PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g18 No. 2 ms. 8
  • 5 Komunikasi

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 5 Komunikasi
  • Sedarlah!—2018
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MAKSUDNYA
  • MENGAPA PENTING
  • LANGKAH-LANGKAH
  • Ibu Bapa, Anak—Berkomunikasilah dengan Kasih
    Menara Pengawal—2013
  • 8 Teladan
    Sedarlah!—2018
  • Cara Mendidik Anak Anda
    Keluarga Anda Boleh Bahagia
  • Bantu Remaja Anda untuk Berjaya dalam Hidupnya
    Rahsia Kebahagiaan Keluarga
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2018
g18 No. 2 ms. 8
Ibu bapa berjalan di jambatan untuk berjumpa anak perempuan mereka

Komunikasi ialah jambatan yang menghubungkan anda dengan anak anda

IBU BAPA

5 Komunikasi

MAKSUDNYA

Komunikasi yang baik merupakan perkongsian perasaan dan fikiran secara dua hala antara anda dan anak-anak.

MENGAPA PENTING

Komunikasi mungkin menjadi susah semasa anak menjadi remaja. Dahulu anda mungkin dapat memasuki pintu hati mereka pada bila-bila masa, tetapi sekarang anda hanya dapat tunggu di luar. Ada kalanya, pintu itu langsung tidak dibuka walaupun anda asyik mengetuk. Meskipun mereka nampaknya tidak mahu bercakap, ingatlah bahawa itulah masanya mereka paling memerlukan komunikasi!

LANGKAH-LANGKAH

Ikutlah jadual masa anak anda, biarpun anda perlu bersembang dengannya sampai larut malam.

“Anda mungkin mahu kata, ‘Saya bersama kamu sepanjang hari! Kenapa sekarang baru nak cakap?’ Tetapi bukankah ibu bapa mahu anak curahkan isi hati mereka? Jadi, janganlah merungut.”​—Lisa.

“Saya hargai masa tidur, tetapi sesetengah perbualan yang terbaik bersama anak remaja saya berlaku selepas tengah malam.”​—Herbert.

PRINSIP BIBLE: “Hendaklah setiap orang sentiasa berusaha melakukan apa yang berfaedah bagi orang lain, dan bukan hanya melakukan apa yang berfaedah bagi diri sendiri.”​—1 Korintus 10:24.

Jangan tersimpang. Seorang bapa mengaku, “Ada kalanya, saya fikirkan hal-hal lain semasa anak saya tengah bercakap. Saya tak dapat tipu mereka. Mereka boleh nampak saya tidak berikan perhatian!”

Jika itulah pengalaman anda, tutuplah TV dan jangan pegang apa-apa alat elektronik. Bertumpulah kepada apa yang dikatakan anak anda, dan berikanlah sepenuh perhatian walaupun apa yang dikatakannya kedengaran remeh.

“Yakinkan anak bahawa perasaan mereka penting bagi kita. Jika tidak, mereka akan pendamkan masalah mereka atau minta bantuan orang lain.”​—Maranda.

“Tetaplah bertenang walaupun cara pemikiran anak anda itu terang-terang salah.”​—Anthony.

PRINSIP BIBLE: “Perhatikanlah cara kamu mendengar.”​—Lukas 8:18.

Bercakap dalam suasana yang relaks. Ada kalanya, anak-anak lebih selesa meluahkan isi hati jika mereka tidak bercakap bertentang mata dengan ibu bapa.

“Kami suka bercakap semasa dalam kereta. Apabila kami duduk bersebelahan dan bukannya bertentangan, perbualan yang baik terhasil.”​—Nicole.

Waktu makan juga merupakan peluang untuk bercakap dengan relaks.

“Sewaktu makan malam, kami menceritakan perkara buruk dan baik yang berlaku hari itu. Amalan ini menyatukan kami dan bantu kami sedar bahawa kami tidak hadapi masalah seorang diri.”​—Robin.

PRINSIP BIBLE: “Mesti cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata.”​—Yakobus 1:19.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi