PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp18 No. 2 ms. 4-5
  • Astrologi dan Tilik Nasib—Jendela Masa Depan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Astrologi dan Tilik Nasib—Jendela Masa Depan?
  • Menara Pengawal (Umum)—2018
  • Tajuk Kecil
  • ASTROLOGI
  • TILIK NASIB
  • AJARAN BIBLE
Menara Pengawal (Umum)—2018
wp18 No. 2 ms. 4-5
Sebuah peta astrologi

Astrologi dan Tilik Nasib​—Jendela Masa Depan?

ASTROLOGI

Menurut kepercayaan ilmu nujum atau astrologi, bintang, bulan, dan planet lain, mempengaruhi kehidupan orang di bumi. Ahli astrologi percaya bahawa kedudukan semua benda itu pada waktu kelahiran seseorang akan menentukan keperibadian dan masa depannya.

Meskipun astrologi telah wujud sejak zaman Babilon kuno, ramai orang hari ini masih menggemarinya. Menurut sebuah tinjauan di Amerika Syarikat pada tahun 2012, satu pertiga daripada orang yang ditanya percaya bahawa ramalan astrologi agak tepat, dan 10 peratus lagi kata ramalannya sangat tepat. Adakah itu benar? Tidak. Inilah sebabnya:

  • Planet dan bintang tidak memancarkan tenaga yang mampu mempengaruhi manusia dalam cara yang dipercayai ahli astrologi.

  • Ramalan yang dibuat biasanya sangat umum dan dapat ditujukan kepada sesiapa sahaja.

  • Pengiraan astrologi dibuat berdasarkan kepercayaan kuno bahawa semua planet berputar mengelilingi bumi, tetapi sebenarnya semua planet berputar mengelilingi matahari.

  • Ahli astrologi yang berlainan membuat ramalan yang berbeza untuk individu yang sama.

  • Menurut astrologi, manusia dibahagikan kepada 12 golongan atau tanda zodiak menurut tarikh kelahiran. Tetapi dengan berlalunya masa, kedudukan bumi di angkasa lepas sudah berubah. Oleh itu, jadual tarikh zodiak tidak lagi berpadan dengan jadual kemunculan buruj di langit.

Tanda zodiak dikatakan menunjukkan sifat seseorang. Tetapi orang yang lahir pada tarikh yang sama pun berbeza sifatnya; tarikh lahir seseorang tidak berkaitan dengan keperibadiannya. Namun, ahli astrologi menghakimi perangai seseorang berdasarkan tarikh dan andaian, bukannya fakta. Bukankah perbuatan sebegini satu bentuk prasangka?

TILIK NASIB

Tukang tilik nasib telah wujud sejak dahulu lagi. Ada yang “membaca” nasib dengan memerhatikan isi perut binatang atau manusia, melihat cara ayam makan gandum, corak daun teh atau sisa kisaran kopi. Kini, kad tarot, bola kristal, dadu, dan kaedah lain digunakan. Dapatkah cara sebegitu dipercayai? Tidak. Mari kita lihat sebabnya.

Kaedah ramalan yang berbeza biasanya membawa hasil yang tidak konsisten, malah bercanggahan. Biarpun kaedah yang sama digunakan, ramalan yang dibuat pun berbeza-beza. Contohnya, jika kita tanya soalan yang sama kepada dua orang tukang tilik tentang bacaan kad yang sama, jawapan mereka sepatutnya sama, tetapi sering kali hal itu tidak berlaku.

Sesetengah pengkritik juga mempersoalkan kaedah dan niat tukang tilik. Mereka mendakwa bahawa kad dan bola kristal hanyalah untuk lakonan, dan tukang itu sebenarnya membaca reaksi orang, bukannya kad atau bola kristal. Contohnya, tukang tilik yang pandai akan tanya soalan umum dan memerhatikan riak wajah atau kata-kata pelanggan yang mungkin mendedahkan sesetengah maklumat tanpa disedari. Kemudian, tukang itu akan “mendedahkan” maklumat itu dan membuat pelanggan itu mempercayai kebolehannya. Sesetengah tukang tilik menggunakan cara ini untuk mengaut banyak wang daripada pelanggan mereka.

AJARAN BIBLE

Amalan astrologi dan menilik nasib merupakan kepercayaan bahawa masa depan kita sudah ditakdirkan. Adakah hal itu benar? Bible menyatakan bahawa kita mampu memilih kepercayaan dan tindakan sendiri, dan bahawa pilihan kita akan mempengaruhi masa depan kita.​—Yosua 24:15.

Satu lagi sebab penyembah Yehuwaa tidak menerima astrologi atau menilik nasib adalah kerana Dia mengutuk perbuatan sebegitu. Bible menyatakan, “Jangan mengamalkan ilmu ramal atau ilmu sihir. Jangan mencari petanda atau menjadi tukang sihir. Jangan mengenakan jampi kepada orang lain, dan jangan mencari bomoh atau meminta nasihat daripada tukang tilik. Jangan meminta petunjuk daripada orang mati. Yehuwa sangat membenci sesiapa yang melakukan perkara-perkara keji tersebut.”​—Ulangan 18:10-12.

a Yehuwa ialah nama “Tuhan Yang Maha Tinggi di seluruh bumi.”​—Mazmur 83:18.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi