PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp20 No. 2 ms. 4-5
  • Mengapakah Kita Memerlukan Kerajaan Tuhan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengapakah Kita Memerlukan Kerajaan Tuhan?
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MANUSIA MULA MEMERINTAH
  • TUHAN AKAN BERTINDAK!
  • Mengapakah Ada Banyak Kejahatan dan Penderitaan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Mengapakah Tuhan Membenarkan Kejahatan dan Penderitaan?
    Berita Baik daripada Tuhan!
  • Apakah Tujuan Tuhan bagi Manusia?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
wp20 No. 2 ms. 4-5
Adam dan Hawa melihat air terjun di Taman Eden.

Di bawah pemerintahan Tuhan, semua ciptaan bersatu padu dan hidup damai

Mengapakah Kita Memerlukan Kerajaan Tuhan?

Semasa manusia yang pertama diciptakan, hanya ada satu Pemerintah, iaitu Pencipta kita yang bernama Yehuwa. Yehuwa ialah Pemerintah yang pengasih. Dia menciptakan Taman Eden yang indah sebagai tempat tinggal manusia, dan menyediakan makanan yang melimpah untuk mereka. Dia juga memberi manusia pekerjaan yang memuaskan. (Kejadian 1:28, 29; 2:8, 15) Jika manusia terus mentaati pemerintahan Tuhan, mereka akan hidup damai sampai sekarang.

Adam memegang buah larangan yang diberikan Hawa kepadanya.

Pasangan manusia yang pertama tidak mahu diperintah oleh Tuhan

Bible menyatakan bahawa satu malaikat, yang kemudiannya dipanggil Syaitan Si Iblis, telah memberontak dan mencabar hak Tuhan untuk memerintah. Dia mendakwa bahawa manusia akan lebih bahagia tanpa pemerintahan Tuhan. Sedihnya, Adam dan Hawa, iaitu nenek moyang kita, mengikut Syaitan dan memberontak terhadap Tuhan.​—Kejadian 3:1-6; Wahyu 12:9.

Oleh sebab Adam dan Hawa tidak mahu diperintah oleh Tuhan, mereka tidak dibenarkan tinggal di firdaus, dan mereka kehilangan peluang untuk hidup kekal dan menikmati kesihatan yang sempurna. (Kejadian 3:17-19) Keputusan mereka juga mempengaruhi keturunan mereka. Bible menyatakan bahawa akibat perbuatan Adam, ‘dosa masuk ke dalam dunia, dan dosa membawa kematian.’ (Roma 5:12) Dosa itu juga membawa satu lagi masalah: “Manusia menguasai manusia sehingga mereka menderita.” (Pengkhutbah 8:9) Dalam kata lain, jika manusia memerintah manusia, masalah pasti timbul.

MANUSIA MULA MEMERINTAH

Nimrod berdiri dengan angkuh. Di belakangnya, terdapat orang yang sedang membina sebuah menara.

Nimrod memberontak terhadap Yehuwa

Nimrod ialah pemerintah manusia pertama yang disebut dalam Bible, dan dia menentang pemerintahan Tuhan. Sejak zaman Nimrod, orang yang berpangkat tinggi telah menyalahgunakan kuasa mereka. Kira-kira 3,000 tahun yang lalu, Raja Salomo menulis, “Aku nampak orang yang ditindas menangis, tetapi tiada seorang pun yang melegakan hati mereka. Oleh sebab orang yang menindas mereka berkuasa, tiada seorang pun yang melegakan hati mereka.”​—Pengkhutbah 4:1.

Masalah yang sama masih berlaku pada hari ini. Pada tahun 2009, satu rencana yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa semakin ramai orang yang berpendapat bahawa pemerintahan yang buruk merupakan “salah satu punca utama masalah masyarakat.”

TUHAN AKAN BERTINDAK!

Jelaslah, manusia memerlukan pemerintah dan kerajaan yang lebih baik, dan itulah yang dijanjikan oleh Pencipta kita!

Gambar: Hasil pemerintahan manusia. 1. Seorang wanita Asia duduk di jalan yang kotor sambil mendukung anaknya yang menangis. 2. Seorang lelaki tua yang sakit dan terlantar di hospital. 3. Askar-askar menembak di medan perang. 4. Orang ramai yang marah memegang tanda dan menunjuk perasaan. 5. Seorang wanita dan anak perempuannya berdiri di luar rumah mereka. Cermin pintu mereka sudah dipecahkan. 6. Bandar yang penuh dengan wayar elektrik dan udara yang tercemar.

Kerajaan manusia yang terbaik pun gagal menyelesaikan masalah besar manusia

Tuhan telah mendirikan sebuah kerajaan yang akan menggantikan semua kerajaan manusia. Kerajaan itu ialah Kerajaan Tuhan yang disebut jutaan orang semasa berdoa. (Matius 6:9, 10) Kerajaan itu akan “kekal buat selama-lamanya.” (Daniel 2:44) Namun, Tuhan tidak akan menjadi Raja kerajaan itu. Dia telah melantik seseorang yang pernah hidup sebagai manusia untuk menjadi Raja Kerajaan-Nya. Siapakah itu?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi