PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • bm bahagian 25 ms. 29
  • Nasihat tentang Iman, Kelakuan, dan Kasih

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Nasihat tentang Iman, Kelakuan, dan Kasih
  • Bible—Apakah Mesejnya?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mereka Menulis tentang Yesus
    Ajarlah Anak Anda
  • Paulus Menulis kepada Sidang-Sidang Kristian
    Bible—Apakah Mesejnya?
  • Pengajaran daripada Surat Petrus yang Pertama dan Kedua
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Berjuanglah untuk Tetap Berada dalam Kebenaran
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
Lihat Selanjutnya
Bible—Apakah Mesejnya?
bm bahagian 25 ms. 29
Seorang penulis Bible menulis sepucuk surat

BAHAGIAN 25

Nasihat tentang Iman, Kelakuan, dan Kasih

Yakobus, Petrus, Yohanes, dan Yudas telah menulis surat-surat untuk menggalakkan rakan seiman mereka

YAKOBUS dan Yudas mempunyai ibu yang sama dengan Yesus, iaitu Maria. Petrus dan Yohanes adalah antara 12 rasul Yesus. Keempat-empat lelaki ini telah menulis tujuh pucuk surat yang terkandung dalam Kitab Yunani Kristian. Setiap surat dinamakan sempena penulis surat. Nasihat yang terkandung dalam surat-surat yang diilhamkan Tuhan bertujuan untuk membantu orang Kristian untuk mengekalkan integriti mereka kepada Yehuwa dan mengekalkan kesetiaan mereka kepada Kerajaan-Nya.

Perlihatkan iman. Pengakuan bahawa seseorang memiliki iman tidak mencukupi. Iman yang sebenar mesti disertai perbuatan. “Oleh itu,” tulis Yakobus, “iman tanpa perbuatan adalah iman yang sia-sia!” (Yakobus 2:26) Perbuatan yang berteraskan iman semasa menghadapi cubaan membantu seseorang untuk memupuk ketabahan. Jika seseorang Kristian ingin menghadapi cubaan dengan jayanya, dia harus memohon kebijaksanaan daripada Tuhan dan dia perlu yakin bahawa Tuhan akan memberikan kebijaksanaan kepadanya. Ketabahan membawa perkenan Tuhan. (Yakobus 1:2-6, 12) Jika penyembah Tuhan mengekalkan integriti dan kepercayaannya, Tuhan Yehuwa akan membalas baik usahanya. “Hampirilah [Tuhan],” kata Yakobus, “dan [Tuhan] pun akan menghampiri kamu.”​—Yakobus 4:8.

Iman seorang Kristian mestilah cukup teguh untuk membantunya melawan godaan dan pengaruh-pengaruh buruk. Persekitaran Yudas yang diselubungi dengan akhlak yang buruk mendorongnya untuk menggesa orang Kristian yang lain supaya “terus berjuang untuk iman.”​—Yudas 3.

Kekalkan kelakuan yang murni. Yehuwa menuntut supaya penyembah-Nya menjadi suci, iaitu bersih dari semua aspek. Petrus menulis, “Hendaklah kamu suci dalam segala sesuatu yang kamu lakukan . . . Di dalam Alkitab tertulis, ‘Hendaklah kamu suci, kerana Aku [Yehuwa] suci.’” (1 Petrus 1:15, 16) Orang Kristian diberi suri teladan yang baik. Petrus berkata, “Kristus sendiri sudah menanggung penderitaan untuk kamu, dan memberi kamu satu teladan, supaya kamu mengikut jejaknya.” (1 Petrus 2:21) Mungkin orang Kristian akan menderita kerana berpegang teguh pada piawaian Tuhan. Namun, mereka akan mempunyai hati nurani yang murni. (1 Petrus 3:16, 17) Petrus menggalakkan orang Kristian supaya melimpah-limpah dalam kelakuan suci dan perbuatan yang mencerminkan kasih mereka terhadap Tuhan seraya menunggu hari penghakiman Tuhan dan dunia baru yang “terdapat keadilan.”​—2 Petrus 3:11-13.

‘Hampirilah Tuhan, dan Tuhan pun akan menghampiri kamu.’​—Yakobus 4:8

Perlihatkan kasih. “[Tuhan] itu kasih,” tulis Yohanes. Rasul ini menunjukkan bahawa Tuhan memperlihatkan kasih-Nya yang agung dengan “mengutus Anak-Nya supaya melalui dia dosa kita diampunkan.” Orang Kristian harus digerakkan untuk melakukan apa? Yohanes menjelaskan, “Sahabat-sahabat yang aku kasihi, jika [Tuhan] sangat mengasihi kita, kita pun harus saling mengasihi.” (1 Yohanes 4:8-11) Salah satu cara orang Kristian boleh menunjukkan kasih sedemikian adalah dengan bersikap ramah dan suka menyambut rakan seiman ke rumah.​—3 Yohanes 5-8.

Tetapi, bagaimanakah penyembah Yehuwa boleh memperlihatkan kasih mereka kepada-Nya? Yohanes menjawab soalan itu dengan menyatakan, “Apabila kita mentaati perintah [Tuhan], maka kita mengasihi [Tuhan]. Perintah-Nya pun tidak terlalu susah bagi kita.” (1 Yohanes 5:3; 2 Yohanes 6) Mereka yang mentaati Tuhan diberi kepastian bahawa mereka akan terus dikasihi oleh-Nya dan diberi harapan untuk “hidup sejati dan kekal.”​—Yudas 21.

​—Berdasarkan Yakobus; 1 Petrus; 2 Petrus; 1 Yohanes; 2 Yohanes; 3 Yohanes; Yudas.

  • Bagaimanakah seorang Kristian dapat memperlihatkan iman?

  • Apakah tuntutan Tuhan berhubung kelakuan penyembah-penyembah-Nya?

  • Bagaimanakah seseorang boleh memperlihatkan bahawa dia benar-benar mengasihi Tuhan?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi