PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp20 No. 2 ms. 14-15
  • Sokonglah Kerajaan Tuhan Sekarang!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Sokonglah Kerajaan Tuhan Sekarang!
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • ADAKAH ANDA AKAN MENGUTAMAKAN KERAJAAN TUHAN?
  • Matius 6:33—‘Utamakanlah Pemerintahan Tuhan’
    Ayat Bible Dijelaskan
  • Apa Itu Kerajaan Tuhan?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Apakah Ajaran Bible?
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Kebenaran tentang Kerajaan Tuhan
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
wp20 No. 2 ms. 14-15
Seorang lelaki berdoa sebelum membaca Bible.

Sokonglah Kerajaan Tuhan Sekarang!

Bayangkan kawasan anda bakal dilanda ribut yang dahsyat. Pihak kerajaan sudah memberikan amaran: “CARILAH TEMPAT YANG SELAMAT SEKARANG!” Apakah yang akan anda lakukan? Sudah pasti anda akan berlindung di tempat yang selamat.

Sebenarnya, satu “ribut” yang amat dahsyat bakal berlaku. Yesus menggambarkannya sebagai “kesengsaraan besar.” (Matius 24:21) Kita tidak dapat mengelakkan peristiwa itu, tetapi kita dapat melakukan sesuatu agar dilindungi. Apakah yang dapat kita lakukan?

Dalam Ceramah Di Atas Gunung, Yesus Kristus berkata, “Hendaklah kamu sentiasa mengutamakan Kerajaan Tuhan dan apa yang benar di mata-Nya.” (Matius 6:33) Bagaimanakah kita dapat mematuhi arahan Yesus?

Mengutamakan Kerajaan Tuhan. Maksudnya, Kerajaan Tuhan harus menjadi hal yang terpenting dalam hidup kita. (Matius 6:25, 32, 33) Mengapa? Kerana manusia tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Hanya Kerajaan Tuhan yang dapat menyelesaikannya.

Mengutamakan apa yang benar di mata Tuhan. Kita patut berusaha sedaya upaya untuk mematuhi hukum dan prinsip Tuhan. Mengapa? Jika kita ingin menentukan apa yang betul dan salah bagi diri sendiri, kita sedang mengundang masalah. (Amsal 16:25) Tetapi jika kita hidup menurut perintah Tuhan, kita bukan sahaja akan menyenangkan hati-Nya, tetapi juga akan meraih banyak manfaat.​—Yesaya 48:17, 18.

Sentiasa mengutamakan Kerajaan Tuhan dan apa yang benar di mata-Nya. Yesus berkata bahawa sesetengah orang mungkin tersimpang dan berfikir bahawa mereka akan selamat sekiranya mereka memiliki banyak wang. Yang lain pula mungkin begitu runsing dengan masalah hidup sehingga tiada masa untuk mengutamakan Kerajaan Tuhan.​—Matius 6:19-21, 25-32.

Yesus berjanji bahawa jika kita menyokong Kerajaan Tuhan, keperluan kita sekarang akan dijaga, dan kita akan menikmati berkat yang tidak terhingga pada masa depan.​—Matius 6:33.

Murid-murid Yesus pada abad pertama berusaha mengutamakan Kerajaan Tuhan dan apa yang benar di mata-Nya. Meskipun mereka tidak melihat akhir segala kesusahan dan penderitaan, mereka tetap dilindungi. Bagaimana?

Oleh sebab mereka mematuhi piawaian Tuhan, mereka dilindungi daripada masalah yang menimpa orang yang melanggar hukum Tuhan. Mereka yakin sepenuhnya bahawa Kerajaan Tuhan akan datang, dan keyakinan itu membantu mereka tetap tabah bahkan semasa dilanda dugaan yang paling berat. Mereka berjaya menghadapi pelbagai masalah kerana Tuhan telah memberi mereka “kuasa luar biasa.”​—2 Korintus 4:7-9.

ADAKAH ANDA AKAN MENGUTAMAKAN KERAJAAN TUHAN?

Orang Kristian abad pertama mematuhi arahan Yesus untuk mengutamakan Kerajaan Tuhan. Mereka menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan ke merata tempat. (Kolose 1:23) Adakah sesiapa yang berbuat demikian pada zaman ini?

Ya! Saksi-Saksi Yehuwa sedar bahawa tidak lama lagi, Kerajaan Tuhan akan mengakhiri kejahatan di dunia ini. Jadi, mereka berusaha sedaya upaya untuk melakukan kerja yang disebutkan oleh Yesus: “Berita baik tentang Kerajaan Tuhan akan disebarkan ke seluruh bumi sebagai kesaksian kepada semua bangsa. Kemudian, barulah akhir akan datang.”​—Matius 24:14.

Apakah reaksi anda setelah mendengar berita baik itu? Kami menggesa anda untuk meniru sikap orang Berea abad pertama. Semasa Rasul Paulus menyampaikan berita baik tentang Kerajaan Tuhan, mereka “sangat sudi” menerimanya. Mereka juga “mengkaji Ayat-Ayat Suci dengan teliti” untuk memastikan bahawa mesej yang disampaikan itu memang benar. Kemudian, mereka bertindak selaras dengan apa yang dipelajari mereka.​—Kisah 17:11, 12.

Jutaan orang di serata dunia sedang menyokong Kerajaan Tuhan

  1. Saksi-Saksi Yehuwa menginjil kepada seorang lelaki.

    Mendengar berita baik Kerajaan Tuhan

  2. Lelaki itu belajar Bible dengan salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa.

    Mengkaji Bible dengan teliti

  3. Lelaki itu menghadiri perjumpaan di Dewan Perjumpaan.

    Cari kawan yang menyokong Kerajaan Tuhan

  4. Lelaki itu berdoa sebelum membaca Bible.

    Tunjukkan bahawa anda ingin sembah Tuhan

Anda juga dapat melakukan hal yang sama. Jika anda mengutamakan Kerajaan Tuhan dan apa yang benar di mata-Nya, anda akan dilindungi sekarang dan menikmati masa depan yang damai dan selamat.

Untuk maklumat lanjut tentang kegiatan Saksi-Saksi Yehuwa, sila layari laman web kami, jw.org/ms.

Maklumat disediakan dalam lebih daripada 1,000 bahasa.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi