PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwfq rencana 7
  • Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Orang Kristian?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Orang Kristian?
  • Soalan Lazim
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Percaya kepada Yesus?
    Soalan Lazim
  • “Percayalah kepada Yesus”—Adakah Ini Menjamin Penyelamatan Kita?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Siapakah Yesus Kristus?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Mengapa Berdoa dalam Nama Yesus?
    Menara Pengawal—2008
Lihat Selanjutnya
Soalan Lazim
ijwfq rencana 7
Seorang wanita mempelajari Bible

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Orang Kristian?

Ya. Kami ialah orang Kristian atas sebab-sebab yang berikut:

  • Kami berusaha untuk mengikut ajaran dan teladan Yesus Kristus.—1 Petrus 2:21.

  • Kami percaya bahawa hanya melalui Yesus kami akan diselamatkan dan ‘tiada orang lain yang mendapat kekuasaan daripada Tuhan untuk menyelamatkan kita.’—Kisah 4:12.

  • Apabila seseorang menjadi Saksi-Saksi Yehuwa, dia akan dibaptiskan atas nama Yesus.—Matius 28:18, 19.

  • Kami berdoa melalui nama Yesus.—Yohanes 15:16.

  • Kami percaya bahawa Yesus dilantik sebagai Kepala ke atas setiap manusia.—1 Korintus 11:3.

Namun, ada beberapa perkara yang membezakan kami daripada kumpulan-­kumpulan Kristian yang lain. Contohnya, kami percaya Bible mengajarkan bahawa Yesus ialah Anak Tuhan, bukannya sebahagian daripada Tritunggal. (Markus 12:29) Kami tidak percaya bahawa jiwa atau roh manusia tidak boleh mati. Tiada ayat-ayat Bible yang menyatakan bahawa Tuhan menyeksa orang di neraka. Kami juga tidak percaya bahawa para pemimpin agama patut diberikan gelaran yang meninggikan kedudukan mereka.—Pengkhutbah 9:5; Yehezkiel 18:4; Matius 23:8-10.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi