PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w16 April ms. 32
  • Pertanyaan Pembaca

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pertanyaan Pembaca
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah Meterai yang Digunakan pada Zaman Kuno?
    Topik-Topik Lain
  • ‘Kuasa Suci Tuhan Memberikan Kesaksian’
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • Daya Aktif dan Hati Kita Memberikan Kesaksian
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • “Kami Juga Mahu Diberkati seperti Kamu”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
w16 April ms. 32

PERTANYAAN PEMBACA

Apakah “jaminan” dan ‘meterai’ daripada Tuhan yang akan diterima setiap orang Kristian terurap?—2 Kor. 1:21, 22, nota kaki.

Seseorang menekan cincin mohor pada tanah liat di atas dokumen

Cincin mohor ditekan pada tanah liat atau lilin untuk mengesahkan suatu dokumen

Jaminan: Berdasarkan satu sumber rujukan, istilah Yunani yang diterjemahkan sebagai “jaminan” di 2 Korintus 1:22 digunakan “di sisi undang-undang dan bidang perdagangan.” Istilah ini bermaksud “bayaran pendahuluan, wang cengkeram, deposit supaya seseorang mempunyai hak milik atas sesuatu atau untuk mengesahkan suatu perjanjian.” Bagi kaum terurap pula, Yehuwa memberi mereka jaminan mengenai ganjaran yang akan diterima mereka. Ganjaran atau bayaran penuh itu diterangkan di 2 Korintus 5:1-5 sebagai tubuh yang tidak dapat dimusnahkan dan yang tidak dapat mati.—1 Kor. 15:48-54.

Dalam bahasa Yunani moden, ungkapan yang berkaitan dengan perkataan itu adalah cincin pertunangan. Ungkapan ini sesuai bagi mereka yang akan menjadi isteri kiasan Kristus.—2 Kor. 11:2; Why. 21:2, 9.

Meterai: Pada masa dahulu, meterai digunakan sebagai tandatangan untuk membuktikan hak milik, kesahihan, atau persetujuan. Bagi kaum terurap pula, mereka ‘dimeterai’ dengan daya aktif sebagai hak milik Tuhan. (Ef. 1:13, 14) Namun, pemeteraian ini hanya menjadi kekal apabila orang terurap membuktikan dirinya setia sehingga mati, atau sejurus sebelum kesengsaraan besar bermula.—Ef. 4:30; Why. 7:2-4.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi