PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w13 1/11 ms. 7
  • Kebenaran Dapat Membebaskan Anda

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kebenaran Dapat Membebaskan Anda
  • Menara Pengawal—2013
  • Bahan yang Berkaitan
  • Sebabnya Orang Susah Mengasihi Tuhan
    Menara Pengawal—2013
  • Adakah Kebenaran Masih Penting?
    Topik-Topik Lain
  • Surat daripada Badan Pimpinan
    Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan
  • Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Orang Kristian Sejati?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2013
w13 1/11 ms. 7

TOPIK UTAMA | DUSTA YANG MENGHALANG KITA MENGASIHI TUHAN

Kebenaran Dapat Membebaskan Anda

Semasa di Yerusalem, Yesus bercakap tentang Bapa-Nya Yehuwa dan mendedahkan perbuatan salah pemimpin agama. (Yohanes 8:12-30) Apa yang dikatakan oleh Yesus sangat penting. Dia berkata, “Jika kamu sentiasa mematuhi ajaranku, kamu benar-benar ialah muridku. Kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan membebaskan kamu.”​—Yohanes 8:31, 32.

Menurut Yesus, jika kita ‘sentiasa mematuhi ajarannya,’ kita akan menemui kebenaran. Maka, kita harus sentiasa membandingkan apa yang dipelajari dengan ajaran Yesus dan Bible supaya kita tahu sama ada hal itu benar atau tidak. Itulah yang dilakukan oleh orang yang mendengar ajaran Rasul Paulus. Mereka “mengkaji Ayat-Ayat Suci dengan teliti untuk memastikan sama ada apa yang didengar oleh mereka itu benar atau tidak.”​—Kisah 17:11.

Marco, Rosa, dan Raymonde yang disebut tadi telah memeriksa kepercayaan mereka semasa mempelajari Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa. Apakah hasilnya?

Marco: “Guru Bible saya guna Bible untuk jawab setiap soalan yang saya dan isteri saya tanya. Apa yang kami belajar bantu kami semakin mengasihi Yehuwa dan hubungan kami sebagai suami isteri juga semakin rapat.”

Rosa: “Pada mulanya, saya fikir Bible hanya sebuah buku yang mengandungi ajaran dan pandangan manusia tentang Tuhan. Secara beransur-ansur, saya dapat jawapan kepada soalan-soalan saya dalam Bible. Sekarang bagi saya, Yehuwa betul-betul wujud dan saya boleh percaya Dia dengan sepenuhnya.”

Raymonde: “Saya berdoa kepada Tuhan untuk bantu saya mengenali-Nya. Tidak lama kemudian, saya dan suami saya mula belajar Bible. Akhirnya, kami belajar kebenaran tentang Yehuwa. Sifat-sifat-Nya sangat menyentuh hati kami.”

Sebenarnya, Bible tidak sekadar mendedahkan dusta yang disebarkan tentang Tuhan. Buku yang diilhami Tuhan ini juga mengajar kita sifat-sifat-Nya yang mengagumkan. Selain itu, kita dapat “mengetahui perkara-perkara yang dikurniakan oleh Tuhan” kepada kita. (1 Korintus 2:12) Lihatlah sendiri bagaimana Bible dapat menjawab soalan yang penting tentang Tuhan, tujuan-Nya, dan masa depan kita. Jawapan kepada sesetengah soalan ini boleh didapati di bawah “Ajaran Bible > Jawapan kepada Soalan Bible” di www.pr2711.com. Anda juga dapat mohon pembelajaran Bible daripada laman web ini atau daripada salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Hasilnya, anda akan lebih mengenali Tuhan dan mengasihi-Nya.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi