PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • yc pelajaran 11 ms. 24-25
  • Mereka Menulis tentang Yesus

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mereka Menulis tentang Yesus
  • Ajarlah Anak Anda
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dia Belajar Pengampunan daripada Tuannya
    Tirulah Iman Mereka
  • Nasihat tentang Iman, Kelakuan, dan Kasih
    Bible—Apakah Mesejnya?
  • “Orang Biasa yang Tidak Berpendidikan”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
  • Dia Setia meskipun Menghadapi Cubaan
    Tirulah Iman Mereka
Lihat Selanjutnya
Ajarlah Anak Anda
yc pelajaran 11 ms. 24-25
Mereka menulis tentang Yesus—Matius, Markus, Lukas, Yohanes, Petrus, Yakobus, Yudas, dan Paulus

PELAJARAN 11

Mereka Menulis tentang Yesus

Adakah adik lihat lelaki-lelaki dalam gambar ini?— Mereka ialah Matius, Markus, Lukas, Yohanes, Petrus, Yakobus, Yudas, dan Paulus. Mereka semua hidup pada zaman Yesus dan menulis tentang Yesus. Mari kita belajar lebih banyak tentang mereka.

Apakah yang adik tahu tentang lelaki-lelaki ini?

Tiga orang daripada mereka ialah rasul yang menginjil dengan Yesus. Tahukah adik siapa mereka?— Matius, Yohanes, dan Petrus. Rasul Matius dan Yohanes sangat mengenali Yesus. Mereka masing-masing menulis sebuah buku tentang kehidupan Yesus. Rasul Yohanes juga menulis buku yang dipanggil Wahyu. Dia juga menulis tiga surat yang dipanggil Satu Yohanes, Dua Yohanes, dan Tiga Yohanes. Rasul Petrus menulis dua surat dalam Bible. Surat itu dipanggil Satu Petrus dan Dua Petrus. Dalam surat kedua, Petrus menulis kata-kata Yehuwa mengenai Yesus. Yehuwa berkata dari syurga, “Inilah Anak-Ku. Aku mengasihinya. Aku juga bangga dengannya.”

Lelaki lain dalam gambar ini juga menulis buku yang mengajar kita tentang Yesus. Seorang daripadanya ialah Markus. Dia mungkin melihat apa yang berlaku semasa Yesus ditangkap. Seorang lagi ialah Lukas. Dia seorang doktor perubatan. Dia mungkin menjadi seorang Kristian selepas Yesus mati.

Dua lagi penulis Bible dalam gambar ini ialah adik Yesus. Siapakah nama mereka?— Mereka ialah Yakobus dan Yudas. Pada mulanya, mereka tidak percaya kepada Yesus. Mereka fikir Yesus gila. Tetapi, mereka kemudiannya percaya kepada Yesus dan menjadi orang Kristian.

Penulis Bible yang terakhir dalam gambar ini ialah Paulus. Sebelum menjadi orang Kristian, namanya Saulus. Dia benci dan sangat jahat dengan orang Kristian. Tahukah adik apa yang menyebabkan Paulus mahu menjadi orang Kristian?— Pada suatu hari, Paulus sedang dalam perjalanan ke Damsyik. Tiba-tiba, dia terdengar suara yang bercakap kepadanya dari syurga. Itu suara Yesus! Dia tanya Paulus, “Mengapakah engkau sangat jahat dengan orang yang percaya kepadaku?” Selepas itu, Paulus berubah dan menjadi orang Kristian. Paulus menulis 14 buku dalam Bible, iaitu buku Roma hingga Ibrani.

Adakah adik membaca Bible setiap hari?— Dengan membaca Bible, adik dapat belajar banyak hal tentang Yesus. Adakah adik mahu belajar lebih banyak tentang Yesus?—

BACALAH AYAT-AYAT INI

  • 2 Petrus 1:16-18

  • Markus 3:21; 14:51

  • Yudas 1

  • Kisah 9:1-18

SOALAN:

  • Siapakah rasul yang menulis tentang Yesus?

  • Siapakah dua penulis Bible yang merupakan adik Yesus?

  • Bagaimanakah Paulus menjadi orang Kristian?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi