PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w10 1/10
  • 1 Mengapa Penting?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 1 Mengapa Penting?
  • Menara Pengawal—2010
  • Bahan yang Berkaitan
  • Hampiri Tuhan melalui Doa
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Doa—Penghormatan yang Istimewa
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Menghampiri Tuhan Melalui Doa
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Mendekati Tuhan Melalui Doa
    Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2010
w10 1/10

1 Mengapa Penting?

DOA. Antara banyak topik Bible, doa ialah topik yang sering dibincangkan oleh orang. Rencana ini akan mengulas tujuh soalan yang biasa ditanyakan tentang doa. Anda dapat belajar cara berdoa dan cara meningkatkan mutu doa anda.

DALAM setiap budaya dan agama, orang sering berdoa, sama ada secara bersendirian atau bersama orang lain. Ada yang berdoa di rumah, gereja, kuil, tokong, dan tempat lain. Mereka mungkin menggunakan tikar doa, rosary, buku doa, kemenyan, atau gambar dan berhala semasa berdoa.

Adakah semua makhluk hidup di bumi mempunyai keperluan untuk berdoa? Tidak. Manusia memang ada persamaan dengan binatang. Contohnya, kita memerlukan makanan, air, dan udara untuk hidup. Bible juga kata bahawa manusia dan binatang ada kesudahan yang sama. (Pengkhutbah 3:19) Namun, hanya manusia yang berdoa. Mengapa?

Hal ini kerana manusia diciptakan dengan keperluan ini. Bible kata, “Berbahagialah orang yang sedar akan keperluan rohani mereka.” (Matius 5:3) Ya, manusia ada keinginan untuk mengenali dan bergantung pada kuasa yang kekal dan jauh lebih kuat daripada kita.​—Pengkhutbah 3:11.

Hal ini jelas dibuktikan melalui alat-alat doa dan rumah ibadat yang ada di merata tempat. Orang daripada pelbagai latar belakang meluangkan banyak masa untuk berdoa. Namun, ada yang cuba memuaskan keperluan rohani mereka dengan bergantung pada diri sendiri atau orang lain. Adakah cara ini berkesan? Kita hanyalah insan yang lemah dan kuasa kita terbatas. Jadi, kita memerlukan individu yang lebih bijak, berkuasa, dan yang wujud selama-lamanya untuk bantu kita.

Sebagai contoh, pernahkah anda mencari-cari jawapan kepada soalan tentang kehidupan dan pedoman yang dapat dipercayai? Adakah anda menginginkan kelegaan hati semasa dilanda cabaran atau apabila orang yang disayangi meninggal? Pernahkah anda menginginkan pengampunan kerana telah melakukan dosa yang besar?

Menurut Bible, itulah sebab-sebab untuk berdoa. Bible mengandungi banyak doa lelaki dan wanita yang setia. Ada antara mereka yang memohon kelegaan, bimbingan, pengampunan, dan untuk mencari jawapan tentang kehidupan.​—Mazmur 23:3; 71:21; Daniel 9:4, 5, 19; Habakuk 1:3.

Melalui doa-doa mereka, anda akan perhatikan satu persamaan yang penting. Hal itu adalah kunci untuk memastikan doa anda dijawab. Mari lihat apa kuncinya.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi