PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w15 1/1 ms. 13
  • Tahukah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tahukah Anda?
  • Menara Pengawal—2015
  • Bahan yang Berkaitan
  • Raja Yesus Memisahkan Bebiri daripada Kambing
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Setia Menyokong Saudara Kristus
    Menara Pengawal—2015
Menara Pengawal—2015
w15 1/1 ms. 13

TAHUKAH ANDA?

Apakah maksud perkataan “sida-sida” dalam Bible?

Ukiran sida-sida oleh orang Assyria

Ukiran sida-sida oleh orang Assyria

“Sida-sida” boleh merujuk kepada seorang lelaki yang sudah dikembiri. Pada zaman Bible, beberapa lelaki dikembiri kerana dihukum, ditawan, atau dijadikan hamba. Lelaki yang dapat dipercayai dan yang sudah dikembiri biasanya berkhidmat di istana bahagian kediaman wanita. Misalnya, sida-sida Hegai dan Saasgas berkhidmat sebagai penjaga permaisuri dan gundik-gundik raja Persia yang bernama Ahasyweros, ataupun dikenali sebagai Xerxes I.—Ester 2:3, 14.

Namun, bukan semua sida-sida dalam Bible merupakan lelaki yang dikembiri. Menurut sesetengah cendekiawan, perkataan “sida-sida” juga boleh bermaksud seorang lelaki yang berkhidmat sebagai pegawai istana. Misalnya, sahabat Yeremia yang bernama Ebed-Melekh dan sida-sida Etiopia yang dibantu oleh Filipus. Ebed-Melekh ialah pegawai yang berpangkat tinggi. Dia boleh menghadap Raja Zedekia pada bila-bila masa. (Yeremia 38:7, 8) Manakala sida-sida Etiopia yang “telah pergi ke Yerusalem untuk beribadat” berkhidmat sebagai bendahara di istana.—Kisah 8:27.

Mengapakah para gembala dalam Bible memisahkan biri-biri daripada kambing?

Seorang gembala bersama dengan biri-birinya

Semasa menjelaskan hari penghakiman pada masa depan, Yesus berkata, “Apabila Anak manusia datang dalam kemuliaannya, . . . dia akan memisahkan orang menjadi dua kumpulan, sepertimana seorang gembala memisahkan biri-biri daripada kambing.” (Matius 25:​31, 32) Mengapakah para gembala memisahkan haiwan-haiwan ini?

Biasanya, bebiri dan kambing meragut rumput bersama-sama. Pada waktu malam, haiwan-haiwan ini dimasukkan ke dalam kandang agar dilindungi daripada cuaca sejuk, pencuri, dan binatang liar. (Kejadian 30:​32, 33; 31:​38-40) Dua jenis haiwan ini akan dimasukkan ke dalam kandang yang berbeza agar bebiri, terutamanya bebiri betina dan anak bebiri, tidak diserang oleh kambing yang liar. Menurut buku All Things in the Bible, gembala juga memisahkan biri-biri daripada kambing semasa “pembiakan, proses memerah susu, atau sewaktu bulu digunting.” Yesus menggunakan perumpamaan berdasarkan cara hidup orang Israel agar orang dapat memahami apa yang dikatakannya.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi