PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • yc pelajaran 4 ms. 10-11
  • Dia Gembirakan Ayahnya dan Yehuwa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Dia Gembirakan Ayahnya dan Yehuwa
  • Ajarlah Anak Anda
  • Bahan yang Berkaitan
  • Janji Yefta
    Buku Cerita Bible Saya
  • Orang yang Setia Diperkenankan Tuhan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Janji Yefta
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Yefta—Seorang Lelaki yang Berfikiran Rohani
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
Lihat Selanjutnya
Ajarlah Anak Anda
yc pelajaran 4 ms. 10-11
Yefta meluangkan masa bersama anak perempuannya

PELAJARAN 4

Dia Gembirakan Ayahnya dan Yehuwa

Yefta berdoa kepada Yehuwa semasa tentera Israel berperang melawan musuh mereka

Apakah janji yang sedang Yefta buat kepada Yehuwa?

Yefta pulang ke rumah selepas peperangan tamat, memeluk anak perempuan dia yang keluar menyambutnya

Walaupun susah, anak perempuan Yefta tetap menepati janji ayahnya

Dapatkah adik lihat gadis dalam gambar ini?— Dia ialah anak perempuan Yefta. Bible tidak memberitahu namanya, tetapi kita tahu dia gembirakan ayahnya dan Yehuwa. Mari kita belajar tentang dia dan ayahnya, iaitu Yefta.

Yefta seorang lelaki yang baik. Dia menghabiskan banyak masa untuk mengajar anaknya tentang Yehuwa. Dia juga seorang lelaki yang kuat dan ketua yang bagus. Jadi, orang Israel memintanya untuk menjadi ketua semasa berperang melawan musuh.

Yefta berdoa supaya Tuhan membantunya untuk menang. Dia berjanji, jika dia menang, orang pertama yang keluar dari rumahnya semasa dia kembali akan diberikan kepada Yehuwa. Orang ini akan tinggal dan bekerja di khemah suci Tuhan buat seumur hidup. Pada masa itu, khemah suci ialah tempat untuk menyembah Tuhan. Yefta menang dalam peperangan itu! Tahukah adik siapa orang pertama yang keluar menyambut Yefta semasa dia kembali?—

Ya, anak perempuan Yefta! Inilah satu-satunya anak Yefta, tetapi sekarang dia perlu menghantar anaknya pergi. Yefta berasa sangat sedih. Tetapi ingatlah, dia telah membuat satu janji. Dengan serta-merta, anaknya berkata, “Ayah telah berjanji kepada Yehuwa, ayah mesti menepati janji itu.”

Anak perempuan Yefta mengumpulkan kayu untuk khemah suci; kawannya datang melawatnya

Setiap tahun, kawan-kawan anak perempuan Yefta pergi melawatnya

Anak perempuan Yefta juga berasa sedih. Di khemah suci, dia tidak boleh berkahwin dan mempunyai anak. Tetapi, dia sangat ingin menepati janji ayahnya dan gembirakan Yehuwa. Baginya ini lebih penting daripada berkahwin atau mempunyai anak. Jadi dia meninggalkan rumahnya dan tinggal di khemah suci seumur hidup.

Adakah apa yang dia buat gembirakan ayahnya dan Yehuwa?— Ya! Jika adik taat dan mengasihi Yehuwa, adik dapat jadi seperti anak perempuan Yefta. Adik juga akan gembirakan ibu bapa dan Yehuwa.

BACALAH AYAT-AYAT INI

  • Ulangan 6:4-6

  • Hakim-Hakim 11:30-40

  • 1 Korintus 7:37, 38

SOALAN:

  • Siapakah Yefta? Apakah janji yang Yefta buat?

  • Mengapakah susah bagi anak perempuan Yefta menepati janji ayahnya?

  • Apakah yang lebih penting bagi anak perempuan Yefta?

  • Bagaimanakah adik boleh meniru anak perempuan Yefta?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi