan.

Baca Ibrani 13:18, kemudian bincang bagaimana kita dapat bersikap jujur . . .

  • dengan ahli keluarga.

  • semasa di sekolah atau tempat kerja.

  • dalam situasi lain.

6. Berkat kerana jujur

Kadangkala, kita mungkin mengalami kerugian atau mendapat masalah kerana bersikap jujur. Tapi, tindakan yang betul sentiasa membawa manfaat pada akhirnya. Baca Mazmur 34:12-16, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah manfaat yang anda dapat jika anda jujur?

A. Sepasang suami isteri berbual sambil minum kopi. B. Seorang mekanik dipuji oleh majikannya di kedai baiki kereta. C. Seorang lelaki yang berada dalam kereta sedang menunjukkan kad pengenalan kepadanya seorang pegawai polis.
  1. Suami isteri yang jujur akan mempunyai hubungan yang erat

  2. Pekerja yang jujur akan dipercayai majikan

  3. Rakyat yang jujur akan dihormati pegawai kerajaan

ADA ORANG KATA: “Bohong kecil tidak salah.”

  • Adakah anda percaya bahawa Yehuwa membenci semua jenis penipuan? Mengapa?

RINGKASAN

Yehuwa mahu sahabat-Nya bersikap jujur dalam kata-kata dan perbuatan.

Ulang Kaji

  • Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kita bersikap jujur?

  • Mengapakah tidak bijak untuk fikir bahawa kita dapat menyembunyikan sesuatu daripada Yehuwa?

  • Mengapakah anda mahu sentiasa bersikap jujur?

Matlamat

JOM BELAJAR

Bagaimanakah ibu bapa dapat mengajar anak untuk bersikap jujur?

Bercakap Benar (1:40)

Apakah manfaatnya jika kita menepati janji?

Menepati Janji, Meraih Berkat (9:09)

Belajar mengapa kita harus membayar cukai biarpun wang itu mungkin disalahgunakan.

“Wajibkah Anda Membayar Cukai?” (Menara Pengawal, 1 September 2011)

Apakah yang membantu seorang lelaki mengubah kehidupannya dan menjadi orang yang jujur?

“Yehuwa Berbelas Kasihan dan Sudi Mengampuni Saya” (Menara Pengawal, 1 Mei 2015)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi