PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp19 No. 2 ms. 4-5
  • Ketika Ditimpa Bencana

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ketika Ditimpa Bencana
  • Menara Pengawal (Umum)—2019
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KEBENARAN BIBLE MEMBERI KITA HARAPAN
  • Adakah Anda Sudah Bersedia?
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
  • Lemparkanlah Segala Kekhuatiran kepada Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Cara Menangani Kekhuatiran
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Kekhuatiran Kaum Lelaki—Bagaimana Bible Dapat Membantu
    Topik-Topik Lain
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal (Umum)—2019
wp19 No. 2 ms. 4-5
Dua orang lelaki duduk di kawasan runtuhan bangunan

Ketika Ditimpa Bencana

“Apabila semua harta kami musnah dan dihanyutkan banjir lumpur, kami berasa tidak berdaya.”—Andrew, Sierra Leone.

“Selepas taufan, kami pulang ke rumah. Kami ternganga semasa mendapati semuanya sudah tiada. Anak perempuan saya berlutut di atas tanah sambil menangis teresak-esak.”—David, Kepulauan Virgin.

JIKA anda pernah menjadi mangsa bencana, anda mungkin dapat faham apa yang dilalui mangsa lain seperti perasaan terkejut, keliru, gelisah, susah menerima hakikat, dan dihantui mimpi ngeri. Ramai mangsa berasa begitu tawar hati dan lesu sehingga hilang keinginan untuk pulih daripada pengalaman pahit mereka.

Jika kehidupan anda juga hancur akibat bencana, anda mungkin berasa bahawa anda tidak mampu bertahan lagi. Anda mungkin berfikir, “Apa gunanya saya terus hidup?” Namun, Bible menunjukkan bahawa anda mempunyai sebab yang baik untuk tidak putus harapan dan menantikan masa depan yang cerah.

KEBENARAN BIBLE MEMBERI KITA HARAPAN

Pengkhutbah 7:8 menyatakan, “Kesudahan sesuatu perkara lebih baik daripada permulaannya.” Kehidupan mangsa bencana memang mencabar pada mulanya, tetapi apabila anda membina semula kehidupan anda dengan sabar, keadaan hidup anda akan bertambah baik.

Bible menyatakan bahawa akan tiba masanya apabila ‘ratapan dan tangisan tidak akan kedengaran lagi.’ (Yesaya 65:19) Hal itu akan terjadi semasa Kerajaan Tuhan memerintah bumi dan mengubahnya menjadi firdaus. (Mazmur 37:11, 29) Ketika itu, bencana akan menjadi kisah silam, dan apa-apa kenangan ngeri dan trauma akan dipadamkan buat selama-lamanya. Tuhan Yang Maha Kuasa berjanji, “Perkara-perkara yang lama tidak akan terlintas dalam fikiran lagi, dan tidak akan dikenang sama sekali.”​—Yesaya 65:17.

Ya, Pencipta kita telah berjanji untuk memberi kita “harapan dan masa depan yang baik,” iaitu kehidupan yang damai di bawah pemerintahan Kerajaan-Nya. (Yeremia 29:11) Dapatkah kebenaran ini memberi anda kekuatan untuk meneruskan kehidupan? Sally, yang disebut dalam rencana sebelumnya, berkata, “Apabila kita memikirkan segala berkat yang bakal dicurahkan oleh Kerajaan Tuhan pada masa depan, kita dapat melepaskan diri daripada belenggu masa silam dan menghadapi cabaran sekarang dengan tabah.”

Kami menjemput anda untuk belajar lebih banyak lagi tentang hal-hal yang akan dilakukan oleh Kerajaan Tuhan. Dengan itu, anda akan diyakinkan bahawa hidup anda masih bermakna dan bahawa anda dapat menantikan masa depan yang bebas daripada bencana. Bukan itu sahaja, nasihat Bible dapat membantu anda bertabah semasa menghadapi kesusahan sekarang. Perhatikan beberapa contoh.

Ayat Bible yang Dapat Membantu

Dapatkan rehat yang secukupnya.

“Segenggam rehat lebih baik daripada dua genggam kerja keras dan usaha mengejar angin.”​—Pengkhutbah 4:6.

Menurut kajian, orang yang mengalami peristiwa buruk “akan berasa lebih murung dan menghadapi lebih banyak masalah emosi jika mereka tidak dapat tidur dengan baik.” Oleh itu, rehat yang cukup amat penting.

Luahkan perasaan anda.

“Kekhuatiran menyebabkan orang tertekan, tetapi kata-kata yang membina dapat menghiburkan hati.”​—Amsal 12:25.

Beritahulah ahli keluarga atau kawan karib tentang perasaan anda. Mereka bukan sahaja dapat menjadi tempat mengadu, tetapi juga dapat menggalakkan dan membantu anda.a

Fikirkan masa depan yang lebih baik.

“Kita menantikan apa yang sudah dijanjikan Tuhan, iaitu langit baharu dan bumi baharu. Di situ perkara-perkara yang baik akan berkekalan.”​—2 Petrus 3:13.

a Seseorang yang berasa tertekan untuk masa yang lama atau mengalami keresahan yang teruk, mungkin perlu mendapatkan rawatan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi