PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp16 No. 3 ms. 14-15
  • Bandingkanlah Kepercayaan Anda dengan Ajaran Bible

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bandingkanlah Kepercayaan Anda dengan Ajaran Bible
  • Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PERBANDINGAN?
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Siapakah Yesus Kristus?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Menara Pengawal (Umum)—2016
wp16 No. 3 ms. 14-15

Bandingkanlah Kepercayaan Anda dengan Ajaran Bible

ADAKAH anda menganggap diri seorang Kristian? Jika ya, anda merupakan salah seorang daripada dua bilion orang yang menganggap diri mereka pengikut Kristus. Hari ini, terdapat ribuan aliran Kristian. Namun, ajaran dan pandangan mereka berbeza. Jadi, adakah apa yang anda percaya itu penting? Sudah tentu, terutamanya jika anda ingin mengamalkan agama Kristian yang benar.

Pengikut Yesus Kristus pada abad pertama digelar sebagai “Kristian.” (Kisah 11:26) Mereka tidak perlu gelaran lain kerana hanya terdapat satu agama Kristian sahaja. Semua orang Kristian mengikut ajaran dan arahan Pengasas agama Kristian, iaitu Yesus Kristus. Bagaimana pula dengan gereja anda? Adakah gereja anda mengajar apa yang diajarkan Kristus? Adakah gereja anda mengajar apa yang dipercayai pengikut Kristus pada abad pertama? Bagaimanakah anda boleh pastikan hal ini? Hanya terdapat satu cara, anda perlu membuat perbandingan dengan ajaran Bible.

Fikirkan hal ini: Yesus Kristus percaya bahawa Ayat-Ayat Suci ialah Firman Tuhan. Dia tidak setuju dengan mereka yang mengutamakan tradisi manusia dan bukannya ajaran Bible. (Markus 7:9-13) Maka, kita boleh menyimpulkan bahawa kepercayaan pengikut Yesus berdasarkan Bible. Oleh itu, setiap orang Kristian harus menanya diri, “Adakah ajaran gereja saya selaras dengan ajaran Bible?” Untuk menjawab soalan itu, apa kata anda bandingkan ajaran gereja dengan ajaran Bible?

Yesus mengatakan bahawa penyembahan kita mesti berdasarkan kebenaran, dan kebenaran itu boleh ditemui dalam Bible. (Yohanes 4:24; 17:17) Rasul Paulus mengatakan bahawa penyelamatan kita bergantung pada “pengetahuan yang tepat tentang kebenaran.” (1 Timotius 2:4) Maka, adalah penting bahawa kepercayaan kita berdasarkan ajaran Bible yang tepat. Hal ini melibatkan hidup mati kita!

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PERBANDINGAN?

Sila baca keenam-enam soalan berikut dan perhatikan apa jawapan Bible. Bukalah ayat Bible yang tertera dan fikirkan jawapannya dengan mendalam. Kemudian, tanyalah diri, “Adakah ajaran gereja saya selaras dengan ajaran Bible?”

Kuiz singkat ini dapat membantu anda untuk membuat perbandingan. Sudikah anda membandingkan ajaran gereja anda dengan ajaran Bible? Saksi-Saksi Yehuwa gembira untuk membantu anda menyelidiki ajaran Bible yang tepat. Mohonlah pembelajaran Bible yang percuma daripada Saksi-Saksi Yehuwa, atau layarilah laman web kami di jw.org/ms.

1 SOALAN: Siapakah Tuhan?

JAWAPAN: Yehuwa, Bapa kepada Yesus, ialah Tuhan yang kekal dan Pencipta yang Maha Kuasa.

JAWAPAN BIBLE:

“Kami sentiasa bersyukur kepada Tuhan, iaitu Bapa kepada Tuan kita, Yesus Kristus, semasa kami berdoa untuk kamu.”​—Kolose 1:3.

“Ya Yehuwa, Tuhan kami, Engkau layak menerima kemuliaan, penghormatan, dan kuasa, kerana Engkau menciptakan segala sesuatu.”​—Wahyu 4:11.

Lihat juga Roma 10:13; 1 Timotius 1:17.

2 SOALAN: Siapakah Yesus Kristus?

JAWAPAN: Yesus ialah Anak Tuhan yang sulung. Yesus diciptakan dan mempunyai permulaan. Yesus tunduk kepada Tuhan dan menuruti kehendak-Nya.

JAWAPAN BIBLE:

“Bapa lebih besar daripada aku.”​—Yohanes 14:28.

“[Yesus] merupakan gambaran kepada Tuhan yang tidak kelihatan dan dialah anak sulung antara semua ciptaan.”​—Kolose 1:15.

Lihat juga Matius 26:39; 1 Korintus 15:28.

3 SOALAN: Apakah itu Roh Kudus atau Roh Tuhan?

JAWAPAN: Roh Kudus atau Roh Tuhan ialah daya aktif Tuhan. Tuhan menggunakan daya aktif-Nya untuk melaksanakan kehendak-Nya. Daya aktif bukan individu. Manusia boleh dipenuhi dengan daya aktif Tuhan dan didorong oleh daya itu.

JAWAPAN BIBLE:

“Sebaik sahaja Elisabet mendengar salam Maria, anak dalam rahimnya melonjak. Elisabet dipenuhi daya aktif Tuhan [‘Roh Tuhan,’ ABB].”​—Lukas 1:41.

“Kamu akan menerima kuasa apabila daya aktif Tuhan [‘Roh Tuhan,’ ABB] datang ke atas kamu.”​—Kisah 1:8.

Lihat juga Kejadian 1:2; Kisah 2:1-4; 10:38.

4 SOALAN: Apakah itu Kerajaan Tuhan?

JAWAPAN: Kerajaan Tuhan merupakan sebuah kerajaan yang terletak di syurga. Yesus ialah Raja Kerajaan Tuhan. Tidak lama lagi, Kerajaan Tuhan akan melaksanakan kehendak Tuhan di bumi.

JAWAPAN BIBLE:

“Selepas itu, malaikat ketujuh meniup trompetnya, lalu kedengaran suara-suara lantang di syurga yang berseru, ‘Kerajaan Tuhan kita dan Kristus-Nya sedang memerintah dunia, dan Dia akan memerintah sebagai raja buat selama-lamanya.’”​—Wahyu 11:15.

Lihat juga Daniel 2:44; Matius 6:9, 10.

5 SOALAN: Adakah semua orang baik akan naik ke syurga?

JAWAPAN: Tidak. Hanya sekumpulan kecil manusia yang setia, iaitu “kawanan kecil,” dipilih oleh Tuhan untuk naik ke syurga. Mereka akan memerintah bersama Yesus sebagai raja atas manusia.

JAWAPAN BIBLE:

“Hai kawanan kecil, janganlah takut, kerana Bapa kamu sudah membuat keputusan untuk memberi kamu Kerajaan-Nya.”​—Lukas 12:32.

“Mereka akan menjadi imam-imam Tuhan dan Kristus, dan akan memerintah sebagai raja bersama Kristus.”​—Wahyu 20:6.

Lihat juga Wahyu 14:1, 3.

6 SOALAN: Apakah kehendak Tuhan bagi bumi dan manusia?

JAWAPAN: Di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan, bumi akan menjadi firdaus dan manusia yang setia akan menikmati kesihatan yang sempurna, kedamaian, dan hidup yang kekal.

JAWAPAN BIBLE:

“Orang yang rendah hati akan mewarisi negeri ini, dan menikmati kemakmuran yang berlimpah-limpah.”​—Mazmur 37:10, 11.

“Dia akan menyapu semua air mata mereka, dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi. Perkara-perkara yang lama sudah lenyap.”​—Wahyu 21:3, 4.

Lihat juga Mazmur 37:29; 2 Petrus 3:13.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi