PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 5/14 ms. 3
  • Kotak Pertanyaan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kotak Pertanyaan
  • Kerja Teokratik Kita—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • Rahsia Kebahagiaan Keluarga—Bahagian 2
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Ibu Bapa—Bantulah Anak Anda Mengasihi Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Guna Laman Web Kita untuk Mengajar Anak Anda
    Kerja Teokratik Kita—2013
  • Ibu Bapa—Latihlah Anak Anda untuk Mengasihi Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2014
km 5/14 ms. 3

Kotak Pertanyaan

◼ Apakah yang harus anak-anak pelajari agar bertumbuh secara rohani?

Ibu bapa Kristian memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak ‘dengan ajaran dan nasihat Yehuwa.’ (Ef. 6:4) Contohnya, ibu bapa mendapati bahawa membincangkan ayat harian bersama anak mereka setiap pagi adalah bermanfaat. Semasa penyembahan keluarga dan pada waktu lain, ahli keluarga boleh menonton dan membincangkan sebuah video bersama-sama, membincangkan topik tertentu daripada rencana Young People Ask, melakonkan kisah Bible, atau mengadakan sesi latihan. Namun, anak-anak perlu diajar tentang kebenaran Bible yang mendalam agar bertumbuh secara rohani.—Ibr. 6:1.

Pertimbangkan apa yang kita ajar kepada orang di kawasan penyebaran kita. Pada kunjungan pertama atau kunjungan berikutnya, biasanya kita berusaha memulakan pembelajaran Bible menggunakan buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? Selepas selesai mempelajari buku itu, kita menggunakan buku “Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan.” Mengapa? Buku Ajaran Bible memberi pelajar itu pengetahuan asas tentang Bible. Buku “Kasih Tuhan” mengajar mereka cara menerapkan prinsip Bible dalam kehidupan seharian. Membincangkan kedua-dua buku ini dapat membantu orang baru untuk “berakar umbi” dalam Kristus dan menjadi “semakin percaya.” (Kol. 2:6, 7) Tidakkah bahan ini juga bermanfaat bagi anak-anak kita? Mereka juga perlu diajar tentang tebusan, Kerajaan Tuhan, dan keadaan orang mati. Anak-anak juga perlu tahu mengapa Tuhan mengizinkan penderitaan dan cara mengenal pasti hari-hari terakhir. Mereka perlu yakin bahawa Saksi-Saksi Yehuwa memiliki kebenaran. Kaum muda juga perlu memahami prinsip Bible serta cara melatih daya penilaian. (Ibr. 5:14) Sudah tentu ibu bapa perlu mengambil kira umur dan tahap pemahaman anak mereka. Namun, banyak anak mempunyai kebolehan untuk mempelajari kebenaran Bible yang mendalam biarpun mereka masih kecil.—Luk. 2:42, 46, 47.

Untuk membantu ibu bapa, jw.org kini mengandungi panduan pembelajaran berdasarkan buku Ajaran Bible. Maklumat ini boleh didapati di laman Web kita, bahagian BIBLE TEACHINGS > TEENAGERS. Pada masa depan, panduan pembelajaran tambahan berdasarkan buku “Kasih Tuhan” juga akan disediakan. Sudah tentu kita masih boleh menggunakan buku Ajaran Bible dan “Kasih Tuhan” yang bercetak. Ibu bapa boleh tentukan jika bahan ini akan disertakan semasa malam Penyembahan Keluarga, pembelajaran yang berasingan dengan anak mereka, atau sewaktu melatih anak membuat pembelajaran peribadi.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi