PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w15 15/11 ms. 21-25
  • Adakah Anda ‘Mengasihi Orang Lain seperti Diri Sendiri’?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Anda ‘Mengasihi Orang Lain seperti Diri Sendiri’?
  • Menara Pengawal—2015
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KASIHI PASANGAN HIDUP ANDA
  • MENGASIHI SAUDARA SAUDARI
  • “KUMPULAN BESAR MANUSIA” DIKUMPULKAN
  • SENTIASA MENGASIHI ORANG LAIN
  • “Kasihilah Sesama Manusia seperti Kamu Mengasihi Dirimu Sendiri”
    Menara Pengawal—2014
  • “Hendaklah Hidup Kamu Sentiasa Disertai Kasih”
    Hampirilah Yehuwa
  • ‘Kasihilah Yehuwa Tuhanmu’
    Menara Pengawal—2014
  • Kasih—Sifat yang Bernilai
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
Menara Pengawal—2015
w15 15/11 ms. 21-25
Beberapa orang lelaki bekerja bersama untuk mengeluarkan sebuah kereta daripada lumpur

Adakah Anda ‘Mengasihi Orang Lain seperti Diri Sendiri’?

“Kamu mesti mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri.”—MAT. 22:39.

LAGU: 73, 36

DAPATKAH ANDA MENJAWAB?

  • Mengapakah kita harus mencerminkan kasih Yehuwa?

  • Mengapakah kasih penting dalam perkahwinan?

  • Bagaimanakah umat Tuhan menunjukkan kasih kepada orang lain?

1, 2. Bagaimanakah Bible menunjukkan bahawa kasih itu penting?

KASIH merupakan sifat utama Tuhan Yehuwa. (1 Yoh. 4:16) Ciptaan pertama-Nya, iaitu Yesus Kristus telah hidup bersama Bapanya selama berbilion-bilion tahun. Dia tahu bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang pengasih. (Kol. 1:15) Sepanjang hayat Yesus, sama ada di syurga atau di bumi, Yesus menunjukkan kasih yang serupa. Jadi kita boleh yakin bahawa Yehuwa dan Yesus akan sentiasa menunjukkan kasih semasa memerintah.

2 Apabila Yesus ditanya tentang hukum yang terpenting, dia berkata, “‘Kamu mesti mengasihi Yehuwa, Tuhanmu, dengan segenap hati, dengan segenap jiwa, dan dengan segenap akal.’ Inilah hukum pertama dan hukum yang terpenting. Hukum kedua, yang hampir sama dengannya ialah: ‘Kamu mesti mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri.’”—Mat. 22:37-39.

3. “Orang lain” merujuk kepada siapa?

3 Menunjukkan kasih dalam hubungan kita dengan orang lain sangat penting. Yesus berkata bahawa kita harus mengasihi Yehuwa dan mengasihi orang lain. Namun, siapakah “orang lain” yang dimaksudkan? Jika kita sudah berkahwin, orang lain merujuk kepada suami atau isteri kita. Orang lain juga merujuk kepada saudara saudari serta orang yang kita jumpa semasa aktiviti penyebaran. Dalam rencana ini, kita akan belajar tentang cara menunjukkan kasih kepada mereka.

KASIHI PASANGAN HIDUP ANDA

4. Walaupun kita tidak sempurna, bagaimanakah sebuah perkahwinan boleh berjaya?

4 Yehuwa telah menciptakan Adam dan Hawa, serta menyatukan mereka. Itulah perkahwinan pertama. Tuhan ingin mereka menikmati perkahwinan yang bahagia dan memenuhi bumi dengan anak-anak mereka. (Kej. 1:27, 28) Namun, perkahwinan mereka retak setelah mereka mengingkari Yehuwa. Selain itu, dosa dan kematian diwariskan kepada semua keturunan mereka. (Rm. 5:12) Walaupun begitu, perkahwinan pada hari ini boleh berjaya. Pengasas perkahwinan, iaitu Yehuwa telah memberi suami dan isteri nasihat yang terbaik di dalam Bible.—Baca 2 Timotius 3:16, 17.

5. Mengapakah kasih penting dalam perkahwinan?

5 Bible menunjukkan bahawa kasih yang hangat penting bagi hubungan yang bahagia. Hal ini sangat penting dalam perkahwinan. Semasa menulis tentang kasih sejati, rasul Paulus berkata, “Kasih itu sabar dan baik hati. Kasih tidak cemburu, tidak bercakap besar, tidak menjadi angkuh, tidak bersikap biadab, tidak mementingkan diri sendiri, dan tidak cepat naik marah. Kasih tidak menyimpan dendam apabila dilukai. Kasih tidak bersukacita atas perkara yang salah, tetapi bersukacita atas perkara yang benar. Kasih menanggung segala beban, mempercayai segala sesuatu, tidak hilang harapan, dan menghadapi segala sesuatu dengan tabah. Kasih itu abadi.” (1 Kor. 13:4-8) Jika kita merenungkan kata-kata Paulus dan menerapkannya, kita boleh menikmati perkahwinan yang bahagia.

Seorang suami membantu isterinya untuk mencuci baju dalam besen

Bible memberitahu kita cara untuk menikmati perkahwinan yang bahagia (Lihat perenggan 6, 7)

6, 7. (a) Apakah yang Bible katakan tentang kekepalaan? (b) Bagaimanakah seorang suami harus memperlakukan isterinya?

6 Yehuwa telah memutuskan siapa yang menjadi ketua keluarga. Paulus menjelaskan, “Aku mahu kamu tahu bahawa Kristus ialah kepala setiap lelaki; lelaki ialah kepala wanita; dan Tuhan ialah kepala Kristus.” (1 Kor. 11:3) Tetapi, Yehuwa ingin para suami menjadi ketua yang pengasih, bukannya kasar atau kejam. Yehuwa merupakan Ketua yang baik dan tidak mementingkan diri. Itulah sebabnya Yesus menghormati kekuasaan Tuhan. Dia berkata, “Aku mengasihi Bapa.” (Yoh. 14:31) Yesus tentu tidak akan berasa sedemikian jika Yehuwa bersikap kasar terhadapnya.

7 Walaupun suami merupakan kepala atas isterinya, Bible berkata bahawa dia harus menghormati isterinya. (1 Ptr. 3:7) Bagaimana? Dia boleh memikirkan keperluan serta menghormati pilihan isterinya. Bible berkata, “Hai para suami, teruslah mengasihi isteri kamu, sebagaimana Kristus mengasihi sidang dan menyerahkan dirinya untuk sidang.” (Ef. 5:25) Ya, Yesus menyerahkan nyawanya untuk pengikutnya. Jika suami menjadi ketua yang pengasih seperti Yesus, isterinya akan berasa lebih mudah untuk mengasihi serta menghormati dia dan keputusannya.—Baca Titus 2:3-5.

MENGASIHI SAUDARA SAUDARI

8. Apakah seharusnya perasaan kita terhadap saudara saudari?

8 Hari ini, terdapat berjuta-juta orang menyembah Yehuwa di serata dunia. Apakah seharusnya perasaan kita terhadap saudara saudari? Bible berkata, “Marilah kita berbuat baik kepada semua orang, terutamanya kepada saudara saudari kita yang seiman.” (Gal. 6:10; baca Roma 12:10.) Rasul Petrus menulis, “Memandangkan kamu patuh kepada kebenaran, kamu sudah menyucikan diri. Hasilnya kamu memiliki kasih sayang yang ikhlas terhadap satu sama lain. Oleh itu, kasihilah satu sama lain dengan mendalam daripada hati kamu.” Petrus juga memberitahu rakan seiman, “Kasihilah satu sama lain dengan mendalam.”—1 Ptr. 1:22; 4:8.

9, 10. Mengapakah umat Tuhan dapat bersatu padu?

9 Organisasi sedunia kita sangat istimewa. Mengapa? Kerana kita mempunyai kasih yang mendalam terhadap saudara saudari. Tambahan pula, kerana kita mengasihi Yehuwa dan mentaati perintah-Nya, Dia membantu kita dengan kuasa yang paling hebat di alam semesta, iaitu daya aktif. Daya aktif Tuhan membantu kita menikmati perpaduan dalam persaudaraan sedunia.—Baca 1 Yohanes 4:20, 21.

10 Paulus menekankan pentingnya kasih antara orang Kristian. Dia menulis, “Hendaklah kamu mengenakan kasih, belas kasihan, kebaikan hati, kerendahan hati, kelemahlembutan, dan kesabaran. Teruslah bersabar terhadap satu sama lain dan hendaklah kamu saling mengampuni dengan rela hati, biarpun orang lain menyinggung perasaan kamu. Sepertimana Yehuwa mengampuni kamu dengan rela hati, kamu juga mesti berbuat demikian. Selain daripada hal-hal ini, hendaklah kamu mengenakan kasih, kerana kasih ialah ikatan yang menyatupadukan orang dengan sempurna.” (Kol. 3:12-14) Kita bersyukur kerana “ikatan yang menyatupadukan orang dengan sempurna” wujud dalam kalangan kita tidak kira apa pun latar belakang kita!

11. Apakah tanda pengenal organisasi Tuhan?

11 Kasih dan perpaduan sejati dalam kalangan umat Yehuwa menunjukkan bahawa mereka mengamalkan agama benar. Yesus berkata, “Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamulah murid-muridku.” (Yoh. 13:34, 35) Rasul Yohanes pula menulis, “Anak-anak Tuhan dan anak-anak Iblis dapat diketahui dengan jelas melalui fakta ini: Sesiapa yang tidak mengamalkan apa yang betul tidak berasal daripada Tuhan, begitu juga dengan sesiapa yang tidak mengasihi saudaranya. Hal ini demikian kerana inilah perkhabaran yang kamu dengar sejak permulaan: Kita harus saling mengasihi.” (1 Yoh. 3:10, 11) Oleh itu, kasih dan perpaduan merupakan tanda pengenal bahawa Saksi-Saksi Yehuwa ialah pengikut Kristus yang sebenar. Merekalah yang digunakan oleh Tuhan untuk menyebarkan berita baik tentang Kerajaan di seluruh bumi.—Mat. 24:14.

“KUMPULAN BESAR MANUSIA” DIKUMPULKAN

12, 13. Apakah yang dilakukan oleh “kumpulan besar manusia” pada hari ini? Apakah yang akan dinikmati mereka tidak lama lagi?

12 Kebanyakan hamba Yehuwa pada hari ini merupakan sebahagian daripada “kumpulan besar manusia.” Mereka datang dari pelbagai tempat dan mereka menyokong Kerajaan Tuhan. “Merekalah yang selamat mengharungi kesengsaraan besar. Mereka telah mencuci dan menjadikan jubah mereka putih dengan darah Anak Bebiri.” Mereka menunjukkan iman terhadap korban tebusan Yesus. “Kumpulan besar manusia” ini mengasihi Yehuwa dan anak-Nya, serta menyembah Yehuwa “siang dan malam.”—Why. 7:9, 14, 15.

13 Tidak lama lagi, Tuhan akan memusnahkan dunia yang jahat ini semasa “kesengsaraan besar.” (Mat. 24:21; baca Yeremia 25:32, 33.) Tetapi Yehuwa akan melindungi dan membimbing umat-Nya ke dunia baru kerana Dia mengasihi mereka. Seperti yang dijanjikan-Nya 2,000 tahun yang lalu, “Dia akan menyapu semua air mata mereka, dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.” Adakah anda menanti-nantikan kehidupan di firdaus selepas kejahatan, penderitaan, dan kematian dilenyapkan?—Why. 21:4.

14. Bagaimanakah perkembangan kumpulan besar manusia?

14 Apabila hari-hari terakhir bermula pada tahun 1914, hanya terdapat beberapa ribu penyembah Yehuwa. Mereka mengasihi orang lain dan mendapat sokongan daya aktif Tuhan. Oleh itu, kumpulan kecil orang terurap menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan walaupun menghadapi cabaran. Apakah hasilnya? Hari ini, kumpulan besar manusia yang memiliki harapan untuk hidup selama-lamanya di bumi sedang dikumpulkan. Terdapat kira-kira 8,000,000 Saksi-Saksi Yehuwa di lebih daripada 115,400 sidang di seluas dunia. Jumlah ini semakin meningkat. Contohnya, lebih daripada 275,500 orang dibaptis pada tahun aktiviti penyebaran 2014. Hal ini menunjukkan bahawa kira-kira 5,300 orang dibaptis setiap minggu.

15. Bagaimanakah ramai orang mendengar berita baik pada hari ini?

15 Kita kagum apabila melihat betapa banyak orang telah mendengar tentang berita baik Kerajaan Tuhan. Hari ini, bahan bacaan kita boleh didapati dalam lebih daripada 700 bahasa. Majalah Menara Pengawal merupakan majalah yang paling banyak diedarkan di dunia. Lebih daripada 52,000,000 salinan telah dicetak setiap bulan dan majalah itu boleh didapati dalam 247 bahasa. Selain itu, buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? telah diterjemahkan dalam lebih daripada 250 bahasa dan sebanyak 200,000,000 salinan telah dicetak.

16. Mengapakah organisasi Yehuwa terus berkembang?

16 Organisasi kita terus berkembang kerana kita beriman kepada Tuhan dan menerima Bible sebagai Firman-Nya. (1 Tes. 2:13) Kita menikmati berkat Yehuwa walaupun menghadapi tentangan Syaitan.—2 Kor. 4:4.

SENTIASA MENGASIHI ORANG LAIN

17, 18. Bagaimanakah Yehuwa ingin kita memandang mereka yang tidak menyembah-Nya?

17 Cara orang menyambut mesej kita adalah berbeza. Ada yang menerima mesej kita, manakala ada pula yang menolak. Bagaimanakah Yehuwa ingin kita memandang mereka yang tidak menyembah-Nya? Tidak kira apa pun sambutan orang, kita mengikut nasihat Bible, “Hendaklah kata-kata kamu sentiasa menyenangkan dan enak didengari, seperti makanan yang ditambahkan dengan garam. Dengan demikian, kamu akan tahu cara untuk menjawab setiap orang.” (Kol. 4:6) Apabila kita mempertahankan kepercayaan kita, kita melakukannya “dengan lemah lembut dan hormat yang mendalam” kerana kita mengasihi orang lain.—1 Ptr. 3:15.

18 Walaupun orang lain berasa marah dan menolak mesej kita, tunjukkanlah kasih kepada mereka dan tirulah teladan Yesus. Apabila Yesus “dihina, dia tidak membalas dengan hinaan. Semasa dia menderita, dia tidak mengancam orang, tetapi dia mempercayakan dirinya kepada Dia yang menghakimi dengan adil.” (1 Ptr. 2:23) Jadi kita harus sentiasa bersikap rendah hati dan menerapkan nasihat ini: “Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan atau hinaan dengan hinaan. Sebaliknya, balaslah kejahatan dengan perbuatan yang baik.”—1 Ptr. 3:8, 9.

19. Bagaimanakah kita harus memperlakukan musuh kita?

19 Kerendahan hati membantu kita untuk mentaati prinsip penting yang diberikan Yesus. Dia menjelaskan, “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Kamu mesti mengasihi orang lain dan membenci musuhmu.’ Namun aku berkata kepada kamu: Teruslah mengasihi musuhmu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu. Dengan demikian kamu dapat menjadi anak-anak Bapa kamu yang di syurga, kerana Dia membuat matahari terbit untuk orang jahat dan orang baik dan membuat hujan turun untuk orang baik dan orang jahat.” (Mat. 5:43-45) Sebagai umat Tuhan, kita harus mengasihi musuh kita tidak kira bagaimana mereka memperlakukan kita.

20. Bagaimanakah kita tahu bahawa kasih kepada Tuhan dan orang lain akan memenuhi seluruh bumi? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)

20 Kita harus sentiasa mengasihi Yehuwa dan orang lain. Walaupun orang menentang kita dan menolak mesej kita, kita harus menghulurkan bantuan kepada mereka apabila diperlukan. Rasul Paulus menulis, “Jangan berhutang apa-apa kepada sesiapa pun, tetapi kamu harus saling mengasihi, kerana sesiapa yang mengasihi orang lain sudah mematuhi hukum. Hukum-hukum seperti, ‘Jangan berzina, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan menginginkan milik orang lain,’ dan semua hukum yang lain disimpulkan dengan kata-kata ini: ‘Kamu mesti mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri.’ Seseorang yang mempunyai kasih tidak akan berbuat jahat terhadap orang lain. Orang yang mengasihi orang lain sudah mematuhi hukum.” (Rm. 13:8-10) Dunia Syaitan yang berpecah belah dipenuhi dengan keganasan dan kejahatan. Namun umat Tuhan menunjukkan kasih sejati kepada orang lain. (1 Yoh. 5:19) Selepas Yehuwa memusnahkan Syaitan, konco-konconya, dan dunia yang jahat ini, kasih akan memenuhi seluruh bumi. Bayangkan berkatnya apabila bumi dipenuhi dengan orang yang saling mengasihi dan yang mengasihi Yehuwa!

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi