Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
Soalan-soalan berikut akan dibincangkan semasa Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 27 Oktober 2014.
Bagaimanakah Yehuwa menjadi warisan bagi orang Lewi? (Bil. 18:20, 21) [1 Sept., w11 15/9 ms. 7-8 per. 4]
Apakah pengajaran daripada Hukum Musa tentang kebersihan? (Bil. 19:20) [1 Sept., lv bab 8 ms. 100-101 per. 6, 7]
Menurut Bilangan 25:11, apakah sikap Pinehas dan bagaimanakah kita boleh mencontohinya? [8 Sept., w11 15/9 ms. 30 per. 3-5; ms. 31 per. 1]
Bagaimanakah kisah lima anak perempuan Zelafehad menunjukkan bahawa Yehuwa tidak berat sebelah? (Bil. 27:6-8) [15 Sept., w13 15/6 ms. 10-11 per. 13-15]
Bagaimanakah Bileam mengumpan umat Yehuwa? Apakah pengajarannya? (Bil. 31:16) [22 Sept., lv bab 9 ms. 111-112 per. 2-4]
Di manakah orang Lewi akan tinggal memandangkan mereka tidak mempunyai warisan tanah? Apakah yang boleh kita pelajari? (Bil. 35:6-8) [29 Sept., w11 15/9 ms. 8 per. 6]
Apakah akibatnya apabila orang Israel bersungut-sungut terhadap Yehuwa? Apakah yang boleh kita pelajari? (Ul. 1:26-28, 34, 35) [6 Okt., w13 15/8 ms. 11 per. 7]
Jika seorang Kristian mula mendambakan pasangan hidup orang lain, apakah yang harus dilakukannya dengan serta-merta? (Ul. 5:21) [13 Okt., w12 15/5 ms. 7 per. 17]
Bagaimanakah contoh Raja Salomo boleh menjadi amaran bagi kita dalam soal perkahwinan? (Ul. 7:3, 4) [20 Okt., w12 15/4 ms. 32]
Bagaimanakah anda boleh menerapkan Ulangan 11:18, 19 semasa mengajarkan hal-hal rohani kepada anak remaja? [27 Okt., fy bab 6 ms. 81 per. 14]