PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w14 15/9 ms. 22
  • Pertanyaan Pembaca

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pertanyaan Pembaca
  • Menara Pengawal—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Orang yang Mencari Yehuwa Tidak Akan Kekurangan Apa-Apa yang Baik”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • “Ajarlah Aku Melakukan Kehendak-Mu”
    Menara Pengawal—2012
  • Pertanyaan Pembaca
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Menara Pengawal—2014
w14 15/9 ms. 22

PERTANYAAN PEMBACA

Adakah kata-kata Daud di Mazmur 37:25 dan pernyataan Yesus di Matius 6:33 bermaksud bahawa Yehuwa tidak akan membiarkan orang Kristian kelaparan?

Daud menulis bahawa dia ‘tidak pernah melihat orang baik ditinggalkan Yehuwa, ataupun anak mereka meminta-minta makanan.’ Dia membuat pernyataan ini berdasarkan pengalamannya. Dia yakin kepada jagaan Yehuwa. (Mzm. 37:25) Namun, kata-kata Daud tidak bermaksud bahawa tiada penyembah Yehuwa yang akan kekurangan makanan.

Daud sendiri pernah mengalami kesusahan. Contohnya, sewaktu melarikan diri daripada Raja Saul, Daud telah meminta roti untuk dirinya dan mereka yang bersamanya. (1 Sam. 21:1-6) Maka, pada masa itu, Daud memang telah “meminta-minta makanan.” Tetapi, Yehuwa tidak meninggalkannya. Bible tidak pernah menyatakan bahawa Daud terpaksa menjadi pengemis untuk mendapatkan makanan.

Di Matius 6:33 pula, Yesus memberikan jaminan bahawa mereka yang mengutamakan Kerajaan Tuhan akan mempunyai keperluan yang mencukupi. ‘Utamakanlah Pemerintahan Tuhan dan lakukanlah kehendak-Nya,’ kata Yesus, ‘lalu Tuhan akan memberikan semua itu [termasuk makanan, minuman, dan pakaian] kepada kamu.’ Namun, Yesus juga pernah berkata bahawa penganiayaan mungkin menyebabkan ‘saudaranya’ kelaparan. (Mat. 25:35, 37, 40) Hal ini telah berlaku kepada Paulus. Ada kalanya dia kelaparan dan kehausan.—2 Kor. 11:27.

Orang yang kebuluran di kem konsentrasi

Yehuwa telah berkata bahawa kita akan dianiaya. Demi menjawab tuduhan Si Iblis, Tuhan mungkin membenarkan kita mengalami kekurangan keperluan asas. (Ayb. 2:3-5) Contohnya, fikirkan saudara saudari yang telah dianiaya di kem konsentrasi Nazi. Salah satu cara kejam yang digunakan untuk mematahkan integriti mereka ialah dengan membiarkan mereka kelaparan. Namun, mereka tetap setia dan Yehuwa tidak meninggalkan mereka. Walaupun Yehuwa mengizinkan penyembah-Nya untuk mengalami penderitaan, kita boleh yakin bahawa Dia akan menyokong semua orang yang menderita demi nama-Nya. (1 Kor. 10:13) Kita boleh ingat kata-kata di Filipi 1:29, ‘Kamu sudah diberikan oleh Tuhan anugerah untuk mengabdikan diri kepada Kristus, bukan sahaja dengan percaya kepadanya, tetapi juga dengan menderita baginya.’

Yehuwa berjanji untuk menyokong penyembah-Nya. Yesaya 54:17 berkata, “Tiada senjata yang dapat mencederakan kamu.” Janji-janji sebegini menjamin bahawa umat Yehuwa secara keseluruhan akan diselamatkan. Namun, secara individu, seorang Kristian mungkin mengalami penderitaan, bahkan terkorban.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi