PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w14 1/10 ms. 8-9
  • Kerajaan Tuhan—Apakah Manfaatnya bagi Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kerajaan Tuhan—Apakah Manfaatnya bagi Anda?
  • Menara Pengawal—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kerajaan Tuhan—Mengapa Penting bagi Yesus
    Menara Pengawal—2014
  • Jawapan Bible
    Menara Pengawal—2014
  • Sokonglah Kerajaan Tuhan Sekarang!
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • “Datanglah Kerajaan-Mu”—Doa yang Diucapkan Jutaan Orang
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2014
w14 1/10 ms. 8-9
Sepasang suami isteri belajar mengenai Kerajaan Tuhan melalui pembelajaran Bible

TOPIK UTAMA | KERAJAAN TUHAN​—APAKAH MANFAATNYA BAGI ANDA?

Kerajaan Tuhan​—Apakah Manfaatnya bagi Anda?

Berdasarkan dua rencana yang sebelumnya, anda pasti sedar bahawa Kerajaan Tuhan sangat penting bagi Saksi-Saksi Yehuwa. Anda mungkin tertarik dengan berkat yang akan dibawa oleh Kerajaan Tuhan. Tetapi, anda juga mungkin tertanya-tanya sama ada semua janji ini benar atau tidak.

Anda mungkin berhati-hati agar tidak terus mempercayai apa-apa sahaja yang anda dengar. Hal itu memang bijak. (Amsal 14:15) Sikap anda sama seperti sikap orang di Berea.a Setelah mendengar berita baik tentang Kerajaan Tuhan, orang di Berea tidak percaya secara membuta tuli, tetapi mereka mengkaji Bible dengan teliti ‘untuk mengetahui sama ada ajaran itu benar.’ (Kisah 17:11) Maksudnya, orang di Berea membandingkan apa yang mereka dengar dengan ayat-ayat Bible. Selepas itu, barulah mereka berasa yakin bahawa berita baik itu memang berdasarkan Firman Tuhan.

Saksi-Saksi Yehuwa dengan ikhlas menjemput anda untuk berbuat demikian. Kami menawarkan pembelajaran Bible secara percuma. Anda boleh membandingkan ajaran Saksi-Saksi Yehuwa dengan ajaran Bible.

Selain daripada mempelajari tentang Kerajaan Tuhan, pembelajaran Bible juga dapat membantu anda untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan penting dalam hidup.

  • Dari manakah asal usul kita?

  • Apakah tujuan hidup kita?

  • Mengapakah Tuhan mengizinkan penderitaan?

  • Apakah yang berlaku apabila kita mati?

  • Adakah bumi akan binasa?

  • Apakah kunci kebahagiaan keluarga?

Yang penting sekali, pembelajaran Bible akan membantu anda untuk ‘menghampiri Tuhan.’ (Yakobus 4:8) Semakin anda menghampiri Tuhan, semakin anda yakin bahawa Kerajaan Tuhan memang bermanfaat bagi anda bukan sahaja sekarang tetapi untuk selama-lamanya. Yesus berdoa kepada Bapanya, ‘Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal.’—Yohanes 17:3.

Saksi-Saksi Yehuwa boleh menggunakan buku ini untuk mengadakan pembelajaran Bible dengan anda.

Untuk mendapatkan pembelajaran Bible secara percuma, sila hubungi Saksi-Saksi Yehuwa atau isi borang di laman web www.jw.org/ms. (Lihat DAPATKAN PEMBELAJARAN BIBLE di laman utama)

a Berea ialah sebuah kota di Makedonia kuno.

Mengapa Kerajaan Tuhan Penting baginya

Folake

Baru-baru ini, seorang pelajar perempuan bernama Folake yang berumur 10 tahun ditugaskan untuk menulis karangan yang bertajuk, “Perkara yang Paling Saya Suka di Dunia.” Folake memilih untuk menulis mengenai mengapa dia suka memberitahu orang tentang Kerajaan Tuhan.

“Kerajaan Tuhan benar-benar wujud,” tulis Folake. “Tetapi kamu tidak dapat melihatnya, walaupun kamu memakai cermin mata!”

Folake menerangkan berkat-berkat yang dia nanti-nantikan dan masalah yang akan diselesaikan oleh Kerajaan Tuhan. Dia menulis, “Saya sedih melihat orang yang tiada rumah dan tinggal di jalanan” serta “budak kecil di merata dunia yang mati akibat kebuluran.” Dia menambah, “Selepas membaca Yesaya 65:21, saya berasa gembira.” Ayat itu berjanji bahawa di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan, ‘orang yang membina rumah akan mendiaminya. Mereka yang menanam pokok anggur akan menikmati hasilnya.’

Folake juga berkata bahawa dia menanti-nantikan masanya apabila Kerajaan Tuhan akan menghapuskan segala penyakit. Dalam karangannya, dia memetik ayat dari Wahyu 21:4, yang menyatakan bahawa Tuhan “akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan.” Dalam kesimpulan karangannya, dia menulis bahawa bercakap tentang Yehuwa dan Kerajaan-Nya adalah perkara yang paling dia suka di dunia. Jelaslah bahawa Kerajaan Tuhan merupakan sesuatu yang sangat istimewa baginya!

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi