PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mrt rencana 25
  • Siapakah yang Akan Menyelamatkan Bumi?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Siapakah yang Akan Menyelamatkan Bumi?
  • Topik-Topik Lain
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah usaha manusia akan berjaya?
  • Harapan bagi bumi
  • Adakah Bumi Ini Akan Dimusnahkan?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tuhan Berjanji Bumi Kita Akan Selamat
    Sedarlah!—2023
  • Dunia Baharu Sudah Dekat!
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Apakah yang Bible Katakan tentang Perubahan Iklim dan Masa Depan Kita?
    Topik-Topik Lain
Lihat Selanjutnya
Topik-Topik Lain
mrt rencana 25
Seorang budak perempuan sedang menyiram bunga. Di belakang, ada kilang yang mencemarkan alam sekitar.

Siapakah yang Akan Menyelamatkan Bumi?

Ramai orang risau kerana mereka percaya bahawa tindakan manusia sedang merosakkan bumi dan hidupan di bumi. Menurut sesetengah pakar alam sekitar, tindakan manusia menyebabkan pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan rosak sehingga ada yang hampir pupus. Pada masa ini, kerosakan alam sekitar adalah yang paling teruk dalam sejarah manusia.

Adakah manusia akan memusnahkan bumi? Atau dapatkah mereka hidup dalam cara yang tidak merosakkan alam semula jadi?

Adakah usaha manusia akan berjaya?

Banyak pakar yakin bahawa manusia dapat melindungi bumi dan hidup dalam cara yang tidak merosakkan alam semula jadi. Sesetengah penyelidik berkata bahawa untuk berjaya, manusia mesti melakukan beberapa perubahan pada masa yang sama. Berikut adalah beberapa perubahan tersebut:

  • Menjaga tanah, hutan, tanah lembap, dan laut dengan lebih baik.

  • Menggunakan kaedah pertanian dan sumber tenaga lain.

  • Mengubah sistem penghasilan makanan agar orang makan lebih banyak makanan yang berasaskan tumbuhan dan sedikit daging dan ikan sahaja, dan mengurangkan pengambilan dan pembaziran makanan.

  • Menyedari bahawa kehidupan yang baik tidak bergantung pada harta benda.

Apakah pendapat anda? Bolehkah kita mengharapkan setiap orang, perniagaan, dan kerajaan untuk bekerjasama membuat perubahan sedemikian? Atau adakah hal ini mustahil memandangkan sesetengah orang bersifat tamak, mementingkan diri, dan tidak berfikiran panjang?—2 Timotius 3:1-5.

Harapan bagi bumi

Bible meyakinkan kita bahawa bumi tidak akan musnah. Bible juga menjelaskan mengapa usaha manusia tidak mencukupi untuk menyelamatkan bumi. Selain itu, Bible memberitahu kita tentang perubahan sebenar yang mesti dibuat dan bagaimana perubahan itu akan berlaku.

Mengapa usaha manusia untuk menyelamatkan bumi tidak mencukupi. Tuhan Yehuwaa menciptakan bumi dan memberi manusia tanggungjawab untuk menjaganya. (Kejadian 1:28; 2:15) Mereka hanya dapat berjaya jika mereka bergantung pada bimbingan Pencipta mereka dan mematuhi arahan-Nya. (Amsal 20:24) Sedihnya, mereka menolak Yehuwa dan memilih untuk mengikut cara sendiri. (Pengkhutbah 7:29) Tanpa bimbingan Yehuwa, manusia tidak mampu menjaga bumi, dan usaha mereka hanya akan membawa hasil yang sedikit.—Amsal 21:30; Yeremia 10:23.

Perubahan yang mesti dibuat. Tuhan akan menghalang manusia daripada terus merosakkan bumi. (Wahyu 11:18) Dia tidak akan memperbaik kerajaan dan masyarakat yang merosakkan bumi. Sebaliknya, Dia akan menggantikan mereka. (Wahyu 21:1) Itulah sebabnya Yehuwa berfirman, “Lihatlah! Aku sedang menjadikan semuanya baharu.”—Wahyu 21:5.

Bagaimana perubahan itu akan berlaku. Yehuwa akan menggantikan kerajaan manusia dengan sebuah kerajaan di syurga, yang dipanggil Kerajaan Tuhan. Di bawah pimpinan Yesus Kristus, kerajaan itu akan memerintah bumi.—Daniel 2:44; Matius 6:10.

Kerajaan Tuhan akan mendidik manusia untuk hidup selaras dengan piawaian Tuhan. Apabila manusia menerima Yehuwa sebagai Pencipta mereka dan mematuhi arahan-Nya, mereka akan dapat memelihara alam semula jadi. (Yesaya 11:9) Bible menjelaskan bagaimana Kerajaan Tuhan akan membolehkan rakyatnya menikmati kehidupan terbaik dalam cara yang tidak merosakkan bumi. Kerajaan itu akan melakukan perkara-perkara berikut:

  • Menyediakan makanan bagi semua orang.—Mazmur 72:16.

  • Memulihkan sumber semula jadi.—Yesaya 35:1, 2, 6, 7.

  • Memastikan agar manusia dan binatang hidup damai.—Yesaya 11:6-8; Hosea 2:18.

  • Melenyapkan bencana alam.—Markus 4:37-41.

Kerajaan Tuhan akan membuat semua perubahan ini tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, baca rencana “Bilakah Kerajaan Tuhan Akan Memerintah Bumi?”

a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan.—Mazmur 83:18.

Cara menunjukkan penghargaan terhadap bumi sekarang

Sementara menunggu Kerajaan Tuhan untuk menyelesaikan semua masalah alam sekitar, kita dapat menunjukkan bahawa kita menghargai bumi sekarang. Contohnya, dengan mengelakkan pembaziran dan mematuhi aturan kitar semula di kawasan kita.—Yohanes 6:12, 13; Roma 13:1, 5.

  • Brett.

    Brett ialah seorang pakar alam sekitar yang sudah bersara. Pengetahuannya tentang ekologi membantunya sedar bahawa terdapat Pencipta yang akan bertindak untuk menyelamatkan bumi. Bacalah kisahnya dalam bahasa Indonesia.

  • Dua pekerja melihat bangunan yang baru siap dibina di Ibu Pejabat Saksi-Saksi Yehuwa.

    Satu cara Saksi-Saksi Yehuwa menunjukkan hormat terhadap Pencipta mereka adalah dengan menggunakan kaedah yang mesra alam semasa menjalankan projek pembinaan yang besar. Untuk mengetahui pencapaian mereka, lihatlah video Reka Bentuk Bangunan Mesra Alam Memuliakan Yehuwa.

Ayat-ayat Bible tentang bumi

Kejadian 2:15: “Tuhan Yehuwa menempatkan lelaki itu di Taman Eden untuk mengusahakan dan menjaga taman itu.”

Maksud: Tuhan menugaskan manusia untuk menjaga bumi.

Kejadian 1:28: “Tuhan memberkati mereka dan berfirman kepada mereka, ‘Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak. Penuhilah bumi, dan hendaklah kamu menguasainya. Hendaklah kamu menguasai ikan di laut, makhluk yang berterbangan di langit, dan semua makhluk hidup di bumi.’”

Maksud: Manusia ditugaskan untuk menjaga binatang.

Yesaya 45:18: “Yehuwa ialah Pencipta langit dan Tuhan yang benar. Dia membentuk dan menjadikan bumi serta mengukuhkannya. Dia menciptakan bumi bukannya tanpa tujuan, tetapi membentuknya untuk didiami. Dia berfirman, ‘Akulah Yehuwa, dan tidak ada Tuhan lain kecuali Aku.’”

Maksud: Tujuan Tuhan bagi bumi tidak berubah. Bumi akan didiami oleh orang yang hidup selaras dengan tujuan asal Tuhan.

Mazmur 37:29: “Orang yang melakukan apa yang benar akan memiliki bumi, dan mereka akan mendiaminya selama-lamanya.”

Maksud: Orang yang mematuhi piawaian Tuhan berpeluang untuk hidup selama-lamanya di bumi.

Mazmur 98:6-8: “Bersoraklah dengan gembira di hadapan Raja Yehuwa. Biarlah laut dan segala isinya bersorak dengan gemuruh, begitu juga dengan bumi dan semua penduduknya. Biarlah sungai-sungai bertepuk tangan. Biarlah gunung-ganang bersorak-sorai dengan gembira di hadapan Tuhan.”

Maksud: Pemerintahan Tuhan akan membawa manfaat kepada alam sekitar.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi