PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w15 1/10 ms. 3
  • Mengapakah Orang Berdoa?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengapakah Orang Berdoa?
  • Menara Pengawal—2015
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mendekati Tuhan Melalui Doa
    Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
  • Doa—Penghormatan yang Istimewa
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Hampiri Tuhan melalui Doa
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Apakah Caranya untuk Berdoa agar Didengari Tuhan?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2015
w15 1/10 ms. 3

TOPIK UTAMA | APAKAH MANFAATNYA BERDOA?

Mengapakah Orang Berdoa?

“Saya seorang kaki judi. Saya berdoa supaya mendapat banyak wang. Tetapi hal itu tidak pernah berlaku.”—Samuel,a Kenya.

“Di sekolah, kami membaca doa yang telah kami hafal.”—Teresa, Filipina.

“Saya berdoa apabila saya menghadapi masalah. Saya berdoa agar dosa saya diampunkan dan agar dapat menjadi orang Kristian yang lebih baik.”—Magdalene, Ghana.

1. Seorang lelaki berdoa semasa berjudi; 2. Seorang gadis berdoa semasa di sekolah; 3. Seorang wanita berdoa

Kata-kata Samuel, Teresa, dan Magdalene menunjukkan bahawa orang berdoa kerana banyak sebab. Sesetengah orang berdoa atas sebab yang lebih murni daripada orang lain. Ada yang berdoa dengan sepenuh hati, ada pula yang berdoa tanpa perasaan. Namun, tidak kira mereka berdoa untuk peperiksaan, pasukan sukan kegemaran mereka, bimbingan Tuhan dalam keluarga, atau sebab-sebab lain, jutaan orang berasa bahawa doa itu penting. Kajian menunjukkan bahawa orang yang tidak beragama juga berdoa.

Adakah anda berdoa? Jika ya, apakah yang anda doakan? Tidak kira anda memiliki kebiasaan untuk berdoa atau tidak, anda mungkin berfikir, “Apakah manfaatnya untuk berdoa? Adakah doa saya didengari?” Seorang penulis menyatakan bahawa doa merupakan “suatu bentuk rawatan.” Sesetengah pakar perubatan juga memiliki pandangan yang serupa. Mereka menganggap doa seperti suatu “rawatan alternatif.” Jadi adakah doa suatu perkara yang sia-sia, atau hanya suatu bentuk rawatan?

Bible menunjukkan bahawa doa bukan sekadar suatu bentuk rawatan. Sebaliknya, Bible menyatakan bahawa jika kita berdoa dalam cara yang betul dan untuk perkara yang sesuai, doa kita akan didengari. Adakah hal ini benar? Mari kita lihat buktinya.

a Sesetengah nama telah diubah.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi