PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 4
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kejadian

      • Kain dan Habel (1-16)

      • Keturunan Kain (17-24)

      • Set dan anak lelakinya Enos (25, 26)

Kejadian 4:1

Rujukan Silang

  • +Kej 1:28
  • +1Yo 3:10-12; Yud 11

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Tirulah, ms. 10-11

Kejadian 4:2

Rujukan Silang

  • +Mt 23:35

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Tirulah, ms. 11-12

Kejadian 4:3

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Ibadat Sejati, ms. 16

Kejadian 4:4

Rujukan Silang

  • +Kel 13:12
  • +Ibr 11:4

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Ibadat Sejati, ms. 17-19

    Menara Pengawal,

    15/5/2015, ms. 20

    Tirulah, ms. 14

Kejadian 4:5

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Ibadat Sejati, ms. 16-17

    Tirulah, ms. 14-16

Kejadian 4:7

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Menara Pengawal,

    15/4/2014, ms. 28

Kejadian 4:8

Rujukan Silang

  • +Mt 23:35; 1Yo 3:10-12; Yud 11

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Tirulah, ms. 16

Kejadian 4:10

Rujukan Silang

  • +Ibr 12:24

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Rujukan untuk Lembaran Kerja, 7/2021, ms. 5

    Bernaunglah, ms. 90

    Kasih Tuhan, ms. 85

Kejadian 4:11

Rujukan Silang

  • +Kej 9:5

Kejadian 4:14

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Jawapan kepada Soalan Bible, rencana 127

Kejadian 4:16

Nota kaki

  • *

    Atau “tanah Nod.”

Rujukan Silang

  • +Kej 2:8

Kejadian 4:17

Rujukan Silang

  • +Kej 5:4

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Jawapan kepada Soalan Bible, rencana 127

    Menara Pengawal (Pembelajaran),

    8/2016, ms. 10

Kejadian 4:22

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “Adik perempuan.” Perkataan Ibrani yang digunakan boleh merujuk kepada adik perempuan atau kakak.

Kejadian 4:23

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Rujukan untuk Lembaran Kerja, 1/2020, ms. 5

Kejadian 4:24

Rujukan Silang

  • +Kej 4:15

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Rujukan untuk Lembaran Kerja, 1/2020, ms. 5

Kejadian 4:25

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Dilantik; Diletakkan; Ditetapkan.”

  • *

    Atau “keturunan.”

Rujukan Silang

  • +Kej 5:3; 1Ta 1:1
  • +Kej 4:8; Mt 23:35; Ibr 11:4

Kejadian 4:26

Nota kaki

  • *

    Atau “orang mula menghina nama Yehuwa.”

Rujukan Silang

  • +Kej 5:6; Lu 3:23, 38

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Ibadat Sejati, ms. 19

    Menara Pengawal (Umum),

    No. 1 2017, ms. 10

Lain

Kej. 4:1Kej 1:28
Kej. 4:11Yo 3:10-12; Yud 11
Kej. 4:2Mt 23:35
Kej. 4:4Kel 13:12
Kej. 4:4Ibr 11:4
Kej. 4:8Mt 23:35; 1Yo 3:10-12; Yud 11
Kej. 4:10Ibr 12:24
Kej. 4:11Kej 9:5
Kej. 4:16Kej 2:8
Kej. 4:17Kej 5:4
Kej. 4:24Kej 4:15
Kej. 4:25Kej 4:8; Mt 23:35; Ibr 11:4
Kej. 4:25Kej 5:3; 1Ta 1:1
Kej. 4:26Kej 5:6; Lu 3:23, 38
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kejadian 4:1-26

Kejadian

4 Adam bersetubuh dengan isterinya Hawa, lalu isterinya hamil.+ Apabila Hawa melahirkan Kain,+ dia berkata, “Aku telah melahirkan seorang anak lelaki dengan bantuan Yehuwa.” 2 Kemudian dia melahirkan Habel, iaitu adik lelaki Kain.+

Habel menjadi gembala, tetapi Kain menjadi petani. 3 Beberapa waktu kemudian, Kain membawa sebahagian daripada hasil tanamannya untuk dipersembahkan kepada Yehuwa. 4 Tetapi Habel mempersembahkan beberapa ekor anak bebiri sulung daripada kawanannya,+ termasuklah bahagian yang berlemak. Yehuwa berasa senang hati dengan Habel dan persembahannya,+ 5 tetapi Dia tidak senang hati dengan Kain dan persembahannya. Maka Kain berasa marah dan kecewa. 6 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Kain, “Mengapakah engkau begitu marah dan kecewa? 7 Jika engkau berubah dan berbuat baik, bukankah Aku akan berasa senang hati dengan engkau? Namun jika engkau tidak berubah dan tidak berbuat baik, dosa sedang menunggu di pintu dan menanti-nantikan peluang untuk menguasai engkau. Tetapi engkau harus berusaha untuk mengalahkannya.”

8 Kemudian Kain berkata kepada adiknya Habel, “Mari kita pergi ke padang.” Apabila mereka berada di padang, Kain menyerang Habel lalu membunuhnya.+ 9 Setelah itu, Yehuwa berfirman kepada Kain, “Di manakah Habel, adikmu?” Dia menjawab, “Aku tidak tahu. Aku bukan penjaganya.” 10 Maka Tuhan berfirman kepadanya, “Apakah yang sudah engkau lakukan? Dengarlah! Darah adikmu berseru kepada-Ku dari tanah seperti suara yang berseru meminta keadilan.+ 11 Engkau telah menumpahkan darah adikmu, dan tanah sudah membuka mulutnya untuk menerima darah adikmu. Oleh itu, engkau akan dikutuk dan diusir dari sini.+ 12 Jika engkau bercucuk tanam, tanah tidak akan memberikan banyak hasil. Engkau akan menjadi pelarian yang merayau-rayau di bumi.” 13 Kemudian Kain berkata kepada Yehuwa, “Hukuman itu terlalu berat bagiku. Aku tidak dapat menanggungnya. 14 Engkau mengusir aku dari sini dan dari hadapan-Mu pada hari ini. Aku akan menjadi pelarian yang merayau-rayau di bumi, dan aku akan dibunuh oleh sesiapa sahaja yang menjumpai aku.” 15 Maka Yehuwa berfirman kepada Kain, “Atas sebab itu, sesiapa yang membunuh engkau akan ditimpa balasan sebanyak tujuh kali.”

Kemudian Yehuwa menetapkan suatu tanda untuk Kain supaya sesiapa sahaja yang menjumpainya tidak membunuhnya. 16 Kemudian Kain pergi dari hadapan Yehuwa dan menetap di tanah Pembuangan,* di sebelah timur Eden.+

17 Kain bersetubuh dengan isterinya,+ dan isterinya hamil lalu melahirkan Henokh. Kemudian Kain mula membina sebuah kota, dan menamakan kota itu menurut nama anak lelakinya, Henokh. 18 Henokh kemudiannya mendapat seorang anak lelaki yang bernama Irad. Irad ialah bapa Mehuyael, Mehuyael ialah bapa Metusael, dan Metusael ialah bapa Lamekh.

19 Lamekh mempunyai dua orang isteri. Yang pertama bernama Adah dan yang kedua bernama Zilah. 20 Adah melahirkan Yabal. Yabal ialah orang pertama yang tinggal di dalam khemah dan memelihara ternakan. 21 Adiknya bernama Yubal. Yubal ialah orang pertama yang memainkan kecapi dan seruling. 22 Zilah melahirkan Tubal-kain, pembuat segala macam alat tembaga dan besi. Kakak* Tubal-kain bernama Naama. 23 Lamekh menggubah puisi berikut untuk Adah dan Zilah, iaitu isteri-isterinya:

“Dengarlah suaraku, hai isteri-isteriku;

Dengarlah kata-kataku:

Seorang lelaki telah kubunuh kerana dia melukai aku,

Ya, seorang pemuda telah kubunuh kerana dia memukul aku.

24 Jika orang yang membunuh Kain harus ditimpa balasan sebanyak 7 kali,+

Orang yang membunuhku harus ditimpa balasan sebanyak 77 kali.”

25 Adam bersetubuh lagi dengan isterinya. Maka isterinya melahirkan seorang anak lelaki dan menamakannya Set.*+ Dia berkata, “Tuhan telah memberi aku seorang anak* untuk menggantikan Habel yang dibunuh oleh Kain.”+ 26 Set pun mendapat seorang anak lelaki dan menamakannya Enos.+ Pada waktu itulah orang mula menyeru nama Yehuwa.*

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi