PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w21 November ms. 31
  • Tahukah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tahukah Anda?
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Bahan yang Berkaitan
  • Rangka Nahum
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
w21 November ms. 31
Lukisan yang menggambarkan bangunan dan tugu Niniwe kuno.

Kota Niniwe mempunyai bangunan dan tugu-tugu yang mengagumkan

Tahukah Anda?

Apakah yang berlaku kepada kota Niniwe selepas zaman Yunus?

SEKITAR tahun 670 SM, Assyria telah menjadi kuasa dunia yang terbesar. The British Museum Blog menyatakan bahawa kawasan jajahan Assyria “merangkumi Siprus di sebelah barat sehingga Iran di sebelah timur, dan bahkan merangkumi Mesir pada suatu ketika.” Niniwe, iaitu ibu kota Assyria, merupakan kota yang terbesar di dunia. Kota itu mempunyai banyak tugu yang menakjubkan, taman-taman yang cantik, istana yang mewah, dan perpustakaan yang besar. Ukiran dinding dari Niniwe menunjukkan bahawa Raja Ashurbanipal menggelar dirinya “raja dunia,” seperti yang dilakukan oleh raja-raja Assyria yang lain. Pada zaman pemerintahannya, nampaknya tiada sesiapa pun yang mampu menawan Assyria dan Niniwe.

Peta yang menunjukkan sempadan Empayar Assyria pada abad ketujuh SM. Mesir, pulau Siprus, dan Niniwe ditandakan pada peta itu.

Assyria merupakan kuasa dunia terbesar pada abad ketujuh SM

Namun, pada zaman kegemilangan Assyria, Nabi Zefanya menubuatkan, “[Yehuwa] akan . . . memusnahkan Assyria. [Dia] juga akan menjadikan Niniwe tempat yang tandus dan kering-kontang bagaikan padang gurun.” Nabi Nahum juga menubuatkan, “Rampaslah perak! Rampaslah emas! . . . Kota itu sudah musnah, terbiar, dan kosong! . . . Semua orang yang melihat engkau akan menjauhimu dan berkata, ‘Niniwe sudah dimusnahkan!’” (Zef. 2:13; Nah. 2:9, 10; 3:7) Orang yang mendengar nubuat-nubuat ini mungkin berfikir, “Mungkinkah hal ini berlaku? Mustahil Assyria akan dikalahkan!”

Niniwe menjadi tempat yang tandus!

Meskipun begitu, Assyria telah ditawan. Tidak lama sebelum tahun 600 SM, Assyria telah ditakluki oleh orang Babilon dan orang Media. Setelah itu, Niniwe tidak lagi didiami orang dan bahkan dilupakan sama sekali! Sebuah bahan terbitan The Metropolitan Museum of Art di New York menyatakan bahawa banyak tahun kemudian, “Niniwe menjadi terbiar dan terkubur. Orang hanya tahu tentang Niniwe melalui Bible.” Menurut Biblical Archaeology Society Online Archive, pada awal tahun 1800-an, “tiada orang tahu sama ada ibu kota Assyria benar-benar wujud.” Namun, pada tahun 1845, Austen Henry Layard, seorang ahli kaji purba, mula melakukan kerja cari gali di tapak peninggalan Niniwe. Apa yang ditemuinya menunjukkan bahawa Niniwe dahulunya sememangnya sebuah kota yang mengagumkan.

Semua nubuat tentang Niniwe telah berlaku. Hal ini meyakinkan kita bahawa nubuat-nubuat Bible tentang akhir kuasa politik zaman ini pun akan menjadi kenyataan.​—Dan. 2:44; Why. 19:15, 19-21.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi