PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w15 15/8 ms. 29-30
  • Apakah yang Boleh Dipelajari daripada Yohana?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang Boleh Dipelajari daripada Yohana?
  • Menara Pengawal—2015
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • SIAPAKAH YOHANA?
  • YOHANA MENGGUNAKAN HARTA MILIKNYA UNTUK MENOLONG YESUS
  • YOHANA SETIA KEPADA YESUS
  • Yesus Menyebarkan Berita Kerajaan Tuhan
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Tuhan Menghormati dan Menjaga Maruah Wanita
    Menara Pengawal—2012
  • “Aku Sudah Melihat Tuan!”
    Tirulah Iman Mereka
  • Apakah Peranan Wanita dalam Kehendak Yehuwa?
    Menara Pengawal—2014
Menara Pengawal—2015
w15 15/8 ms. 29-30
Yohana menolong Yesus dan pengikutnya

Apakah yang Boleh Dipelajari daripada Yohana?

RAMAI orang tahu bahawa Yesus mempunyai 12 orang rasul. Namun pengikut Yesus juga termasuk para wanita. Antaranya ialah Yohana.—Mat. 27:55; Luk. 8:3.

Apakah peranan Yohana ketika mengikut Yesus, dan apakah yang boleh kita pelajari daripadanya?

SIAPAKAH YOHANA?

Yohana ialah “isteri kepada pengurus rumah tangga Herodes yang bernama Khuza.” Yohana merupakan salah seorang wanita yang disembuhkan Yesus. Yohana dan wanita-wanita lain telah mengembara bersama Yesus dan para rasul untuk menginjil.—Luk. 8:1-3.

Menurut guru agama Yahudi, wanita tidak seharusnya bergaul dengan lelaki yang bukan saudara-mara mereka, apatah lagi mengembara bersama mereka. Orang lelaki Yahudi juga tidak harus bercakap banyak dengan para wanita. Tetapi Yesus tidak mengikut tradisi ini kerana dia telah membenarkan Yohana dan para wanita untuk menyertai kumpulannya.

Yohana mungkin dikritik kerana bergaul dengan Yesus dan para rasul. Semua orang yang menyertai Yesus harus bersedia untuk membuat perubahan dalam kehidupan mereka. Mengenai pengikutnya, Yesus berkata, “Ibuku dan adik-adikku ialah orang yang mendengar firman Tuhan dan melakukannya.” (Luk. 8:19-21; 18:28-30) Tidakkah anda digalakkan kerana Yesus berasa rapat dengan orang yang membuat pengorbanan untuk menjadi pengikutnya?

YOHANA MENGGUNAKAN HARTA MILIKNYA UNTUK MENOLONG YESUS

Yohana dan ramai wanita lain telah “menggunakan harta milik mereka untuk menolong Yesus dan rasul-rasulnya.” (Luk. 8:3) Kita tidak pasti sama ada mereka telah memasak, mencuci pinggan mangkuk, atau menjahit pakaian bagi Yesus dan para rasul. Namun, apa yang dinyatakan Lukas ialah mereka menggunakan wang dan harta benda untuk menampung keperluan Yesus dan pengikutnya.

Semasa Yesus dan para rasul mengembara untuk menginjil, mereka tidak bekerja. Barangkali, mereka tidak mempunyai wang yang secukupnya untuk makanan dan benda lain yang diperlukan oleh kumpulan mereka yang mungkin terdiri daripada 20 orang. Walaupun orang lain baik hati terhadap mereka, Yesus dan para rasul juga memiliki “peti wang.” (Yoh. 12:6; 13:28, 29) Yohana dan wanita-wanita lain mungkin telah memberikan sumbangan untuk menampung perbelanjaan Yesus dan para rasul.

Ada yang membantah dan berkata bahawa wanita Yahudi tidak memiliki wang dan harta benda. Namun, naskhah-naskhah kuno yang ditulis pada zaman Yohana menunjukkan bahawa para wanita mungkin mendapat: (1) warisan daripada bapanya yang meninggal tanpa anak lelaki, (2) tanah yang diberikan kepadanya, (3) wang yang diberikan kepadanya selepas perceraian, (4) keuntungan daripada hartanah milik suaminya yang sudah meninggal, atau (5) wang daripada pekerjaan sendiri.

Sudah tentu pengikut Yesus membuat sumbangan mengikut kemampuan mereka. Antara mereka, mungkin terdapat wanita yang kaya. Yohana mungkin kaya memandangkan suaminya bekerja untuk Herodes. Orang yang kaya sepertinya mungkin telah memberi Yesus jubah yang bermutu tinggi. Seorang penulis berkata bahawa jubah sebegini “tidak mungkin diberikan oleh isteri-isteri nelayan.”—Yoh. 19:23, 24.

Bible tidak menyatakan bahawa Yohana menyumbangkan wang. Namun, kita mendapat pengajaran daripada cara dia menolong Yesus dan para rasul. Setiap orang tahu kemampuan masing-masing. Yang penting ialah kita menyokong Kerajaan Tuhan dengan sepenuh hati.—Mat. 6:33; Mrk. 14:8; 2 Kor. 9:7.

YOHANA SETIA KEPADA YESUS

Semasa Yesus mati pada tiang seksaan, nampaknya Yohana berada di sana bersama wanita-wanita lain “yang selalu mengikut Yesus dan menolongnya semasa dia berada di Galilea. Selain itu, ada ramai lagi wanita yang telah datang ke Yerusalem bersama Yesus.” (Mrk. 15:41) Apabila tubuh Yesus dibawa ke kubur, “wanita-wanita yang datang dengan Yesus dari Galilea . . . melihat makam Yesus dan nampak bagaimana mayatnya diletakkan di dalam makam itu. Selepas itu, mereka pulang untuk menyediakan bahan-bahan harum dan minyak wangi.” Lukas memberitahu bahawa wanita-wanita ini ialah “Maria Magdalena, Yohana, Maria, iaitu ibu kepada Yakobus.” Selepas hari sabat, mereka kembali ke kubur Yesus dan malaikat memberitahu mereka bahawa Yesus telah dibangkitkan.—Luk. 23:55–24:10.

Yohana dan para wanita menyediakan bahan-bahan harum dan minyak wangi untuk pengebumian Yesus

Yohana dan para wanita menolong Yesus mengikut kemampuan mereka

Apabila daya aktif dicurahkan ke atas pengikut Yesus serta ibu dan adik-adik lelaki Yesus pada Pentakosta 33 M, Yohana mungkin berada di sana. (Kis. 1:12-14) Memandangkan suaminya telah bekerja untuk Herodes Antipas, Yohana mungkin menjadi sumber maklumat bagi Lukas yang menulis mengenai Herodes. Hal ini kerana hanya Lukas yang menyebut nama Yohana dalam Bible.—Luk. 8:3; 9:7-9; 23:8-12; 24:10.

Kisah Yohana memberi kita beberapa pengajaran. Dia telah menolong Yesus dengan sepenuh hati. Dia tentu gembira untuk menggunakan harta miliknya bagi membantu Yesus dan pengikut Yesus untuk menginjil. Selain itu, Yohana setia kepada Yesus walaupun menghadapi cabaran. Ramai wanita Kristian boleh mengikut teladan baik Yohana.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi