PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 115
  • Apakah Itu Kesengsaraan Besar?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Itu Kesengsaraan Besar?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Tetap Setia semasa “Kesengsaraan Besar”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • “Bila Hal-hal Ini akan Berlaku?”
    Menara Pengawal—2013
  • Kerajaan Tuhan Menyingkirkan Musuhnya
    Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!
  • Bagaimana Dunia Ini akan Berakhir
    Menara Pengawal—2012
Lihat Selanjutnya
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 115
Mereka yang selamat mengharungi kesengsaraan besar berpaut pada satu sama lain

Apakah Itu Kesengsaraan Besar?

Jawapan Bible

Kesengsaraan besar akan membawa kesusahan besar yang belum pernah berlaku terhadap umat manusia. Menurut nubuat Bible, peristiwa itu akan terjadi pada “hari-hari terakhir” atau “akhir zaman.” (2 Timotius 3:1; Daniel 12:4) “Kesengsaraan sebegini tidak pernah berlaku semenjak Tuhan menciptakan segala-galanya sehingga sekarang, dan tidak akan berlaku lagi.”​—Markus 13:19; Daniel 12:1; Matius 24:21, 22.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa kesengsaraan besar

  • Kemusnahan agama palsu. Dalam masa yang sangat singkat, agama palsu akan dimusnahkan. (Wahyu 17:​1, 5; 18:​9, 10, 21) Kehendak Tuhan ini akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mewakili kuasa-kuasa politik dunia.​—Wahyu 17:​3, 15-​18.a

  • Serangan terhadap agama benar. Bangsa-bangsa yang bersekutu, yang dirujuk sebagai “Gog dari Magog” dalam penglihatan Yehezkiel, akan cuba menghapuskan mereka yang mengamalkan agama benar. Walau bagaimanapun, Tuhan akan melindungi para penyembah-Nya daripada dibinasakan.​—Yehezkiel 38:​1, 2, 9-​12, 18-​23.

  • Penghakiman terhadap penduduk bumi. Yesus akan menghakimi umat manusia dan “akan memisahkan orang menjadi dua kumpulan, sepertimana seorang gembala memisahkan biri-biri daripada kambing.” (Matius 25:31-​33) Orang akan dihakimi berdasarkan cara mereka memperlakukan “saudara-saudara” Yesus yang akan memerintah bersamanya di syurga.​—Matius 25:34-​46.

  • Pengumpulan para pemerintah Kerajaan Tuhan. Orang-orang setia yang terpilih untuk memerintah bersama Yesus akan dibangkitkan untuk hidup di syurga setelah mereka mengakhiri hayat mereka di bumi.​—Matius 24:31; 1 Korintus 15:50-​53; 1 Tesalonika 4:​15-​17.

  • Armagedon. “Perang yang tercetus pada hari besar Tuhan Yang Maha Kuasa” ini juga dikenali sebagai “hari Yehuwa.” (Wahyu 16:14, 16; Yesaya 13:9; 2 Petrus 3:​12) Mereka yang telah dihakimi dan didapati menentang Kristus akan dihapuskan. (Zefanya 1:​18; 2 Tesalonika 1:​6-​10) Seluruh sistem politik dunia akan dibinasakan. Menurut Bible, sistem politik ini digambarkan sebagai binatang buas yang mempunyai tujuh kepala.​—Wahyu 19:19-​21.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas kesengsaraan besar

  • Syaitan dan malaikat-malaikatnya dikurung. Satu malaikat agung akan membuang Syaitan dan malaikat-malaikatnya “ke dalam jurang yang dalam,” yang melambangkan keadaan tidak aktif. (Wahyu 20:​1-3) Keadaan Syaitan di dalam jurang yang dalam itu sama seperti di dalam penjara; dia tidak dapat mempengaruhi segala peristiwa yang berlaku.​—Wahyu 20:7.

  • Pemerintahan Seribu Tahun bermula. Pemerintahan Seribu Tahun Kerajaan Tuhan akan bermula. Pemerintahan Kerajaan Tuhan akan mendatangkan berkat besar kepada umat manusia. (Wahyu 5:​9, 10; 20:​4, 6) “Kumpulan besar manusia” yang tidak terhitung jumlahnya akan “selamat mengharungi kesengsaraan besar,” dan mereka akan menyaksikan permulaan Pemerintahan Seribu Tahun di bumi.​—Wahyu 7:​9, 14; Mazmur 37:​9-​11.

a Dalam buku Wahyu, agama palsu dilambangkan sebagai Babilon Besar atau “pelacur besar.” (Wahyu 17:​1, 5) Binatang buas berwarna merah marak, yang membinasakan Babilon Besar, melambangkan organisasi yang bertujuan untuk menyatukan dan mewakili bangsa-bangsa di seluruh dunia. Pada mulanya organisasi ini dikenali sebagai Liga Bangsa-Bangsa dan sekarang sebagai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi