PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w14 1/10 ms. 3
  • Mengapakah Belajar tentang Kerajaan Tuhan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengapakah Belajar tentang Kerajaan Tuhan?
  • Menara Pengawal—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Datanglah Kerajaan-Mu”—Doa yang Diucapkan Jutaan Orang
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Kebenaran tentang Kerajaan Tuhan
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Apa Itu Kerajaan Tuhan?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Adakah Kerajaan Tuhan Ada Di Dalam Hati Anda?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2014
w14 1/10 ms. 3
Orang dari pelbagai bangsa belajar tentang Kerajaan Tuhan

TOPIK UTAMA | KERAJAAN TUHAN​—APAKAH MANFAATNYA BAGI ANDA?

Mengapakah Belajar tentang Kerajaan Tuhan?

Jutaan orang di serata dunia berharap pada Kerajaan Tuhan. Mereka mengikut teladan Yesus yang mengajar pengikutnya untuk berdoa, “Datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak-Mu di bumi.”—Matius 6:10, Alkitab Terjemahan Baru.

Walaupun ramai orang berminat tentang Kerajaan Tuhan, kebanyakan agama tidak menitikberatkan hal itu. Seorang sejarawan, H. G. Wells menyatakan bahawa Yesus “memberikan banyak perhatian . . . kepada ajaran mengenai Kerajaan Syurga.” Namun, ajaran ini “tidak dianggap penting . . . di kebanyakan gereja Kristian,” kata Wells.

Sebaliknya, Saksi-Saksi Yehuwa berbeza. Kami menekankan kepentingan Kerajaan Tuhan. Cuba fikirkan, majalah yang sedang anda baca sekarang diterbitkan dalam 220 bahasa. Setiap bulan, kira-kira 46 juta naskhah dicetak dan majalah ini mempunyai edaran yang paling luas di dunia. Apakah mesej utama majalah ini? Mesej utamanya adalah tentang Kerajaan Yehuwa.a

Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa mencurahkan begitu banyak usaha untuk menyebar tentang Kerajaan Tuhan? Kami percaya bahawa Kerajaan Tuhan merupakan mesej utama dalam Bible. Selain itu, kami yakin bahawa hanya Kerajaan Tuhan dapat menyelesaikan semua masalah yang dihadapi manusia.

Saksi-Saksi Yehuwa berusaha mengikut teladan Yesus untuk menghalakan perhatian orang kepada Kerajaan Tuhan. Semasa Yesus di bumi, Kerajaan Tuhan merupakan fokus utama dalam kehidupan dan kerja penyebarannya. (Lukas 4:43) Mengapakah Kerajaan Tuhan begitu penting bagi Yesus? Apakah manfaat Kerajaan Tuhan bagi anda? Kami menjemput anda untuk mendapatkan jawapannya dalam rencana-rencana yang berikut.

a Yehuwa ialah nama Tuhan seperti yang tercatat di dalam Bible.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi