PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 26
  • Adakah Tuhan Akan Membantu Saya jika Saya Berdoa?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Tuhan Akan Membantu Saya jika Saya Berdoa?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Adakah Yehuwa Mendengar Doa Kita?
    Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
  • Adakah Tuhan Mendengar Doa Kita?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Mendekati Tuhan Melalui Doa
    Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
  • Doa—Penghormatan yang Istimewa
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Lihat Selanjutnya
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 26

Adakah Tuhan Akan Membantu Saya jika Saya Berdoa?

Jawapan Bible

Ya, Tuhan akan membantu mereka yang dengan tulus meminta sesuatu yang selaras dengan kehendak-Nya. Walaupun anda mungkin tidak pernah berdoa, contoh-contoh dalam Bible tentang mereka yang memohon bantuan Tuhan dapat menggalakkan anda. Misalnya:

  • “Bantulah aku, ya Yehuwa, Tuhanku. Selamatkanlah aku kerana Engkau pengasih dan setia.”—Mazmur 109:26.

  • ‘Aku lemah dan tidak berdaya, cepatlah datang menolong aku, ya Tuhanku!’—Mazmur 40:18, Alkitab Berita Baik.

Sudah tentu penulis ayat-ayat itu memiliki iman yang teguh terhadap Tuhan. Namun, Tuhan mendengar doa semua orang yang datang kepada-Nya dengan sikap yang betul, termasuk mereka “yang remuk hati” atau “yang tawar hati.”—Mazmur 34:18.

Janganlah berasa bahawa Tuhan terlalu jauh sehingga Dia tidak peduli tentang masalah anda. Bible menyatakan, “Meskipun Yehuwa begitu agung, Dia akrab dengan orang yang rendah hati, tetapi Dia tidak ingin bersahabat dengan orang yang sombong.” (Mazmur 138:6) Yesus sendiri pernah berkata kepada pengikutnya, “Bahkan rambut di kepala kamu sudah dihitung.” (Matius 10:30) Tuhan memperhatikan setiap perincian tentang anda, bahkan yang tidak anda sedari. Jadi, sudah tentu Dia bersedia untuk membantu anda jika anda berdoa kepada-Nya tentang kekhuatiran anda.—1 Petrus 5:7.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi