PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp16 No. 2 ms. 16
  • Apakah Ajaran Bible?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Ajaran Bible?
  • Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Siapakah atau apakah itu Iblis?
  • Dapatkah Iblis mengawal orang?
  • Bolehkah Iblis Mempengaruhi Manusia?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Adakah Iblis Wujud?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Apakah Rupa Iblis?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Menara Pengawal (Umum)—2016
wp16 No. 2 ms. 16

Apakah Ajaran Bible?

Siapakah atau apakah itu Iblis?

ADAKAH IBLIS . . .

  • Makhluk roh?

  • Lambang kejahatan dalam diri seseorang?

  • Wujud dalam imaginasi orang?

JAWAPAN BIBLE

Iblis bercakap dengan Yesus dan “menggodanya.” (Matius 4:1-4) Jadi, Iblis bukan hanya rekaan semata-mata atau melambangkan kejahatan. Dia ialah makhluk roh yang jahat.

HAL LAIN YANG KITA PELAJARI DARIPADA BIBLE

  • Pada asalnya, Iblis ialah malaikat yang suci. Namun, “dia tidak berpegang teguh pada kebenaran.” (Yohanes 8:44) Dia mula menipu dan menentang Tuhan.

  • Malaikat lain menyertai pemberontakan Syaitan.—Wahyu 12:9.

  • Iblis membuat orang percaya bahawa dia tidak wujud.—2 Korintus 4:4.

Dapatkah Iblis mengawal orang?

SESETENGAH ORANG BERKATA mustahil kita dikawal oleh Iblis. Ada pula berasa takut dirasuk oleh roh jahat. Apakah pendapat anda?

JAWAPAN BIBLE

“Seluruh dunia berada di bawah kuasa Si Jahat.” (1 Yohanes 5:19) Syaitan memang dapat mempengaruhi manusia, tetapi dia tidak mengawal setiap orang.

HAL LAIN YANG KITA PELAJARI DARIPADA BIBLE

  • Iblis menggunakan tipu muslihat untuk mempengaruhi orang.—2 Korintus 11:14.

  • Roh jahat kadangkala merasuk orang.—Matius 12:22.

  • Dengan bantuan Tuhan, anda akan berjaya ‘melawan Iblis.’—Yakobus 4:7.

Untuk maklumat lanjut, lihat bab 10 buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa

Juga terdapat di www.jw.org/ms

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi