PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w13 1/11
  • Dusta 3: Tuhan Itu Kejam

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Dusta 3: Tuhan Itu Kejam
  • Menara Pengawal—2013
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah Neraka Wujud? Apakah Itu Neraka Menurut Bible?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Siapakah yang Pergi ke Neraka?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Menara Pengawal—2013
w13 1/11

TOPIK UTAMA | DUSTA YANG MENGHALANG KITA MENGASIHI TUHAN

Dusta 3: Tuhan Itu Kejam

APA ORANG PERCAYA

“Selepas mati, jiwa atau roh orang yang berdosa akan dihukum dalam ‘api neraka untuk selama-lamanya.’” (Catechism of the Catholic Church) Menurut sesetengah pemimpin agama, neraka merupakan keadaan di mana seseorang terpisah sepenuhnya daripada Tuhan.

KEBENARAN BIBLE

Bible kata, “Jiwa yang berdosa, dialah yang akan mati.” (Yehezkiel 18:4, nota kaki) “Orang mati tidak tahu apa-apa pun.” (Pengkhutbah 9:5) Jika demikian, mungkinkah seseorang menderita selama-lamanya di api neraka atau kerana terpisah daripada Tuhan?

Dalam Bible, perkataan Ibrani dan Yunani yang sering diterjemahkan sebagai “neraka” sebenarnya merujuk kepada kuburan umum manusia. Sebagai contoh, semasa Ayub menderita, dia berdoa, “Hanya sekiranya Engkau menyembunyikan aku di alam kubur [“di neraka,” Versi Douay-Rheims].” (Ayub 14:13, Alkitab Versi Borneo) Mungkinkah Ayub sedang minta Tuhan untuk menyeksanya buat selama-lamanya? Pasti tidak! Sebaliknya, dia mahu “rehat” di kuburan.

MENGAPA PENTING

Jika Tuhan kejam, kita pasti menjauhi-Nya. “Sejak lahir, saya diajar tentang neraka,” kata Rocío yang tinggal di Mexico. “Saya sangat takut Tuhan. Saya tidak rasa Dia ada sifat-sifat yang baik. Saya sangka Dia pemarah dan tidak bertimbang rasa.”

Kebenaran Bible tentang penghakiman Tuhan dan keadaan orang mati mengubah pandangan Rocío terhadap Tuhan. “Saya rasa bebas, seolah-olah beban yang berat diangkat dari bahu saya,” katanya. “Saya mula percaya bahawa Tuhan mahukan yang terbaik bagi kita. Dia mengasihi kita dan saya pun dapat mengasihi-Nya. Dia seperti bapa penyayang yang selalu di sisi anaknya.”​—Yesaya 41:13.

Banyak orang menyembah Tuhan kerana mereka takut dihukum di neraka. Tetapi Tuhan tidak mahu kita menyembah-Nya kerana didorong oleh rasa takut. Yesus kata, “Kamu mesti mengasihi Yehuwa, Tuhanmu.” (Markus 12:29, 30) Tambahan lagi, apabila kita sedar bahawa Tuhan tidak bertindak dengan kejam, kita dapat percaya bahawa Dia akan menghakimi dengan saksama. Seperti sahabat Ayub yang bernama Elihu, kita juga dapat kata dengan yakin, “Mustahil bagi Tuhan yang benar untuk melakukan hal yang jahat; Dia Yang Maha Kuasa pasti tidak akan berbuat salah!”​—Ayub 34:10.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi