TIP PEMBELAJARAN
Meraih Manfaat daripada Gambar
Bahan bacaan kita mengandungi banyak gambar yang mengajar kita isi-isi penting. Bagaimanakah kita dapat meraih manfaat daripada gambar-gambar dalam bahan bacaan kita?
Apabila makanan yang dihidangkan nampak sedap, selera kita akan bertambah. Begitu juga, gambar-gambar dalam rencana dapat membangkitkan selera anda untuk membacanya. Maka sebelum membaca sebuah rencana, lihatlah gambar-gambar itu dan tanyalah diri, ‘Apakah yang saya nampak?’—Amo. 7:7, 8.
Semasa membaca sebuah rencana, fikirkanlah mengapa gambar itu dipilih. Bacalah kapsyen atau keterangan gambar jika disediakan. Carilah kaitan antara gambar itu dengan topik rencana dan hidup anda.
Selepas membaca, gunakanlah gambar untuk ingat kembali isi-isi penting rencana. Cuba pejamkan mata dan ingat kembali setiap gambar serta pengajarannya.
Sebagai latihan, lihatlah semula gambar-gambar dalam majalah ini dan cubalah ingat kembali pengajarannya.